السلام عليكم رحمة الله وبركاته

MAULIDUR RASUL



  بسم الله الرحمن الرحيم

Baginda Rasulullah SAW dilahirkan pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal, tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571M.  Baginda wafat di rumah isterinya, Aisyah RA pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal 11H bersamaan 7 Jun 632M dan dikebumikan di Madinah Al Munawwarah.

Hari ni, Khamis, adalah sambutan Maulidur Rasul di Malaysia kan? Mesti ramai yang pakat ambik cuti direct. Dan sudah pasti ada macam-macam majlis yang diatoq untuk sambutan hari ni.  Negara kita cukup memuliakan sambutan hari bersejarah ni.  Bukan di negara kita saja bahkan di kebanyakan negara di seluruh dunia, umat Islam mesti pakat buat majlis memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad SAW seperti ceramah, perarakan dan semua yang sewaktu dengannya.

Namun, di sini tak dak sambutan apa-apa untuk hari tersebut. Orang-orang di sini kata bida'ah.  Dan kalau sembang lagi dengan depa, depa kata Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar pun tak pernah sebut.  Jadi, takyah la kita nak berdebat berjela dengan depa.

Tapi kan, kalo kita pikiaq-pikiaq balik, sambutan Maulidur Rasul ini kiranya tak salah atau.. harus selagi tak melibatkan sebarang aktiviti-aktiviti yang melanggaq syariat Islam.  Kalau sambutan tu ada unsur ilmu dan ibadah, tetap Allah SWT bagi pahala.  Tak gitu..? Rasulullah pun pernah bersabda, "Sesungguhnya orang-orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat adalah orang-orang yang banyak berselawat kepadaku.." - (Al Nasai & Ibnu Hibban)

Di Makkah nun, tempat kelahiran baginda Rasulullah dah dibina bangunan 2 tingkat yang diberi nama Maktabah Makkah Al Mukarramah.  Ianya sebuah pusat sumber ilmu gitu.  Dengaq cerita ada belaka la segala kitab agama Islam dan buku-buku ilmiah dalam tu.  Aku berhajat nak bawak anak-anak aku pi situ satu hari nanti. Dengan izin Allah SWT jua..


Banyak-banyaklah kita berselawat ke atas nabi kita, Nabi Muhammad SAW.


2 comments:

  1. assalamualaikum Yati ku sayang...

    memang kita sentiasa mengingati Rasulullah saw, tapi hari ini kita sekadar menzahirkan kepada umum kukuhan perasaan kita dan penyatuan ummah...biaq non-muslim tenguk betapa kita sangat mencintai nabi kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam..
      betui tu jun.. di mana jua kita berada, jom kita banyakkan berselawat ke atas Nabi kita setiap waktu yang terluang..

      Delete