السلام عليكم رحمة الله وبركاته

MASJID NABAWI & RAUDHAH

9 Januari 2013

 بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam pukul 10 pagi hari ni, A bawa kami anak beranak pi Masjid Nabawi. Orang sini kalau nak pi Masjid Nabawi, depa sebut nak pi HARAM yang bermakna suci. Aku tengok banyak sungguh perubahan sejak aku mai buat ibadah umrah pada tahun 2005 dulu. Dengan sedikit panduan dari A, aku dan Aina berjalan menuju ke pintu untuk jemaah muslimah.
















Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : 

"Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih utama 1000 kali berbanding solat di masjid lainnya kecuali di Masjidil Haram yang lebih utama 100,000 kali dari masjid lainnya." - hadis riwayat Ahmad & Hakim.

dan

"Barangsiapa melakukan solat di masjidku sebanyak empat puluh kali tanpa luput satu kali solat pun juga, makan akan dicatat kebebasannya dari neraka, kebebasan dari siksaan dan terhindarlah ia dari kemunafikan." - hadis riwayat Ahmad & Tabrani.

Aina teruja sungguh dan aku pasti Syamil macam tu jugak. Kami sama-sama buat solat tahiyatul masjid.  Lepas tu kami berjalan jalan di dalam dan luaq masjid untuk familiarisation.

Pintu 25 - uthman bin affan, pintu  masuk utama untuk ke Raudhah 
Masuk waktu Zuhur, aku dan Aina masuk balik ke dalam masjid. Lepas solat, kami ikut berkumpul depan pintu tunggu dibuka untuk ke Raudhah.  Dah dibuka pintunya, pakat berjalan laju dan lepaih tu berlari-lari anak nak dapat tempat di Raudhah.  Berdebaq tak tau nak cerita masa dok berlari-lari tu. Alhamdulillah, mudah sungguh laluan kami anak beranak masa dok berlari-lari tu.  Jemaah taklah berduyun sangat tapi dah pakat pulun ke satu tempat, jadi sesaklah sikit. Dengan izinNya juga, di depan kami tu, ada saja ruang untuk mempercepatkan langkah kami. Aku dan Aina berjaya berada di barisan kedua di karpet hijau Raudhah. Masyaallah tabarakallah..

Raudhah bermaksud taman dan ianya digambarkan sebagai tempat yang cukup istimewa di dalam masjid Nabawi dan tempat yang cukup mustajab untuk berdoa.  Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Ruang di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga dan mimbarku berada di atas telagaku." - hadis riwayat Bukhari & Muslim.

Dari rasa berdebaq, pastu meremang bulu roma, sebak, seterusnya tangisan, selawat dan salam dihulurkan kepada baginda Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda, Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a dan Saidina Umar Khattab r.a. Salam kiriman semua dari tanahair aku sampaikan. Seterusnya aku berdoa dan terus berdoa sekadar yang mampu. Dalam dok berdoa tu, tak henti-henti airmata aku mengalir turun, laju.  Betapa aku bersyukur diberi Allah SWT kesempatan yang cukup bermakna ini.  Aina juga terisak-isak di dalam berdoa.  Allah, Allah, Ya Allah..



Setelah berdoa, kami berjalan keluaq dan bagi laluan kat jemaah lain pulak untuk berdoa.  Aku dan Aina balik ke hotel untuk lunch.  Alhamdulillah.. Habih makan, kami berehat sat sambil tengok-tengok keliling hotel sampailah waktu Asar. Kami berjalan balik ke Masjid Nabawi yang cuma lebih kurang 8 minit saja dari hotel. Lepas solat Asar, kami berjalan-jalan di tempat jualan di luaq kawasan masjid.  Beli la jugak satu dua benda. Murah dari harga kita di Malaysia nun.  Sampailah waktu solat Maghrib, kami masuk solat lepas tu kami tunggu  sampai masuk waktu Isyak. Habih solat Isyak, kami balik ke hotel dan lepas tu balik ke rumah.



Syukur kepada Allah untuk hari yang penuh barakah ini.  Aku berdoa semuga Allah SWT izinkan aku sekeluarga untuk menetap lebih lama di bumi Madinah Al Munawwarah ini.  Justeru, untuk itu, aku mohon jugak daripadaNya untuk nikmat umoq yang panjang dan kesihatan yang baik serta kekuatan iman untuk terus beramal dan beribadah juga menambah ilmu di bumi suci ini.

Rabbi yassir, wala tua'ssir..

No comments:

Post a Comment