السلام عليكم رحمة الله وبركاته

HUJAN DI MADINAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuaca di Madinah sejak 4, 5 hari lepas agak mendung di sebelah petang dan suhu pulak tidaklah begitu tinggi.  Tapi, kelmarin, Allah bagi rahmat yang cukup mengujakan.. HUJAN.  Lewat petang, hujan turun renyai-renyai saja tapi bila dah malam, hujan agak lebat tapi itu pun tak lama. Lebih kurang sejam.  Tapi, lepas hujan tu, keadaan jadi agak panas dalam rumah tapi tu pun sat saja.  Bila dah sepertiga malam, sejuk balik macam biasa.

Kelmarin dulu, masa aku pi masjid Nabawi, aku tengok sesak, ramai sungguh hamba-hamba Allah membanjiri masjid.  Ya, sememangnya macam tu sebab umrah antarabangsa dah bermula.  Selesai solat Maghrib, aku tunggu sampai waktu solat Isyak sambil berzikir. Hajat di hati, lepas Isyak memang nak ke Raudhah walaupun aku maklum mesti teruk kena berasak dan menunggu. Tapi, dah memang berhajat sangat nak masuk ke sana hari tu, aku bersabaq jugak.  Allah maha mengetahui..

Selesai solat Isyak, jemaah bersesak-sesak ke depan, tunggu nak masuk ke Raudhah.  Riuh rendah dengan jemaah bersembang dan sebagainya. Kebetulan aku berdiri dekat dengan 2 orang jemaah dari Malaysia. Bersembang-sembang la kami pun.  Salah sorang adik tu dari Kulim, kerja di LHDN KL.  Kata dia, sebenaqnya dia tak dapat mai tapi dah last minute baru dapat.  Tu pun patutnya kawan dia dapat tapi dah kawan dia pernah mai, so, bagi peluang kat dialah.  Rezeki Allah, rahsia Dia, kita tak tau.  

Dalam dok tunggu tu, tiba-tiba pintu yang lain dibuka.  Kami masih tunggu lagi sebab nak bergerak pun tak boleh sebab terlalu sesak.  Kecoh la dengan jemaah yang menjerit itu ini, gamaknya dok tanya pengawal bila pintu depan kami ni nak dibuka pulak.  Tunggu.

Lama jugak menunggu, akhirnya pelan-pelan pakat bergerak ke pintu yang dibuka mula tadi.  Aku pun ikut jugak.  Adik-adik yang 2 orang tadi hilang entah ke mana.  Masa berpusu-pusu nak menuju ke Raudhah, aku antara yang belakang sekali.  Aku berjalan laju dan sesekali berlari-lari anak bila ada laluan kosong di depan. Dalam pada tu, tak henti-henti aku membaca selawat ke atas Nabi dan mohon Allah permudahkan laluan aku untuk masuk ke Raudhah.  

Dah sampai dekat dengan Raudhah, ada pengawal-pengawal dok jaga di tiang mula nak masuk, yang ada depa gantung banner minta jemaah jangan tolak menolak tu.. Memang ketat kawalan sebab depa nak lepaskan jemaah ikut giliran.  Kalau tak buat macam tu, mau jadi macam-macam kat dalam kawasan Raudhah tu.  Nauzubillah..  Salah sorang dari pengawal tu dok pegang hailer dan bercakap seolah-olah minta semua jemaah bersabaq. Tapi, manusia tak sama, ada yang tak boleh kawal diri.  Pakat dok marah-marah sebab tengok muka dan cara dok bercakap tu bengis sangat, tempik-tempik satu macam.  Jenuh jugak pengawal tu dok bersoal jawab dengan depa.  Biaq pi kat depalah, aku tak peduli, sekadar tengok saja. Dari tempat aku berdiri tu, aku dapat tengok di Raudhah dah ada kumpulan yang dapat masuk dulu dok berdoa.  Tunggu lagi.

Dalam dok tunggu tu, jenuh jugak jemaah di belakang dok tolak.  Aku antara yang depan, di barisan ke 4 macam tulah dalam kesesakan menunggu giliran. Bila pengawal dah bagi masuk, pakat tolak tak sedaq mana-mana. Aku tak tolak, cuma aku biaq depa tolak, aku cuma bertahan ikut arus, takut jatuh ka apa ka..  Aku minta perlindungan dari Allah SWT.  Sedaq tak sedaq, dalam dok kena tolak dan asak tu, aku dah ada di karpet hijau Raudhah.  Alhamdulillah.  Depa tolak lagi sampailah aku ke bahagian agak depan di Raudhah tu.  Tak peduli kena tolak, aku buat keras saja badan walaupun bergerak jugaklah bila kena tolak tu.  Aku terus berdoa dan berdoa dengan ayaq mata yang laju tak dapat ditahan-tahan.  Begitulah senario di dalam Raudhah sebenaqnya, bukan aku saja macam tu. Subhanallah..  

Dah selesai berdoa, aku ikut arus orang tolak menuju jalan keluaq.  Dalam pada tu, nampak ada sorang dua jemaah yang jatuh pengsan.  Keadaan jadi kalut satu macam, tak terkawal.  Aku terus berjalan keluaq sambil memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Satu hari yang sungguh penuh barakah.  Aku mohon diberi kesempatan untuk tinggal lama di bumi Madinah ini.  Aku ingin selalu ke masjid Nabawi, ke Raudhah..

Ya Illahi rabbi, aku mohon keredhaanMu di atas segala keinginanku ini. Kau perkenankanlah.

Allah itu maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

  

MAULIDUR RASUL



  بسم الله الرحمن الرحيم

Baginda Rasulullah SAW dilahirkan pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal, tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571M.  Baginda wafat di rumah isterinya, Aisyah RA pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal 11H bersamaan 7 Jun 632M dan dikebumikan di Madinah Al Munawwarah.

Hari ni, Khamis, adalah sambutan Maulidur Rasul di Malaysia kan? Mesti ramai yang pakat ambik cuti direct. Dan sudah pasti ada macam-macam majlis yang diatoq untuk sambutan hari ni.  Negara kita cukup memuliakan sambutan hari bersejarah ni.  Bukan di negara kita saja bahkan di kebanyakan negara di seluruh dunia, umat Islam mesti pakat buat majlis memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad SAW seperti ceramah, perarakan dan semua yang sewaktu dengannya.

Namun, di sini tak dak sambutan apa-apa untuk hari tersebut. Orang-orang di sini kata bida'ah.  Dan kalau sembang lagi dengan depa, depa kata Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar pun tak pernah sebut.  Jadi, takyah la kita nak berdebat berjela dengan depa.

Tapi kan, kalo kita pikiaq-pikiaq balik, sambutan Maulidur Rasul ini kiranya tak salah atau.. harus selagi tak melibatkan sebarang aktiviti-aktiviti yang melanggaq syariat Islam.  Kalau sambutan tu ada unsur ilmu dan ibadah, tetap Allah SWT bagi pahala.  Tak gitu..? Rasulullah pun pernah bersabda, "Sesungguhnya orang-orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat adalah orang-orang yang banyak berselawat kepadaku.." - (Al Nasai & Ibnu Hibban)

Di Makkah nun, tempat kelahiran baginda Rasulullah dah dibina bangunan 2 tingkat yang diberi nama Maktabah Makkah Al Mukarramah.  Ianya sebuah pusat sumber ilmu gitu.  Dengaq cerita ada belaka la segala kitab agama Islam dan buku-buku ilmiah dalam tu.  Aku berhajat nak bawak anak-anak aku pi situ satu hari nanti. Dengan izin Allah SWT jua..


Banyak-banyaklah kita berselawat ke atas nabi kita, Nabi Muhammad SAW.


SOLAT & MENDIDIK ANAK-ANAK


 بسم الله الرحمن الرحيم

Kemarin satu hari demam urat.  Dok merekot dalam rumah saja. Sejuk pun lain dari hari-hari besa yang dok sejuk dengan cuaca sini buat masa ni. Pakai stokin tebai pon dok sejuk satu macam saja kaki.  Cek suhu badan, biasa saja.  Sini, pada musim ni, cuaca pagi biasanya dalam 9c, tengahari dalam 24c dan hala ke petang nak ke malam, jadi 16c.  Sejuk sangat la bagi kita yang dok besa sejuk dengan aircond atau pun hari hujan lebat saja di Malaysia kan..?

Cakap pasai sejuk, aku nak sentuh sikit pasai solat.  Kita yang tua  ni, (angka la yang buat kita jadi tua..hati dok muda situlah.. :p), kotlah ada hari-hari yang rasa liat sikit nak bangkit solat Subuh ditambah dengan badan tak berapa sihat, tapi kita bangkit jugak.  Tapi, untuk anak-anak, sekali kejut, haram tak merewet pun lagi.  Dah kita habih solat, kejut lagi, tak bangkit jugak. Tinggi sikit sora, baru depa jawab, hmm..hmm..hmm..  Tapi, tak jugak bangkit.  Sampai ke tahap kita bertazkirah di subuh hari, baaaarulah depa bangkit. 

Anak-anak aku ni, Aina tu senang.  Kejut sekali, paling banyak 2 kali, bangkitlah dia.  Syamil, mau kena 3, 4 kali jugak baru bangkit.   Tapi, yang aku tension dan sedih jugak kadang-kadang tu ialah Syafiq.  Dia ni, kalau subuh, sampai kesudah, dia tak bangkit.  Maklum saja, dok melangut laptop sampai ke pukui 2, 3 pagi.  Waktu lain, dia buat tapi tu pun kadang dok terbabaih saja.  Kena dok follow selalu.  Dok di Madinah ni, especially di tanah Haram ni, aku tak maulah dok beletiaq melalut-melalut, satni selain dari aku jadi berangin satu badan, runtuh pulak Bukit Uhud tu..!  Tapi, aku takkan jemu beletiaq dan berdoa semuga semua anak-anak aku jadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa.

B aku pulak kalau suruh kejut anak-anak, sekali saja pastu tak kejut dah.  Memang dari dulu mai dia ni tak cakap banyak dengan anak-anak.  Nak bersembang dengan anak-anak pun payah apatah lagi nak tegoq itu ini.  Dia ni masuk kategori bapak yang 'ikut anak'.  Pada aku, B aku ni memang manusia yang sangat baik.  Tapi, dia ni tak suka serabut pikiaq itu ini dan cepat give up.  Sebab tu kadang-kadang, jadi krisis jugak kami berdua sebab aku tak suka dia ambik lewa hal keluarga terutama sekali soai pendidikan agama terutama sekali solat anak-anak. Dia dok kesah diri dia saja especially bab ke masjid dan sebagainya.  Modai dia nak jawab ialah, budak dah besaq boleh pikiaq sendiri.  

Aku kata tak boleh macam tu, dia tu ketua keluarga.. kena la tegas sikit.  Dia jawab pulak kata dah memang dia macam tu, tak reti nak marah anak-anak.  Aku selalu kata balik, bukan suruh marah membabi buta, bukan suruh balun pukui bagai.. Tak salah kita berubah dan tegoq anak-anak untuk kebaikan. Makpak mana yang tak sayang anak kan.. tapi bagilah kena gaya dan cara.  Kita pun dulu ligat jugak dengan dunia kita, ala-ala hidup di zaman 'jahiliah' gitu.  Tapi, la ni dah boleh berubah sikit-sikit ke jalan yang lebih baik, maknanya manusia ni boleh berubah la kan, tapi kena sungguh-sungguh, tak gitu..? Bila kena kat dia, dia kata pulak aku cakap pandai.  Tapi, aku tak kisah, aku tau Allah tau hati dan niat aku.  

Dari dulu lagi, akulah yang lebih dok kalut segala hal anak-anak. Takpalah, dah dia busy dengan kerja dia cari rezeki untuk keluarga, aku faham dan reda. Tapi, bila ada perkara-perkara penting yang aku perlu pertolongan dia sangat-sangat, yang tu sajalah aku minta dia bagi perhatian.  Kadang-kadang bila dia buat sambil lewa, kalut dengan kerja 24 jam satu hari, mengamuk jugak aku.  Yalah kan, habih waktu aku dengan anak-anak dan waktu untuk Allah SWT diambik oleh kerja, mana boleh biaq.  Kadang-kadang aku bertazkirah jugak nak bagi dia sedaq sikit.. Berat oo tanggungjawab seorang ketua keluarga.  Bukan setakat cari duit, lungguk kat anak bini saja, kan..?

Syukur kepada Allah SWT, berkat doa dan kesabaran, segala ombak dan badai (teringat filem Ombak Rindu la pulak.. :p) dapat kami harungi sehingga hari ini. Anak-anak pun dah besaq, tak la teruk sangat nak menguruskan depa.  Tapi, besaq, cara besaq pulak la.  Bagai dikatalah, pada hakikatnya, tanggungjawab makpak tak akan habih sampai terpejam mata untuk selamanya.  Dengan izin Allah SWT jua segalanya..
  
Bercakap soai anak-anak ni, ada anak-anak yang memang tak payah kena potpet, depa ok segalanya.  Bila dah besaq, depa pandai cari ilmu sendiri dan sebagainya.  Syukur kepada Allah di atas anugerah itu.  Tapi, kalau dah memang yang tak boleh biaq, kena potpet, kenalah kan sebelum anak tu hanyut lagi jauh dari landasan kehidupan yang diredhai.  Aku selalu kata kat B aku, aku tak mau nanti bila kita dah lanjut usia, sakit.. dan dah tak larat nak potpet, dekat-dekat nak mati ka.. kita diburu rasa kesal dan kecewa sebab tak didik anak-anak dengan ilmu yang betui. Tu cerita di dunia, nun di 'sana' nanti, nak kena soai dengan Allah SWT, tak takut ka..?  Kita dok biaq depa la ni ikut kepala depa saja, tak boleh.. memang tak boleh..!

Aku berpegang pada prinsip, pendidikan anak-anak tu sampai ke liang lahad, tak kira makpak mati dulu ka atau anak-anak mati dulu ka.. tak kira apa pendidikannya baik dunia maupun akhirat. Kalo dah tak betui, kena beletiaq selalu, beletiaqlah supaya nanti anak-anak tak salahkan kita atau pun kurang betui perjalanan hidup dia kerana kita ambik lewa soai pendidikan anak-anak. Aku mohon perlindungan Allah dari segala kemungkinan itu..

Kalau tak mau kena beletiaq, buat bagi betui dan elok segalanya walaupun kurang sempurna.. yang tu boleh perbetui dari masa ke semasa.  Dengan izin Allah SWT jua.. Aku pun sebenaqnya tak suka nak dok beletiaq sangat tapi aku tak boleh tengok benda tak betui. Kena yang lelaki pulak, depa nanti nak pimpin rumahtangga dan keluarga.  Mau ka kita kalau nanti orang dok mengata itu ini pasai keturunan kita..?  Memang betui, darah yang mengalir dari keturunan tu memang tak boleh nak elak dan kadang-kadang kita yang buat sejarah kejadian dalam sesebuah keluarga tu berulang.  Wallahualam bissawab.. Tapi, aku percaya,  pendidikan yang baik boleh membentuk manusia ke jalan yang lebih diredhai. Dalam pada tu kita tak boleh dok harap saja miracle berlaku.  Kena usaha dan berdoa dengan tulus dan ikhlas kepada Allah SWT setiap waktu.  Jangan tunggu ada masalah saja baru nak ingat Allah.


Sentuh pasai berdoa ni, aku bersyukur sangat-sangat kepada Allah SWT, aku dapat rasakan banyak doa-doa aku yang Allah dah makbul.  Yalah kan, Dia makbul sebahagian, Dia simpan lagi yang lainnya.  Macam kita yang jadi makpak ni la jugak.  Anak-anak minta itu ini, berkali-kali.. kadang kita bagi sikit, kadang kita tak bagi langsung.  Kita tunggu waktu yang sesuai, baru kita bagi.  Anak-anak tak serik, dok mintak jugak.  Macam tulah jugak antara kita dengan Allah SWT, kena selalu bersangka baik dan tak boleh jemu berdoa penuh kesabaran serta tawakkal.  Allah maha Mendengar lagi maha Mengasihani.

Jom kita sama-sama berusaha untuk apa saja yang kita inginkan dan berdoa kepada Allah SWT supaya dimakbulkanNya.  Untuk aku, aku akan terus berdoa dan berdoa dalam setiap usaha aku kerana aku tau Allah SWT saja yang boleh membantu.

Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah SWT jua..






BELAJAQ BERCAKAP BAHASA ARAB


                                                 بسم الله الرحمن الرحيم

Bercakap tentang berbahasa arab, adalah juga aku belajaq masa di Aloq Setaq dulu.  Waktu tu, A yang bersungguh-sungguh sangat nak belajaq bahasa tersebut.  Dengan izin Allah jua segalanya bermula.  Kami berdua pun mendaftar di kelas malam setiap hari Rabu selama 2 jam.  Ustaz yang mengajaq tu adalah orang arab yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.

Kami dan la belajaq selama 4 bulan, lepas tu A pindah kerja ke Subang Jaya.  Dah tinggai kelas tu pastu tak guna pulak apa yang kami belajaq, aku jadi tak berapa ingat semuanya sebab bahasa tu tak digunakan dalam perbualan hari-hari.  Tapi, basic words tu ingat la sikit-sikit.

Dah dok di Madinah ni beberapa hari, aku difahamkan bahawa bahasa arab yang digunakan untuk perbualan harian di sini adalah berbeza.  Untuk sebutan benda-benda, bilangan dan hari memang sama macam apa yang aku belajaq dulu.  Cuma untuk ayat-ayat perbualan, memang berbeza.

Aku belajaq sikit-sikit dari A dan Syafiq yang sudah lebih faham berbahasa arab di samping menggunakan buku. Tetapi, yang paling banyak membantu aku buat masa ni adalah Fahad, iaitu pemandu peribadi A.  Fahad ni anak jati bumi Madinah. Terima kasih Fahad.  Fahad cukup handsome kalau dia pakai kain serban merah ala arab.  Aku selalu puji dia dengan berkata, Fahad, anta jameel..  Tersipu-sipu Fahad, heran atau perasan, tak tau nak katalah.  Tapi, kalau hari yang dia tak pakai langsung serban arab, nampak la rambut dia yang ala-ala kerinting tu, aku tak suka sangat.  Tak ubah macam penjahat dalam filem Tamil. Lol.. Ya ampun Fahad. Semuga hidupmu diberkati Allah. Ameen ya rabb..

La ni aku dah terer cakap yang basic-basic bahasa arab ni. Contohnya, apa habaq?, selamat tinggai, jumpa lagi, habaq baik, berapa harga?,  harga last berapa?  Hehe.. biasalah orang perempuan, tawaq menawaq di mana saja.. :p

Insyaallah, aku mohon dipermudahkan untuk aku belajaq bahasa arab ni dengan lebih lagi.  Tak dak istilah terlambat untuk belajaq apa juga yang diinginkan cuma memerlukan pengorbanan dan usaha yang bersungguh-sungguh.

Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah SWT..



FAHAD KEMALANGAN

Baru dok cakap pasai Fahad, A bagitau yang Fahad kemalangan kereta. Dengaq kata tangan dia terpeleot teruk jugak.  Dia dapat cuti sakit sebulan lamanya.  Semuga Fahad cepat sembuh.

Setiap yang berlaku itu adalah dengan kehendak Allah jua..



KULIAH MEMBACA AL QURAN

17 Januari 2013
          بسم الله الرحمن الرحيم

Aku pi Masjid Nabawi lepas waktu solat Zohor sebab kelas Al Quran bermula lepaih waktu solat Asar.  Aina uzur dan tak ikut sama. Selesai solat Asar, aku terus pi pejabat masjid untuk berjumpa mualimah yang nak ajaq aku.  Komunikasi dalam bahasa inggeris memudahkan urusan.  Mesra dengan panggilan sister Bushra, mualimah tersebut mesra menyambut kedatangan aku. Katanya, i remember u sister, terus dia bersalaman dengan aku. Syukur kepada Allah.. Aku boleh nampak wajah kemesraan beliau begitu ketara masa dok bercakap dengan aku tu.  Aku jadi selesa.

Sister Bushra mintak aku tunggu sat, lepas tu dia bawak aku pi tingkat 2 di bahagian lain dalam kawasan muslimah masjid tu. Dia kata dia yang akan ajaq aku baca Al Quran dengan tajwid yang betui. Kami pun berjalan masuk bilik untuk membaca dan di situlah bermula kuliah pembelajaran pertama aku di Masjid Nabawi.

Sikit berkenaan Sister Bushra.  Umoq dia ni 35 tahun, asai dari Morocco tapi dari kecik dok di Madinah dengan keluarga dia. Bila makpak dia balik ke Morocco, dia stay di Madinah dengan suami dan anak-anak dia 2 orang. Memulakan kerjaya secara sukarela mengajaq jemaah umrah membaca AL Quran dengan tajwid yang betui sampailah dia pihak pentadbiran Masjid Nabawi offer dia jadi tenagakerja sepenuh masa. Sesuatu yang dia dok doa hari-hari katanya untuk dapat tawaran tu.  Bila masuk musim umrah yang padat macam la ni, Sister Bushra ditugaskan 'memimpin' jemaah umrah ke Raudhah, khususnya jemaah-jemaah dari Malaysia dan Indonesia. 


Sesi kuliah hari ni dimulakan dengan membaca A'uzubillah.., bismillah.. dan Al Fatihah dengan tajwid yang betui serta penjelasan akan segala perkara yang berkaitan 3 bacaan berkenaan. 

Contohnya : mengapa surah At-Taubah tidak memerlukan bacaan  bismillah. beserta sebabnya.  

Jom nak kongsi sikit di sini.  

Bismillahirrahmanirrahim tu mempunyai makna yang berkaitan dengan rahmat dan kasih sayang.  Allah SWT telah turunkan surah At-Taubah semasa Perang Tabuk  di mana pada waktu tu tiada situasi aman langsung. Bermaksud surah tersebut diturunkan dengan 'keras' di mana di dalamnya terdapat kecaman dan tentangan terhadap sikap orang-orang munafiq dan kafir.  Maka, tiada rahmat bagi depa tu. 
  
Lepas selesai kuliah untuk hari ini selama sejam, kami santai bersembang, suaikenai gitu. Aktiviti ini akan berterusan setiap hari Khamis sampailah bermulanya halaqah musim panas. 

Sister Bushra dengan santai dan tanpa silu berkongsi cerita kehidupan peribadinya. Biarlah apa yang dikongsi bersama aku itu menjadi sebahagian dari diriku. Mulut dia tak putus-putus memuji Allah SWT dan Rasulullah SAW serta kedua ibubapa.  Aku kagum dengan wanita ini.

Sebelum berangkat untuk sama-sama menunaikan solat Maghrib, Sister Bushra bagi nombor handphone dia dan suruh aku telefon dia bila-bila masa kot aku ada hal nak apa-apa nak minta tolong dan sebagainya.  Dia jugak bagi 3 naskhah buku berunsur agama yang terdapat di dalam pejabat tersebut untuk bacaan aku. Syukur kepada Allah.. 

Semuga kita semua termasuk di dalam golongan hamba-hamba Allah yang beriman dan bertaqwa kepadaNya.

SURIRUMAH YANG MENULIS

15 Januari 2013

 بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi ini, aku tak pi mana-mana.  Kemas rumah dan macam biasa, masak untuk keluarga.  Rutin aku di sini, kalau awal pagi dah pi Masjid Nabawi, aku mesti makan di luaq dengan keluarga ataupun bungkus bawak balik makan di rumah.  Kalau tak pi mana-mana, mesti aku masak.  A dah siap belikan barang-barang keperluan cuma perlu ditambah bila berkurangan. Aku buat list siap2 atau sms untuk dia belikan nanti masa balik dari kerja.  Segalanya mudah dan dipermudahkan.  Alhamdulillah..

Di waktu santai, other than daily household chores dan perkara-perkara yang aku dok buat, aku gunakan untuk menulis di blog ini, cek email atau contact mak di kampung serta sahabat handai.  Dengan zaman serba moden dan canggih ini, perhubungan melalui maya memudahkan segala urusan. Viber, whatsapp dan tango.  You name it, you got it. Gitu.. Insyaallah..

Sebenaqnya sebelum ni, aku ni penulis diari tegar, terkentut sikit pun aku masuk diari.  Diari aku dari masa mula-mula kawin dulu, ada aku simpan sampai la ni.  Tapi, sejak tahun lepais, kalut tah apa-apa, dok jadi tak dan nak tulis.  Kadang seminggu sekali.  Payah-payah aku taip dan simpan setiap catatan.  Bekas setiausaha katakan..menaip tanpa perlu melihat keyboard uolss..! Namun, kesibukan membuatkan aku tak sempat nak membuat blog dan sebagainya dengan mengadap laptop setiap hari. Namun, di sini, jauh dari tanahair tercinta, aku bertekad nak meluahkan segala rona perjalanan hidup aku sekeluarga di bumi Rasulullah ini di dalam blog seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang lama dah sebelum aku.  There is always the first time for everybody.. it's just the matter of time.. Aku nak berkongsi pengalaman hidup aku di sini bersama semua insan-insan di luaq sana. Semuga dapat menghiburkan di samping sama-sama kita mendapat manafaat. Insyaallah..


Sebelah petang, sebelum waktu solat Asar, aku ke Masjid Nabawi.  Solat Asar hingga Isyak di sana. Lepas tu, kami balik dan singgah makan di restoran Burger King. Satu kelainan bila makan di luaq di Madinah ini ialah, ruang makan untuk keluarga adalah tertutup, ala-ala privacy gitu. Cukup Allah mengetahui apabila aku katakan, aku suka keadaan tersebut.  

Aku suka bumi ini ya Allah, dan aku mohon Kau berikan aku sekeluarga peluang untuk terus menetap di bumi Madinah ini untuk lebih lama dan berilah kami petunjuk serta mudahkanlah segala urusan kami untuk terus beramal dan beribadah ke jalan yang Engkau redhai.  Ameen ya rabb..

Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah SWT..

HALAQAH & JUBAH HITAM

13 Januari 2013

 بسم الله الرحمن الرحيم

Kami pi masjid Nabawi dari pagi sampai lepas waktu solat Isyak.  Masuk ke Raudhah dengan mudah sekali lepas waktu solat Zohor dan berdoa di sana dengan tenang walaupun hari ini sedikit sesak dengan jemaah.  Hari ini juga aku ambik kesempatan untuk ke pejabat masjid nak tanya pasai halaqah dan kuliah.

Sister di pejabat tu habaq pendaftaran dah ditutup dan halaqah untuk musim ni dah pun bermula.  Sister tu suruh aku mai pada musim panas pulak iaitu 2 bulan dari la ni. Tapi, sister tu kata, aku boleh belajaq nak perbetui bacaan Al Quran dengan tajwid pada hari Khamis iaitu hari yang diadakan sesi berkenaan untuk jemaah umrah.  Alhamdulillah..daripada tak dak, ada jugak untuk sementara waktu ni.  Lepas tu, aku keluaq p ronda-ronda di luaq masjid.

Dekat nak masuk waktu solat Asar, kami masuk balik ke dalam masjid.  Dalam dok cari-cari tempat untuk solat, aku nampak satu group muslimah bertelekung putih dengan kain kecik ada tulih MALAYSIA di telekung depa. Aku jadi teruja dan masuk ke saf depa tu.  Selesai solat tahiyatul masjid, aku tegoq la muslimah yang duduk di sebelah aku.  Terkejut seround dia. Katanya, ingatkan orang sebelah sini sebab akak pakai telekung hitam. Aku pun habaq la kata aku duduk di Madinah ni dan kalau dah menetap di sini, urusan seharian lebih mudah dengan pakaian serba hitam.

Kami  pun bersembang la sat.  Betapa dapat menjejak kaki ke bumi Madinah ini sungguh menyentuh hati setiap hambaNya. Kata adik tu, yang berasal dari Johor, 4 kali dok kena tukaq tarikh dengan macam-macam masalah yang timbul, sedari masalah mahram hingga ke masalah ketetapan tarikh.  Dia pun dah dekat nak putus asa dibuatnya.  Namun ketentuan Allah juga adalah yang terbaik.  Bersyukur sangat katanya dan menangis bila, akhirnya dari tarikh 20 Februari, dia dapat pada 12 Januari.  Dia mai dengan mak mertua dan mak menakan. Aku kata kat adik tu yang dia beruntung dapat mai buat ibadah umrah di usia muda.  Aku dulu mai buat ibadah umrah masa umoq 41 tahun.

suasana di dalam komplek membeli belah di madinah
Balik dari masjid, A bawak aku dan anak-anak window shopping dan makan angin dalam kawasan pekan. Memang la sesuatu yang lain daripada kebiasaan bila tengok ninja di sana sini dalam shopping mall. Namun, sesekali, hati kecikku aku berdetik bahawa sebenaqnya apa yang aku tengok ni adalah sesuatu yang mudah dan indah sebenaqnya. Tak perlu ada sapa-sapa yang nak tertoleh-toleh nak tengok orang lain pakai macam tu dan macam ni dan tak perlu nak  tengok orang itu cantik atau huduh, mekap tebai atau nipih dan sebagainya.  Honestly, aku akui bahawa aku suka dengan keadaan ini.  Allah maha mengetahui..

Malam tu, aku beli selai jubah hitam dan selai abaya untuk Aina. Esok harinya, kami dua pakai baju baru ke masjid.  Memang aku selesa sangat berjubah macam ni.  Di Malaysia pun aku dok pakai dah macam ni cuma kadang-kadang pakai jugak seluaq jeans dan blaus. Di sini, aku suka pakai jubah atau baju labuh dengan seluaq kembang.  Macam ni senang.  Tak payah dok pikiaq perut nak beralun ka, isi kopek lompat keluaq ka, orang tengok pungkoq berketui ka, lemak sana berlipat ka, lemak sini tersemboi ka dan sebagainya.  Semuanya tak terpikiaq lagi dah dan aku selesa serta senang sekali tanpa ada sikit pun rasa janggal.  Alhamdulillah di atas nikmat ini.

Ketentuan Allah adalah yang terbaik..

UMRAH

10 Januari 2013

 بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini, kami akan pi ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.  Syafiq tak ikut sama sebab kena kerja.


Pukul 3 petang, kami pun berangkat untuk tujuan mulia itu.  Kami berniat ihram di Miqat Bir Ali dan meneruskan perjalanan yang memakan masa lebih kurang 5 jam. Sepanjang perjalanan,  kami bertalbiah disulam dengan zikrullah. Kami cuma berhenti untuk solat dan beli makanan. Cuaca sejuk ditambah pula dengan angin yang bertiup lebih dari sepoi-sepoi bahasa.



Kami sampai ke bumi Makkah dalam pukui 730 malam.  Terus pi ke hotel penginapan yang memang dekat dengan Masjidil Haram.  Lepas letak beg dan bersih diri apa yang patut, kami teruih pi Masjidil Haram.  Kami bersujud syukur di dalam masjid tersebut.  Syamil ketara tak dapat kawal emosi dia tatkala melihat Kaabah.  Dia menangis terisak-isak sewaktu melakukan sujud syukur. Aku pun menangis, begitu juga Aina. A tak nampak pulak menangis ka dak masa tu sebab aku dok layan ayaq mata aku..



Lepas daripada tu, kami pun memulakan ibadah umrah mengikut tertib. Selesai ibadah umrah, kami berjalan dan tengok-tengok di dalam masjid kemudian keluaq untuk makan malam. Selesai makan malam, kami balik ke hotel dan berehat sambil bersembang-sembang akan keindahan dan keagungan ciptaan Allah.  Semuga Allah SWT menerima ibadah kami tadi dan menjemput kami lagi ke sini. Ameen ya rabb..



Esok harinya, kami bertolak balik ke Madinah pada pukul 4 petang.  Alhamdulillah, dengan izinNya jua, kami selamat sampai rumah pada pukul 9 malam.  

Terima kasih Allah..

MASJID NABAWI & RAUDHAH

9 Januari 2013

 بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam pukul 10 pagi hari ni, A bawa kami anak beranak pi Masjid Nabawi. Orang sini kalau nak pi Masjid Nabawi, depa sebut nak pi HARAM yang bermakna suci. Aku tengok banyak sungguh perubahan sejak aku mai buat ibadah umrah pada tahun 2005 dulu. Dengan sedikit panduan dari A, aku dan Aina berjalan menuju ke pintu untuk jemaah muslimah.
















Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : 

"Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih utama 1000 kali berbanding solat di masjid lainnya kecuali di Masjidil Haram yang lebih utama 100,000 kali dari masjid lainnya." - hadis riwayat Ahmad & Hakim.

dan

"Barangsiapa melakukan solat di masjidku sebanyak empat puluh kali tanpa luput satu kali solat pun juga, makan akan dicatat kebebasannya dari neraka, kebebasan dari siksaan dan terhindarlah ia dari kemunafikan." - hadis riwayat Ahmad & Tabrani.

Aina teruja sungguh dan aku pasti Syamil macam tu jugak. Kami sama-sama buat solat tahiyatul masjid.  Lepas tu kami berjalan jalan di dalam dan luaq masjid untuk familiarisation.

Pintu 25 - uthman bin affan, pintu  masuk utama untuk ke Raudhah 
Masuk waktu Zuhur, aku dan Aina masuk balik ke dalam masjid. Lepas solat, kami ikut berkumpul depan pintu tunggu dibuka untuk ke Raudhah.  Dah dibuka pintunya, pakat berjalan laju dan lepaih tu berlari-lari anak nak dapat tempat di Raudhah.  Berdebaq tak tau nak cerita masa dok berlari-lari tu. Alhamdulillah, mudah sungguh laluan kami anak beranak masa dok berlari-lari tu.  Jemaah taklah berduyun sangat tapi dah pakat pulun ke satu tempat, jadi sesaklah sikit. Dengan izinNya juga, di depan kami tu, ada saja ruang untuk mempercepatkan langkah kami. Aku dan Aina berjaya berada di barisan kedua di karpet hijau Raudhah. Masyaallah tabarakallah..

Raudhah bermaksud taman dan ianya digambarkan sebagai tempat yang cukup istimewa di dalam masjid Nabawi dan tempat yang cukup mustajab untuk berdoa.  Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Ruang di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga dan mimbarku berada di atas telagaku." - hadis riwayat Bukhari & Muslim.

Dari rasa berdebaq, pastu meremang bulu roma, sebak, seterusnya tangisan, selawat dan salam dihulurkan kepada baginda Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda, Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a dan Saidina Umar Khattab r.a. Salam kiriman semua dari tanahair aku sampaikan. Seterusnya aku berdoa dan terus berdoa sekadar yang mampu. Dalam dok berdoa tu, tak henti-henti airmata aku mengalir turun, laju.  Betapa aku bersyukur diberi Allah SWT kesempatan yang cukup bermakna ini.  Aina juga terisak-isak di dalam berdoa.  Allah, Allah, Ya Allah..



Setelah berdoa, kami berjalan keluaq dan bagi laluan kat jemaah lain pulak untuk berdoa.  Aku dan Aina balik ke hotel untuk lunch.  Alhamdulillah.. Habih makan, kami berehat sat sambil tengok-tengok keliling hotel sampailah waktu Asar. Kami berjalan balik ke Masjid Nabawi yang cuma lebih kurang 8 minit saja dari hotel. Lepas solat Asar, kami berjalan-jalan di tempat jualan di luaq kawasan masjid.  Beli la jugak satu dua benda. Murah dari harga kita di Malaysia nun.  Sampailah waktu solat Maghrib, kami masuk solat lepas tu kami tunggu  sampai masuk waktu Isyak. Habih solat Isyak, kami balik ke hotel dan lepas tu balik ke rumah.



Syukur kepada Allah untuk hari yang penuh barakah ini.  Aku berdoa semuga Allah SWT izinkan aku sekeluarga untuk menetap lebih lama di bumi Madinah Al Munawwarah ini.  Justeru, untuk itu, aku mohon jugak daripadaNya untuk nikmat umoq yang panjang dan kesihatan yang baik serta kekuatan iman untuk terus beramal dan beribadah juga menambah ilmu di bumi suci ini.

Rabbi yassir, wala tua'ssir..

MADINAH MENJADI REALITI

7 Januari 2013

 بسم الله الرحمن الرحيم

Start dari cek-in, semua urusan smooth sekali.  Lebih kurang 8 jam perjalanan, pesawat kami pun mendarat di Riyadh untuk transit selama sejam.  Dan jugaklah aku bersembang mesra dengan jemaah dari Malaysia yang nak pi buat ibadah umrah. Lepas tu, penerbangan pun diteruskan selama sejam lagi ke Madinah.  Alhamdulillah, dengan izinNya jua, aku dan anak-anak selamat menjejak kaki di bumi Madinah Al Munawwarah. Proses imigresen dan kastam berjalan dengan tenang dan lancar sehinggalah kami keluaq dari airport.  

A serta Syafiq dan a few hotel staff ada bersama untuk menyambut kedatangan kami, disapa mesra dan mengalu-alukan kedatangan kami ke bumi Allah yang amat mulia itu. Alhamdulillah.  Kami bersembang-sembang dalam perjalanan menaiki kereta yang memakan masa lebih kurang 10 minit untuk ke rumah kami. Sampai di rumah, kami berehat sambil aku berjalan tengok-tengok keadaan di dalam rumah yang pada aku, begitu besaq.


Rumah kami terletak di dalam daerah Tanah Haram, di kawasan Baladia Uhud and it is a 4-storey apartment dan kami di tingkat 2.  Sebuah rumah di satu tingkat.  Terdapat 4 bilik tidoq, 4 bilik ayaq, 1 ruang tamu, 1 ruang makan, 1 ruang dapoq dan sebuah bilik kecik (untuk dibuat stor). Alhamdulillah.. 















Aku dan la punggah isi beg dan kotak yang kami bawak sambil sembang-sembang.  Mata kelat mengantuk sebab masih berada dalam waktu Malaysia, pukul 2 pagi masa tu sedangkan di Madinah baru pukul 9 malam. Lepas fresh up, kami semua pun rehat dan tidoq.

Esok harinya, aku dan anak-anak dok jet lag lagi, mengantuk dan tidoq seharian.

Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah SWT..




HIJRAHKU BERMULA

6 & 7 Januari 2013

 بسم الله الرحمن الرحيم

Di airport Aloq Setaq, seisi keluarga aku, Pak Uda sekeluarga serta adik angkatku, Zaini dan isteri dia Intan, berkumpul untuk hantaq aku dan anak-anak.  Terima kasih semua di atas doa kalian.    Sampai di LCCT, kami dijemput oleh sepupuku, Abang Izan dan KakTeratai.  Depa bawak kami pi breakfast lepas tu hantaq kami pi hotel.  Kami bermalam di hotel Concorde KLIA sebelum penerbangan ke Madinah pada esok harinya.














Sahabat-sahabat tersayang yang dok rajin tanya habaq dan juga dok ikut perkembangan hijrah aku ni, mai visit aku dan anak-anak di hotel untuk kali terakhir sebelum berpisah. Terima kasih Connie, KakNita, Jun Zurilawati, KakTeh, Ruby, Tat dan Yahana. 

jun, kaknita & kakteh
connie, ruby, yahana & tat


















Juga terima kasih banyak-banyak kepada keluarga angkat dari Tganu, mak aji dan adik yang mai semata-mata nak hantaq kami.  Terima kasih adik sebab tolong KakYati wrapped dan timbang beg-beg dan kotak-kotak sebelum dicek-in. Semuga Allah SWT memudahkan urusan hidup Adik sebagaimana Adik memudahkan urusan KakYati.  Ameen ya rabb.  Tak lupa juga kepada Sakinah dan KakMon serta sahabat-sahabat Aina dan Syamil yang mai hantaq jugak.


mak aji, adik awang, sakinah & kakmon



















Kepada saudara mara serta sahabat handai dan taulan yang mengiring doa dan ucap selamat, terima kasih diucapkan. Terima kasih jugak semua untuk buah tangan dan cenderahati. Terima kasih untuk segala-galanya.  Semuga Allah SWT memberkati kehidupan kalian semua dengan rahmat yang melimpah.  Ampun dan maaf sekali lagi untuk segala salah dan silap. Panjang umoq dan murah rezeki, kita jumpa lagi.

Terima kasih Allah..

HIJRAHKU HAMPIR MENJADI KENYATAAN

November 2012
 بسم الله الرحمن الرحيم

A dah mintak aku dan anak-anak buat segala prosedur asas yang diperlukan untuk visa hijrah kami.  Aku dan anak-anak pun buatlah medical check-up.  Lepas dapat result medical check-up tu, tengok-tengok kolesterol aku tinggi jugak la. Huhuuu.. kena makan ubat la jawabnya nak bagi stabil balik.  Dalam pada tu jugak, pelan-pelan aku buat persiapan dari segi material yang akan dibawak ke Madinah nanti. 

Aku pi KL untuk urusan visa.  Sewaktu di KL, aku stay di rumah anak menakan A, Wira.  Wira ni jujur dan ikhlas, macam tu jugak la bini dia, Dayang.  Aku kata macam tu sebab aku tengok kehidupan depa suami isteri penuh kemakmuran.  Terima kasih Wira dan Dayang di atas budi baik dan segala susah payah membantu Mak Uda.  Tak lupa, terima kasih jugak kepada mak Wira, KakYusmar, yang sama-sama berganding bahu (cewahh..mcm gotong royong pulak bunyinya..) membantu aku.  Semuga Allah SWT memudahkan urusan kalian juga serta melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kalian sekeluarga di dunia dan akhirat. Ameen ya rabb..



Dalam masa 2 hari dok tunggu siapnya visa, aku dan jugak berjumpa sahabat-sahabat tersayang. Elok juga dapat jumpa masa ni sebab bimbang tak dan jumpa masa aku nak berangkat nanti.  Manalah tau kan.. kuasa Allah. Sementara ada peluang ni, usaha la nak berjumpa depa.  Terima kasih KakNita di atas jamuan dan perhimpunan yang dianjurkan.(wah.. perhimpunan gitu..!  mcm perhimpunan wanita UMNO la pulak bunyinya.. hehe.. :p).   


mrs bailey
Dalam pada tu jugak, dan lagi aku pi Port Dickson berjumpa dengan mak angkat aku dari Canada, Geraldine Bailey. 90 tahun dah umoq orang tua ni. Dia panggil aku Dusky Daughter (yalah dah kelabu asap, tak putih dan cerah macam depa.. :p). Aku kenai Mrs Bailey sejak 12 tahun yang lalu.  Masa tu kami dok di Pulau Pangkoq.  Lepas kami pindah dari Pulau Pangkoq, Mrs Bailey dan suami dia beralih arah ke Port Dickson pulak. Tiap-tiap tahun, sejak belum kenai aku lagi, dalam bulan Oktober, dia mesti mai Malaysia bila musim sejuk di negara dia.  Depa suka Malaysia sangat-sangat. Pastu dia balik kampung dia dalam bulan April/Mei tahun berikutnya.  Tiap-tiap tahun jugak aku dan keluarga sure luangkan masa untuk berjumpa depa suami isteri.  Cuma 2 tahun yang lepa, Mrs Bailey tak mai sebab Mr Bailey passed away. Jadi, untuk kali ini, di kesempatan yang ada, aku tak mau la lepaskan peluang nak jumpa dia sebelum aku berhijrah. Manalah tau kot lepas ni payah dah kami nak jumpa atau takkan jumpa lagi. Tangisan Mrs Bailey masa dia hantaq kami di lobi hotel, lain macam pulak aku rasa.  Sekali dua, bila dah lepaih tangan aku, dia dok panggil aku balik, "gimme a hug one more time sweetie.." dalam esak tangis dia.  Aku sebak dan turut menangis.

Kasih sayang tak kenai bangsa, usia dan agama.  Yang penting, keikhlasan hati.

Terima kasih banyak-banyak kepada KakMon dan Sakinah yang tolong bawak aku pi jumpa Mrs Bailey.  Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala budi baik dan memudahkan urusan kanda berdua sebagaimana kalian memudahkan urusanku. Ameen ya rabb..

Dah dapat visa, aku pun balik Aloq Setaq dan selang beberapa hari lepaih tu, A pun booked flight tickets untuk kami. Start dari tu, persiapan akhir untuk berhijrah giat dijalankan (wah..macam persediaan untuk PRU pulak bunyi ayat ni.. hehe..).  Kalau sebelum-sebelum ini, cuma nak berpindah dalam Malaysia saja, aku rasa biasa.  Tapi kali ini, hijrah yang jauh yang tak tau akan ada kesempatan untuk balik mai lagi ke bumi Malaysia ini ka dak. Terima kasih kepada adik angkatku, Zaini dan isteri, Intan kerana banyak sungguh tolong ringankan beban urusanku. Semuga Allah SWT meringankan urusan hampa dua sebagaimana hampa tolong ringankan urusanku..

Dekat-dekat nak berhijrah, especially waktu malam hari, sesekali hati aku ni diusik rasa sayu nak berpisah dengan rumahku syurgaku, dengan keluarga dan sahabat handai terutama sekali mak yang dah semakin uzur. Sejak akhir-akhir sebelum aku berangkat, banyak jugak mak berkongsi perasaan dia dengan aku. Aku jugak mesti rindu punya kat nongoi-nongoi cucu menakan aku yang 2 orang tu, Batrisyia dan Adam.  Masih berpeluangkah kami berjumpa lagi..?  Masih adakah waktu untuk itu..? Wallahu alam bissawab.. Namun, bila dikenangkan, mak akan bersama adik beradik kandung aku yang memang jelas telah dan boleh menjaga mak dengan amat baiknya dan aku pula bakal bersatu dengan suami dan semua anak-anakku yang tercinta di bumi yang penuh barakah, aku menjadi tenang dan redha.
Mak

Batrisyia & Adam





Hanya kepada Allah aku berdoa dan berserah..