السلام عليكم رحمة الله وبركاته

SABAQ, TABAH DAN REDHA..

April - Jun 2012
 بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak ketiadaan A, setiap hari berlalu dengan kesibukan tugas yang aku pikul sepenuhnya dalam menjaga anak-anak dan diri aku sendiri.  Alhamdulillah, Dia bagi aku aku kesihatan yang baik, kekuatan fizikal dan minda untuk aku tempuh segala dugaan dan cabaran. 


Anak-anak adalah penawaq dalam hidup aku walaupun kadang-kadang, depa jugaklah yang jadi racun tapi taklah bisa mana sangat pun.. :)  Selain keluarga, sahabat-sahabat aku cukup ambik berat pasai diri aku. Boleh dikatakan, dalam seminggu, ada saja yang bertanya habaq. Terima kasih  semua.  Aku cukup menghargai.

Dah masuk 2 bulan di bumi Madinah, A minta aku dan anak-anak bersedia nak berhijrah follow dia.  Dia kata dia dah nak mula buat proses menjemput kami dalam waktu terdekat. Namun, kali ni, hati aku dah berubah.  Setelah aku pikiaq panjang dalam masa A tak dak tu, aku bertekad nak bersabaq sampai Syamil selesai PMR. Aku tak mau pentingkan diri sendiri.  
Kesian dia, biaqlah dia belajaq sampai habih PMR.  Aku percaya, janji Allah itu tepat.. sekiranya Dia izinkan, tetap akan sampai langkah aku dan anak-anak menyusul A di Madinah.  

Jadilah jugak krisis sikit pasai A nak kami dengaq cakap dia.  Namun, dah explained dengan alasan yang munasabah, dia akur.    Dengaq cakap bini untuk perkara kebaikan sekeluarga, apa salahnya kan..?  Tak rugi pun sebab aku ni bini yang bukan penting diri dan selalu beringat untuk masa depan kami.  Behind a successful man is a wise woman.. Wise ka aku ni..? Biaq buruk di mata orang, tapi elok di mata Allah SWT. Dia maha mengetahui.. 

Jadi, dah tau yang aku dan anak-anak, insyaallah, bakal berhijrah A paling cepat pun penghujung tahun 2012, aku pun tingkatkan ketabahan dan kesabaran dengan pertolongan Allah SWT. Selain dari tugas dan tanggungjawab terhadap anak-anak, di waktu terluang, aku continue la buat bisnes kecil-kecilan aku yang sememangnya dah lama aku dok buat serta perkara-perkara lain yang selalu aku buat macam sebelum ini.  Rezeki Allah, kita kena usaha nak dapatkannya asalkan kita di landasan yang betui. Alhamdulillah, diberiNya aku kekuatan minda dan fizikal serta kesihatan yang baik sepanjang waktu itu.  


Walaupun dalam sibuk dok kerja, tiap-tiap hari without fail, A akan call aku dan anak-anak. Paling tak pun, sekali satu hari iaitu waktu malam sebelum kami tidoq. Besalah, concern dia tu dari dulu lagi macam tu.., tanya pagaq dah kunci ka, pintu depan dan belakang dan kunci ka dan sebagainya.  Macam tulah rutin harian kami sekeluarga setiap hari.  



Masa cuti sekolah penggal pertama, aku bawa Aina dan  Syamil pi Tganu kite. Syafiq tak mau ikut pasai nak spend time dengan kawan-kawan dia. Anak bujang umoq 20 tahun, macam tulah gamaknya kot.  Jarang sekali nak ikut makpak pi mana-mana yang depa tak favour tapi aku redha.  Budak besaq bukan boleh dipaksa sangat. Aina dan Syamil suka tak sangga la nak berjalan.  Kesian kat depa.  Sejak A berhijrah ke Madinah, inilah baru sekali nak bawak depa berjalan makan angin.

Kebetulan, di Tganu, aku memang ada keluarga angkat yang aku kenai sejak 18 tahun lalu.  Dah macam keluarga sendiri bohh..



Kehadiran kami disambut penuh gembira oleh Mak Aji dan anak-anaknya. Kebetulan Mak Aji ada buat kenduri arwah esok harinya.  Untuk itu, ramai sanak saudara Mak Aji yang kenai aku berkumpui di rumah dia pada hari tu. Wah, seronok sungguh, macam balik kampung pulok ambo ghase.. :) Dah lama tak pi Tganu, banyaklah tempat-tempat baru kami dibawak melawat seperti Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.  Makan kepok lekor, sudah kewajipan.  Favourite aku tu..


Setiap umat islam itu bersaudara..


1 comment:

  1. Anak dara Yati saling tak tumpah muka ibunya, abangnya serupa muka A, yg cute handsome tu Syamil. Alhamdulillah, seronok tengok Yati sekeluarga.

    ReplyDelete