السلام عليكم رحمة الله وبركاته

KULIAH MEMBACA AL QURAN

17 Januari 2013
          بسم الله الرحمن الرحيم

Aku pi Masjid Nabawi lepas waktu solat Zohor sebab kelas Al Quran bermula lepaih waktu solat Asar.  Aina uzur dan tak ikut sama. Selesai solat Asar, aku terus pi pejabat masjid untuk berjumpa mualimah yang nak ajaq aku.  Komunikasi dalam bahasa inggeris memudahkan urusan.  Mesra dengan panggilan sister Bushra, mualimah tersebut mesra menyambut kedatangan aku. Katanya, i remember u sister, terus dia bersalaman dengan aku. Syukur kepada Allah.. Aku boleh nampak wajah kemesraan beliau begitu ketara masa dok bercakap dengan aku tu.  Aku jadi selesa.

Sister Bushra mintak aku tunggu sat, lepas tu dia bawak aku pi tingkat 2 di bahagian lain dalam kawasan muslimah masjid tu. Dia kata dia yang akan ajaq aku baca Al Quran dengan tajwid yang betui. Kami pun berjalan masuk bilik untuk membaca dan di situlah bermula kuliah pembelajaran pertama aku di Masjid Nabawi.

Sikit berkenaan Sister Bushra.  Umoq dia ni 35 tahun, asai dari Morocco tapi dari kecik dok di Madinah dengan keluarga dia. Bila makpak dia balik ke Morocco, dia stay di Madinah dengan suami dan anak-anak dia 2 orang. Memulakan kerjaya secara sukarela mengajaq jemaah umrah membaca AL Quran dengan tajwid yang betui sampailah dia pihak pentadbiran Masjid Nabawi offer dia jadi tenagakerja sepenuh masa. Sesuatu yang dia dok doa hari-hari katanya untuk dapat tawaran tu.  Bila masuk musim umrah yang padat macam la ni, Sister Bushra ditugaskan 'memimpin' jemaah umrah ke Raudhah, khususnya jemaah-jemaah dari Malaysia dan Indonesia. 


Sesi kuliah hari ni dimulakan dengan membaca A'uzubillah.., bismillah.. dan Al Fatihah dengan tajwid yang betui serta penjelasan akan segala perkara yang berkaitan 3 bacaan berkenaan. 

Contohnya : mengapa surah At-Taubah tidak memerlukan bacaan  bismillah. beserta sebabnya.  

Jom nak kongsi sikit di sini.  

Bismillahirrahmanirrahim tu mempunyai makna yang berkaitan dengan rahmat dan kasih sayang.  Allah SWT telah turunkan surah At-Taubah semasa Perang Tabuk  di mana pada waktu tu tiada situasi aman langsung. Bermaksud surah tersebut diturunkan dengan 'keras' di mana di dalamnya terdapat kecaman dan tentangan terhadap sikap orang-orang munafiq dan kafir.  Maka, tiada rahmat bagi depa tu. 
  
Lepas selesai kuliah untuk hari ini selama sejam, kami santai bersembang, suaikenai gitu. Aktiviti ini akan berterusan setiap hari Khamis sampailah bermulanya halaqah musim panas. 

Sister Bushra dengan santai dan tanpa silu berkongsi cerita kehidupan peribadinya. Biarlah apa yang dikongsi bersama aku itu menjadi sebahagian dari diriku. Mulut dia tak putus-putus memuji Allah SWT dan Rasulullah SAW serta kedua ibubapa.  Aku kagum dengan wanita ini.

Sebelum berangkat untuk sama-sama menunaikan solat Maghrib, Sister Bushra bagi nombor handphone dia dan suruh aku telefon dia bila-bila masa kot aku ada hal nak apa-apa nak minta tolong dan sebagainya.  Dia jugak bagi 3 naskhah buku berunsur agama yang terdapat di dalam pejabat tersebut untuk bacaan aku. Syukur kepada Allah.. 

Semuga kita semua termasuk di dalam golongan hamba-hamba Allah yang beriman dan bertaqwa kepadaNya.

No comments:

Post a Comment