السلام عليكم رحمة الله وبركاته

TERIMA KASIH ALLAH..

 بسم الله الرحمن الرحيم


Segala puji-pujian bagiMu Tuhan pencipta sekalian alam semesta, Tuhan yang maha  Agung.  Salawat dan salam kepada baginda Rasulullah SAW.

Syukur ya Allah kerana masih memberi peluang untuk aku bernafas di bumiMu ini. Kupanjatkan doa dan kesyukuran kerana mengizinkan aku lahir ke dunia ini untuk menikmati segala limpahan nikmat dari kebesaranMu. 

Kau peliharalah keselamatan, kesihatan dan akidah diriku,  ibuku Rokiah binti Salleh, suamiku Azhar bin Mohammad dan anak-anakku, Muhammad Syafiq, Aina Syazwani dan Muhammad Syamil, serta seisi keluargaku tersayang dari segala perkara-perkara keji dan mungkar. Kau murahkanlah rezeki kami semua, ampunkanlah segala dosa-dosa kami dan letakkanlah kami di jalanMu sentiasa. Berikanlah kami kehidupan yang baik di dunia dan akhirat dan masukkanlah kami ke dalam syurga firdausmu sesudah kami mati.

Kau cucurilah rahmat ke atas roh arwah bapaku, Shuib bin Hashim, baginda Rasulullah SAW, keluarganya, sahabat-sahabatnya serta seluruh umat Islam yang telah pergi menemuiMu.  Kau ampunkanlah dosa-dosa mereka dan tempatkanlah mereka bersama hamba-hambamu yang beriman dan beramal soleh, dan Kau permudahkanlah langkah mereka menuju ke syurga. 

Kau kurniakanlah segala nikmat kebaikan hidup di dunia dan akhirat kepada seluruh umat islam di dunia ini.

Ameen ya rabb.. 

Al Fatihah untuk kedua ibubapaku, suamiku, anak-anakku dan seluruh umat islam yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Terima kasih Allah..


1 comment:

  1. Semoga dirahmati dan diberkati Allah selalu hendaknya. Amin.

    ReplyDelete