السلام عليكم رحمة الله وبركاته

MISS UOLS..




بسم الله الرحمن الرحيم

Masa balik kampung A, keesokan harinya, aku dan A ke Kuala Lumpur. Mulanya kami ke KLIA untuk menjemput sahabat baik kami dari Bandung, Pak Bambang, yang mai ke Kuala Lumpur dengan kawan dia atas urusan kerja. Cuma, aku terkilan sikit sebab V, isteri Pak Bambang yang merupakan sahabat baik aku tak dapat ikut sama sebab baru sampai balik dari Makassar. Setelah menjemput depa tu, kami terus ke hotel penginapan depa di Ampang.

Sampai di hotel tu, aku dah siap berjanji nak berjumpa dengan sahabat2 tersayang yang sangat aku rindui, kak Nita dan Anyta. Kaum lelaki lepak sama kaum lelaki dan kami lepak sesama kami. Berpeluk cium sakan kami yang badan masing2 ala2 fluffy teddy bear gitu. Lambang prosperity tu..! Huhuuu..:p

anita jamal & anyta aman

Kak Nita, bagai biasa mesti bawakan cik beledu merah kesukaan aku dan juga tat nenas yang memang febret aku.. Tat tu kebetulan ada tempahan kata kak Nita, jadi rezeki akulah hari tu. Alhamdulillah..

Hilang rindu kat depa dua. Rasa tak cukup masa kami nak sembang, kongsi cerita dan segalanya. Rancak sungguh 'persidangan' kami dengan hidangan cucuq kodok dan cucoq udang. Tak peduli orang keliling dan sedaq tak sedaq masa berlalu sampailah ke maghrib.

Selesai solat maghrib, kami pun bersurai dengan harapan dan doa semuga kami diberi Allah rezeki untuk berjumpa lagi. Ameen ya rabb..

Biar jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati.

AMANAH, TANGGUNGJAWAB & KEHENDAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Rehat sehari, keesokan harinya kami balik ke Kangar. Uruskan sekolah Syamil. Lepas tu, hari berikutnya kami berangkat balik ke kampung A. Duduk d sana 2, 3 hari dan berangkat balik ke Alor Setar. 

Perancangan awal kami adalah Syamil bersekolah di Kangar dan duduk dengan tok dia. Tapi, sesuatu berlaku diluar jangkauan pemikiran aku membuatkan aku batalkan untuk Syamil bersekolah di Kangar. A buat keputusan supaya Syamil bersekolah di Alor Setar di mana aku, sebagai ibu, akan berkorban untuk menguruskan dia seperti sebelum ni. Di sebalik sedikit kesedihan, aku bersyukur, Allah beri petunjuk sebelum terlambat dan mudarat. Dan aku tau, Allah lagi suka aku uruskan amanahNya dengan baik tanpa prejudis. Aku ikhlas dan redha dengan pengorbanan ini.

A berangkat balik ke Madinah pada 3 Jun. Beberapa hari lepas tu, kami dapat berita Aina pula dapat sambung belajaq di Politeknik Sirajudin, Pauh dalam jurusan Diploma in Tourism. Syukur ya Allah.. Aku gembira sangat2 sebab aku tau ini yang Aina mau iaitu..belajaq. Dah setahun dia berehat. Aina kena daftar masuk pada 17 Jun. Setelah itu, sibuklah aku ke hulu ke hilir, menguruskan segala keperluan untuk dia masuk poli tu.

Dalam pada tu, perancangan kami seterusnya adalah, aku dan Syamil berangkat balik ke Madinah setelah urusan Aina masuk poli selesai. Balik kali ni sebab utamanya adalah kerana aku nak merasa puasa di bumi Rasulullah. Aku bukan penting diri atau apa. Sungguh Allah maha mengetahui. Aku mohon Dia permudahkan bagi aku. Aku dan Syamil akan balik terus dalam bulan puasa dan Syamil akan sambung sekolah masa tu. Benar, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Dah balik p Madinah, A tak senang duduk. Dia nak sangat balik urus dan hantaq 'princess' dia ke Poli tu. Mulanya aku pun suka, tapi lepas tu aku kata tak payahlah membazir duit. Tup2 A bagitau dia nak balik juga dan dah booked tiket pun tapi minta dirahsiakan dari Aina. Memang bond antara A dengan Aina cukup kuat. Apa saja A sanggup berkorban untuk Aina. Tanggal 16 Jun, A pun sampai. Masa nak pi ambik dia di airport, jenuh aku dok berlakon  dalam madah berhelah kata nak pi ambik laptop abah kirim untuk Aina melalui sorang kawan. Hihi.. Bila A dah tersembul dekat kereta, terkezut la anak2 terutama Aina. Alahai.. dok buat drama jejak kasih la pulak dua2 beranak tu. Aku sebagai penonton jadi sebak jugak..sat..

Pada waktu yang sama, Syafiq pulak akan berangkat dari Madinah ke Malaysia pada 17 Jun juga. Dia balik terus untuk bekerja dan sambung belajaq di Malaysia. Cukup setahun dia timba pengalaman di bumi Madinah. Mudah2an bermanafaat. InsyaaAllah.

17 Jun, kami pun hantaq Aina untuk daftar masuk ke Poli yang berkenaan. Aku tengok Aina sungguh teruja. Teringat masa aku masuk belajaq ke ITM dulu. Selesai semua urusan, kami pun balik rumah. Aku doakan yang terbaik untuk puteri kesayanganku. Semuga dia akan belajaq bersungguh2 demi masa depan yang lebih cemerlang.


Kita cuma merancang tapi ketentuan adalah dari Allah dan ianya pasti yang terbaik.


PERASAAN BERCAMPUR ADUK

بسم الله الرحمن الرحيم

22 Mei kami sampai balik ke Madinah. Letih lagi tapi kena bersiap sedia untuk balik Malaysia keesokan harinya. Perasaan bercampur aduk. Sedih nak tinggalkan bumi Madinah dan teruja serta tak sabaq nak balik rumah. 

23 Mei, lepas zuhur, aku pi ke Haram sebab aku nak masuk ke Raudhah. Namun, setibanya aku ke dalam Haram, pintu untuk ke Raudhah dah ditutup. Aku kecewa dan sedih teramat sangat sebab tak tau bila lagi nak dapat mai. Dalam linangan airmata, aku berdoa sambil melangkah nak keluaq balik. Sungguh, Allah itu maha mendengar dan maha mengasihani. Tiba2 kedengaran riuh rendah jemaah berlari sebab satu pintu untuk ke Raudhah dibuka semula. Mungkin sebab jemaah di dalam dah berkurangan dan masa pun masih mengizinkan. Wallahuaklam bissawab. Aku pun ikut masuk dan seterusnya melalui pintu yang aku selalu ke Raudhah tu. Alhamdulillah, dipermudahkanNya lagi. Aku bersyukur sangat2. Aku ucapkan selamat tinggal dan memohon doa agar diberi keizinan untuk aku kembali ke bumi Madinah lagi. Aku mohon juga supaya diberi kesempatan untuk aku menunaikan ibadah puasa di sini. Aku sebak dan airmata aku turun laju dari selalu.

23 Mei, pukul 8 malam, kami berempat berangkat pulang ke Malaysia. Syafiq tak ikut sebab dia baru saja balik bulan April yang lepas. Farooqi dan Waziha sekeluarga berada di airport untuk menghantar kami. Sedih dan sebak bila berpelukan dengan Waziha sebab tak tau bila kami akan berjumpa lagi. Waziha pun akan balik ke India minggu depan bila persekolah di sana bermula.

Penerbangan kami transit di Jeddah. Sampai di sana, kami terus nak check-in siap2. Kali ni, dugaan besaq menimpa.. Bila diberitahu oleh pegawai imigresen di situ, barulah A perasan yang visa aku dan anak2 adalah single iaitu untuk sekali perjalanan keluaq dan masuk saja. Jadi, kami dah keluaq ke Cairo, maka tamatlah tempoh visa tu. A tak dak masalah sebab visa dia sejak mula lagi memang multiple. Dalam ertikata yang lain, A saja boleh keluaq. Ish, takkan dia nak tinggai kami kot..! Lahaulawala.. Kelam kabut dan serabut kami dibuatnya. A terlepas pandang sebab yakin kakitangan dia dah buat betui. Puas merayu dari satu pegawai ke pegawai yang lebih atas. Jalannya cuma menyediakan visa yang baru. Penerbangan ke Kuala Lumpur tinggai lebih kurang 2 jam lebih saja lagi.

A berusaha sungguh2 dengan membuat beberapa panggilan ke Madinah. Kakitangan tempat A bekerja dengan segera cuba menguruskan visa kami melalui internet. Masa berlalu, anak2 aku dah mula menangis bila waktu penerbangan dah terlalu hampir. Visa belum dapat diuruskan. Kami dinasihatkan oleh pegawai Saudi Air supaya batalkan penerbangan dan A kena batalkan cop keluaq dia tadi. Kami akur dan bagasi pun dikeluarkan dari kapalterbang.

A ajak kami balik ke Madinah, Fahad akan mai ambik kami malam tu. Rehat sehari lepas tu baru book tiket baru katanya. Tapi, aku berkeras sebab aku tak sanggup nak patah balik. Sedih dan sayu dengan macam2 perasaan lagi. Jadi, kami buat keputusan untuk menginap di hotel di Jeddah tu saja. Dalam dok itu ini, begitu begini, kami tengok penerbangan ke Malaysia ditunda ke pukul 1. Banyak masa lagi. A terus telefon kakitangan dia. Dapat kabar kata visa nak siap dah. 

Alhamdulillah, dengan izinNya juga, visa kami dapat disiapkan dan difax dari Madinah ke pejabat imigresen di airport Jeddah tu. Masa tu, A kalut la pulak uruskan tiket penerbangan kami yang dah cancel tadi. Marah la juga pegawai yang dok urus bagasi tu sebab kena bawa masuk balik bagasi kami ke dalam kapalterbang. Hihi.. ya ampunnn.. Setelah semuanya okay, kami pun dengan segera bergegas ke kaunter check-in. Memang dah suntuk dan pintu dah pun ditutup. Tapi, dengan bantuan pegawai Saudi Air tadi, kami dapat melalui segalanya dan akhirnya, khalass.. kami dapat boarding dengan selamatnya. Syamil terus sujur syukur dalam kapalterbang. Terima kasih Allah..

Setelah lebih 8 jam perjalanan, kami pun selamat sampai bumi Malaysia. Alhamdulillah. Namun, dugaan lagi. Bagasi pulak tak  dapat semua. Dari 8, cuma dapat 6 saja. Allah, Allah ya Allah.. Selesai buat laporan segala, kami pun check-in ke hotel sebab penerbangan ke Alor Setar adalah pada besok hari. 

Besok harinya, kami berangkat ke Alor Setar. Sebelum tu, aku dapat panggilan dari pihak yang berkenaan bahawa bagasi kami yang 2 tadi tu ada di Jeddah dan akan dihantar dengan penerbangan hari tu serta akan diuruskan penghantaran ke airport Alor Setar oleh pihak depa. Alhamdulillah. Tak habih di situ, sampai di Alor Setar, 1 bagasi pulak tak dapat. Buat laporan lagi. Keesokan harinya, ketiga2 bagasi kami selamat sampai. Syukur ya Allah di atas segala dugaan dan bantuan.

Setiap yang berlaku, ada hikmahnya.




CAIRO

بسم الله الرحمن الرحيم


Sebelum berangkat balik ke Malaysia, kami sekeluarga pi jalan2 ke Cairo, Egypt. Sebenaqnya, aku nak pi Turki, anak2 nak pi Egypt. A pun pilih Egypt. Aku ni tak mau pi Egypt sebab dah pernah pi. A pulak tak mau pi Turki sebab pernah pi jugak. Jadi, last2 aku akur dengan permintaan anak2.

19 Mei, kami sekeluarga pun berangkat pi Cairo. Kami duduk di Hotel Grand Nile Tower, mengadap sungai Nil dan di tingkat eksekutif pulak tu.. kelasss u..! Tapi, yang buat seronok tu sebab dah lama tak bercuti sekeluarga. Anak2 paling teruja.



Dari segi aspek keselamatan tak dak apa2 yang membimbangkan walaupun bunyi siren polis sentiasa kedengaran. Nak masuk hotel pun, teksi kena scan dengan teliti siap dengan anjing bagai. Masa kami sampai tu, pekerja hotel bagitau yang mantan PM Malaysia ada di sana atas jemputan Presiden depa. Nak minta nasihat dan idea la tu..! MasyaaAllah..

Ketibaan kami di airport disambut oleh adik Eksekutif Chef yang kerja dgn A. Dia yang hantaq kami ke hotel. Sepanjang jalan nak ke hotel tu, kami teruja tengok kereta2 di Cairo. Banyak model lama dan macam2 rupa. Sampai di hotel, kami rehat dan malam harinya kami keluaq pi makan dan jalan2 ke City Stars Mall. Besaq mall tu, tak habih teroka sebab dah lewat malam. 


Hari ke2, kami ke Citadel, di situ ada masjid Muhammad Ali.   Lepas tu kami pi melawat Pyramid & Sphinx. Hari tu kami guna tour guide yang kawan A dah tolong uruskan. Masa dalam kawasan Pyramid, kami pakat naik unta sebab Aina yang dok gaduh sangat nak naik unta. Punyalah gayat sebab natang tu tinggi. Baru 10 minit aku dah ajak patah balik. Tak tau takut apa sebenaqnya tapi keras pinggang dok tahan takut jatuh. Wakaka.. :p




Lepas tu kami p melawat kilang papyrus, tengok proses dari mula cara depa buat kertas dan lukisan dari pokok papyrus tu. Balik dari kilang tu, kami singgah makan dan balik hotel. Malam tu, kami p naik bot menyusur sungai nil. Kami ambik bot yang tak pakai motor tapi pakai layar dan ikut arah angin saja. Mini titanic gitu rasanya.. Hehe..

Hari ke3, kami guna khidmat tour guide bebas, Moestafa, yang kami jumpa masa balik dari makan malam hari mula kami sampai. Masa tu, kebetulan kami naik teksi dia masa balik. Teksi lain tak mau bawa 5 orang tapi dia mau. Perkara dipermudahkan olehNya melalui Moestafa. Alhamdulillah. Segenap jalan pintas dia ambik dan dia bawa kereta macam pelesit kota. But, we like3.. hehe :p


syafiq & syamil with moestafa
Moestafa sungguh peramah dan mesra. Dah kawin anak 1 tapi katanya awek ramai dalam maya. Hihi.. macam2 adaaa.. Sampai la ni, Moestafa selalu contact A dan anak2 aku. Alhamdulillah, silaturahim merentas benua.

Moestafa bawa kami pi Egyptian Museum, dapatlah anak2 aku tengok firaun dan suku sakat dia. 'Amanlah' kalian di sana.. :p.  Lepas tu pi makam Imam Shafie, Universiti Al-Azhar, Bandar 6 Oktober dan akhirnya Bazar Khan El Khalili. Bandar 6 Oktober ni jauh dari Cairo dalam 2 jam tapi kami nak pi ke Arabian Mall yang ada di situ. Perjalanan memang memenatkan sebab trafik jem dalam Cairo saja dah jenuh buat kita semput. Lepas tu, jalan nak ke 6 Oktober tu pun tak berapa elok. Tak dak apa yang menarik sepanjang jalan nak ke bandar tu.

Di Bazar Khan El Khalili, anak2 borong ole2 untuk kawan2 depa. Aku beli la satu dua barang untuk kenangan.
makam imam al shafie
Sebelum tu aku ajak A dan anak2 pi Alexandria (Iskandariah) tapi semua tak mau sebab jauh. Aku dulu dah pernah pi, seronok tengok pantai dan cuaca pun nyaman.

Hari ke4, kami rehat dan mengemas. Sebelah tengahari tu kami ke City Stars Mall yang mula kami sampai untuk beli belah terakhir sementara nak berangkat balik pukul 5 petang nanti. Pukul 5 petang hari tu, kami berangkat balik ke Madinah. Moestafa hantaq kami ke airport. Sebuah percutian yang membawa kenangan indah dalam hidup kami sekeluarga. Alhamdulillahi rabbil a'lamin..

Manafaatkan masa bersama keluarga sebaiknya sementara masih dipinjamkan segala rezeki olehNya..


KHAYRA & THE GANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Lama aku tak post di blog ni. Sebulan lebih. Bulan Jun langsung tak dak. Siap sedia teks tapi tak dan nak edit dan post. Missing in action gitu. Sibuk mengalahkan wanita pertama negara.. huhuu.. Ni baru ada kesempatan nak sambung.

Sejak tau aku pernah pi rumah Aysyah, ada beberapa orang lagi kakitangan perempuan tempat A bekerja teruja dok ajak aku pi rumah depa pulak. Aku sangat menghargai tapi aku tak berapa cukup waktu.

Tapi, pada minggu terakhir sebelum bercuti panjang, aku penuhi permintaan depa untuk keluaq makan dan lepak sama2. Okay la tu kan..? Kami pi Rashid Mall. Sampai di sana, kami minum dan makan kek. Khaira, Reservations Manager, yang belanja. Khaira ni cucu kepada salah sorang bekas imam utama masjid Nabawi. Orangnya cukup sopan, berfikiran terbuka dan sangat2 tenang serta penyabar. Memang ketara sikap tenang dia dari perbualan kami. Khaira ni seorang balu beranak 2. Suami dia meninggal dalam kemalangan 2 tahun yang lalu. Al Fatihah..

Depa pakat bawa anak2 dan anak2 menakan dengan bibik. Jadi riuh rendah meja kami malam tu. Kami lepak sampai dekat tengah malam baru pakat beransur balik. Hari tu, baru aku nampak wajah depa sebab di tempat kerja, depa ni semua berhijab dengan muka sekali.

mishal, reham & khaira.

Kalau dengaq depa ni cakap bahasa omputih, memang slanga omputih depa bergulung2 macam pandai gitu. Tapi, kalau teliti betui2, taklah betui mana pun dan ada yang depa tak tau dan tak faham. Grammar pun depa belasah saja. Depa bagitau depa belajaq bahasa omputih dari kecik melalui rancangan tv dan pasang telinga bila ahli keluarga yang lebih tua bercakap. Memang tak dapat dinafikan, bangsa saudi ni kuat menghafal. Akal depa tajam tapi depa jugak terkenal dengan pemalas terutama orang lelaki. Oppsss..astaghfirullah..

Reham bercita2 tinggi. Dia tunggu masa nak sambung belajaq di USA. Tapi, bila aku tanya nak kerja apa nanti, dia kata nak dok rumah saja dan bila dah kawin nanti nak jadi surirumah yang berilmu. Dia nak belajaq setinggi mana yang boleh. 

Dalam dok sembang2 tu, aku difahamkan bahawa pompuan saudi ni kerja depa shopping tak kira waktu. Padan la aku dok tengok, kalau pi shopping mall, beg shopping kiri kanan tak kira waktu mana dalam sebulan tu. Kita ni kadang tak beli apa pun, jamu mata tu tak yah ceritalah sampai kelabu mata dibuatnya..kan? Lol :p

Seperkara lagi, depa ni kalau tanya pasai nak kawin, depa akan kata macam mana pun depa mau lelaki saudi. Kalau boleh, nak elak orang negara luaq. Macam orang2 tua kita la juga kan..? Eh, ya ka? Apapun, kita kena ingat, jodoh pertemuan dan ajal maut adalah ketentuan Allah swt.

Aku doakan kesejahteraan depa semua dan berjaya dalam cita-cita yang diimpikan. Semuga jalinan silaturahim antara kami kekal sampai akhirat. Ameen ya rabb..

Jauh berjalan, luas pemandangan dan pergaulan.