السلام عليكم رحمة الله وبركاته

BERITA SUAMI BAKAL BERHIJRAH KE MADINAH AL MUNAWWARAH

Oktober 2011
 بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam dok sembang-sembang pada satu petang, A bagitau dia dapat info tentang job vacancy di bumi Rasulullah, Madinah Al Munawwarah. Katanya dia nak cuba apply job  tu.  Jujur cakap, mula tu aku memang keberatan nak bagi dia mohon jawatan tu.  Ada la sikit gundah dalam diri aku ni nak bagi dia apply job  tu sebab dok pikiaq nanti nak berjauhan dengan dia. Macam-macam perkara la dok memusing dalam minda aku masa tu.  Mai dah tua-tua macam ni (tapi hati dok rasa muda situlah.. :p), cepat nak jadi serabut kalau banyak pikiaq.

A pun bagilah ayat-ayat keyakinan bahawa kalau sekiranya dengan izin Allah SWT dia dapat kerja tu, dia akan pastikan kami seisi keluarga pi dok di Madinah dengan dia cuma kena sabaq sikit la dalam lebih kurang 3 bulan macam tu.  Masa tu, aku tak terpikiaq lebih jauh akan keindahan dan kenikmatan menetap di bumi Madinah tu.  Jauh sekali nak pikiaq yang aku dan anak-anak akan dapat pi join A di sana nanti.  Ish.. jadi tak ketahuan hala la sat.  Mana dengan dok pikiaq sepanjang 20 tahun kami menikah, mana pernah kami berpisah jauh, apatah lagi lama.  Pulak tu, dengan umoq nak masuk angka 50an dah.. Dok ingat, ada ka lagi masa untuk kami jumpa lagi dan sebagainya. Sabaq sajalah..

Lepas daripada dok bersembang hari tu, kehidupan harian berlalu macam besa.  Aku tak la dok pikiaq sangat perkara tu sebab tak pasti lagi pun.  Dok kalut p mai, p mai tiap-tiap hari (tak la kalut mana sangat pun..ayat saja lebih), aku jadi lupa pi sat pasai tu walaupun A dok bagi info from time to time pasai tu. 

Rahsia Allah tak siapa yang tau..



1 comment:

  1. Alhamdulillah, doa dikabulkan. Pastinya seronok boleh menetap di Madinah walau hanya sementara saja kan.

    ReplyDelete