السلام عليكم رحمة الله وبركاته

HIJRAH SUAMI HAMPIR MENJADI KENYATAAN

Disember 2011
 بسم الله الرحمن الرحيم

Dok tak duduk, satu hari, A habaq dia dah terpilih untuk job tu dan akan start buat proper procedures untuk berhijrah. Masa tu aku dok diam sat (bertafakur apa tak taulah..).  Lepaih pada tu, A dok ulang-ulang la ayat-ayat cinta, bagi keyakinan kat aku yang lepas 3 bulan, dia mesti bawa kami pi sama ke Madinah.  Kiranya itulah perancangan asalnya.  Aku nak kata apa lagi, redhalah masa tu.  Takkan nak ajak buka kertas perbincangan lanjut kot..!

Aku happy  bercampoq dagdigdug yang tak ketahuan hala bila dok kenang nak berpisah dengan A untuk at least 3 bulan (insyaallah..) dan jauh pulak tu..! Bukan boleh suka-suka nak terbang balik jenguk keluarga macam sebelum-sebelum ini.  Hati bini mana yang boleh tenteram masa tu..?  

Nak kata pun tak kena. Jahil atau terlupa atau cuba menidakkan kenikmatan menetap di bumi Rasulullah dek kerana terlalu egois tak mau berpisah jauh dari suami, mana satu akau pun tak pasti. Berbagai andaian mengusik minda dan jiwa masa tu.  Betapa, adakah waktu untuk kami berjumpa lagi dan macam-macam persoalan lagi dok mai kacau minda aku.  Adoi, jadi tidak keruan sungguh dibuatnya.. :(

Lepas daripada tu, proses resignation serta urusan visa dan segala yang berkaitan pun bermula. Ater nyata begitu teruja dan happy tak sangga nak berhijrah. Memang inilah keinginan dan doa dia yang selalu dia suarakan kat aku.  Mau atau tidak (masa tu la..), aku kena terima ketentuan takdir.

Aku pun habaq la kat family aku dan sahabat-sahabat aku akan berita ni masa kami berjumpa, masa call dan masa bersembang secara langsung atau pun tidak.  Depa pakat suka dan bersyukur tak sangga bila dengaq berita ni. So, dari happiness yang pakat dok tunjuk dengan kata-kata kesyukuran dan semangat dari depa, pelan-pelan aku jadi redha sepenuhnya dengan perpisahan yang nak mai tu.

Hati aku jadi kuat lagi bila hari-hari A dok bagi kata-kata keyakinan yang dia pasti akan bawa kami pi dok dengan dia secepat mungkin.  Aku habaq jugak kat dia yang aku takut aku dan anak-anak tak dapat peluang jumpa dia lagi.  Cakap macam orang yang tak percaya pada ketentuan takdir pulak aku masa tu. Yalah kan, orang yang tak merasa, dia tak tau.  Apa daya aku, bila bercakap topik tu, dok nak meleleh saja la ayaq mata ni.. Kesian kat aku tapi aku tak tunjuk kat anak-anak.  Aku tau, kekuatan anak-anak ada pada diri aku.  So, aku kena control emosi jangan bagi terlampau pulak.

Mai sekali-sekali, hati jadi sebak tak sangga, kecut satu macam dan sayu. Namun, hanya kepada Allah SWT sajalah tempat aku memohon doa supaya diberi kesabaran, ketabahan dan kekuatan hati serta minda dalam melalui dugaan yang cukup besaq ini.. dugaan berpisah amat jauh dari sang suami.

Allah maha mengasihani..

1 comment:

  1. Makin seronok baca blog Yati ni....kena start dari mula...pelan2 daku kayuh satu persatu

    ReplyDelete