السلام عليكم رحمة الله وبركاته

KESABARAN RAMADHAN MEMBAWA KEPADA KEBAHAGIAAN SYAWAL

Ogos 2012 - Ramadhan
 بسم الله الرحمن الرحيم

Bulan Ramadhan tahun ni sayu sangat-sangat.  Kalau tak sebab A jauh pun, memang bulan posa memang sayu.  Betui dak? Minggu mula posa, aku dengan anak-anak tak jenguk pun pasar Ramadhan.  Tak taulah nak kata lagu mana.. Kurang korum tu satu hal..  Rasa macam tak dak feel nak pi. Bukan aku saja, Aina dan Syamil pun rasa macam tu.  Syafiq pulak dok di villa rumah sewa dengan kawan-kawan dia sebab musim exam dah mula. Senang dan selesa untuk depa nak study sama-sama. Sesekali depa pakat mai rumah aku, buka posa sama-sama.  Aku redha.

Hari mula pi masjid untuk solat teraweh terasa sungguh dalam hati.  Sejak A berhijrah, kami tak pernah keluaq malam. Tiba-tiba malam mula nak pi teraweh, keluaq saja rumah, rasa lain sungguh suasana malam di luaq, ditambah pulak dah masuk bulan posa.  Sayu saja angin Ramadhan yang mai cecah muka kami.  Tiap-tiap tahun A yang bawa kami pi solat teraweh. La ni, tahun ni, aku pulak ambik alih tugas bawa anak-anak pi masjid untuk tujuan yang sama.  Lepas seminggu, rasa ok dah.  Bila hujung minggu, kami balik pi rumah mak aku di Kangaq, buka posa sama-sama.  Lepas subuh hari Ahad, kami bertolak balik Aloq Setaq sebab Syamil dah start sekolah hari tu.

Hari demi hari di bulan Ramadhan berlalu sampailah seminggu sebelum raya.  A habaq yang dia ada kirim barang untuk aku dan anak-anak melalui sorang student Universiti Islam Madinah yang balik beraya di Aloq Setaq. Dia minta aku tunggu student tu.  Siap pesan suruh aku sediakan biskut raya yang aku dok juai dalam bulan posa tu untuk bagi kat student tu sebagai buah tangan.  Dia kata student tu akan sampai lepas waktu solat Asar.  Aku pun tunggulah sambil tengok TV.

Dalam dok tunggu tu, loceng rumah berbunyi.  Aku pun buka pintu dan.. ish3.. tersemboi A di depan pagaq.  Surprise la kononnn..! Tapi kami suka, suka, suka.. Hari raya disambut penuh sempurna dan bermakna dengan adanya ketua keluarga bersama.  Hari kedua raya, kami berangkat pulang ke kampong A di Perak.  Setelah 2 hari di Perak, kami pun balik ke Aloq Setaq.  A cuma bercuti selama seminggu.



Tiba hari A nak berangkat balik ke bumi Madinah. Perasaan yang sama kami lalui tatkala dia nak berangkat ke bumi anbia tersebut buat kali pertama dulu.  Namun, kata-kata semangat dan ucapan kasih sayang diluahkan dengan harapan agar Allah panjangkan usia dan murahkan rezeki kami untuk bertemu semula nanti menjadi azimat untuk kami sama-sama melalui dugaan ini.  Aku berdoa semuga Allah kekalkan jodoh kami hingga ke hujung nyawa.  Ameen ya rabb..

Terima kasih Allah..

1 comment:

  1. Yati, Zu nampak dua2 masih lagi seperti dulu, muka tak berubah, masih muda mcm dulu2 time kita kerja bersama.

    Seronok dapat jumpa semula dgn Yati walau cuma dalam blog. Alhamdulillah.

    ReplyDelete