السلام عليكم رحمة الله وبركاته

TETAMU ALLAH (5)

بسم الله الرحمن الرحيم

Kehadiran tetamu Allah pada kali ini adalah yang paling aku tunggu-tunggukan. Mak dan adik aku. Depa mai dengan makchaq, iaitu  isteri kepada sepupu bapa aku. Masa sampai Madinah, depa agak letih dan kurang sihat. Dikros yang paling teruk dan sampai sini pulak dia uzur. Mak aku, walau pun kelihatan letih tapi sangat bersemangat untuk bersolat di masjid Nabawi setiap waktu. Alhamdulillah.

Macam biasa, aku temankan depa beli barang sekitar hotel penginapan. Malam kedua, kami makan malam bersama di Aramas Hotel. Sepatutnya malam tu aku bawa depa ke Raudhah tapi mak terlalu letih. Kami hantaq depa balik ke hotel untuk rehat.


makchaq, mak, dikros & aina

Malam esoknya, aku bawa dikros pi jalan-jalan ke Al Noor Mall. Mak dan makchaq tak ikut sebab nak rehat dan tunggu waktu nak ke Raudhah. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Malam tu adalah kali terakhir aku jumpa depa sebelum depa berangkat ke Jeddah pada awal pagi esoknya. Hati aku sayu dan sedih namun aku sembunyikan perasaan tu. Tengok mak keletihan, aku bertambah sayu. Hanya Allah yang tau. 

makchaq & mak


Allah bagi mak rezeki umoq sampai 72 tahun dah. Mampukah aku mencapai umoq mak la ni dengan rezeki kesihatan yang baik? Waktu mak hantaq aku di airport masa nak berangkat ke Madinah hari tu, aku berdoa supaya aku dapat jumpa mak lagi. Allah makbulkan doa aku. Dan ketika ini, aku teruskan berdoa supaya mak diberi kesihatan yang baik dan aku dapat jumpa mak lagi. Ameen ya rabb..

Semuga mak, dikros dan makchaq beroleh umrah yang mabrur dan dimakbulkan Allah akan segala doa depa.

Tiga puncak kebahagiaan adalah nikmat Islam, nikmat kesihatan dan nikmat kekayaan.







ZIARAH JUMAAT

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari Jumaat adalah hari santai untuk semua warga Madinah. Cuma, untuk kami, ianya bergantung kepada A. Kalau dia tak kerja, bolehlah kami buat perancangan untuk ziarah dan sebagainya.

Ada satu Jumaat tu, kami pi ziarah dengan anak-anak angkat kami ke ladang-ladang kurma dan bekas tapak istana Orwah bin Alzubair. 

1)  Ladang Kurma

Ladang kurma yang kami pi ziarah tu tak dak orang ziarah kerana ianya dipajak oleh Tabung Haji Malaysia. Jadi, ladang tu hanya untuk rombongan jemaah dari Tabung Haji pada musim haji. Private gitu. Pondok jualan kurma dan sebagainya pun tak dak masa ni.

Kebetulan hari tu, kami nampak pintu pagaq ladang kurma tu terbuka, kami pun jenguk. Pekerja tu pulak bagi kami masuk. Kami pun bersantai duduk minum teh di situ.



Ladang kurma ni adalah antara yang paling bersih di Madinah. Bila masuk, kita betui-betui rasa macam ladang di Malaysia gitu. Sebabnya, ada lukisan menara KLCC dan air terjun. Lepas hidang teh kat kami yang duduk bersantai di dalam khemah di situ, pekerja warga Pakistan tu pasang pulak air terjun yang terletak tepi khemah tu.. Perghhh.. dingin dan nyaman sekali. Kalau ada penari gelek, laaagi best. Hehe..



Lepas tu, kami pi pulak jenguk satu lagi ladang kurma. Yang ni  adalah ladang tumpuan ziarah jemaah dari Indonesia. Ladang ni ada tempat jualan seperti buah kurma, kacang, coklat dan sebagainya.



Bila sampai kat satu kacang iaitu pistachio dalam tempat jualan tu, kami pakat senyum meleret bila tengok label yang depa bubuh kat kacang tu, tapi taklah sampai ketawa overdose.. :p




3)  BEKAS TAPAK ISTANA ORWAH BIN AL ZUBAIR

Tapak istana ini terletak di satu tempat yang sangat strategik dan cantik di bumi Madinah ini. Aku dapat bayangkan betapa indahnya istana ni di zaman Orwah dulu. Walaupun kini ianya dah usang tapi batu bata dindingnya yang diperbuat dari tanah liat masih kukuh sebahagiannya. Cuma ia makin terhakis dan dimamah usia. Kawasan laman istana ini amatlah besar. Difahamkan terdapat ladang juga kebun dan perigi di dalam kawasan istana ini dulunya. Istananya pulak ada berpuluh-puluh bilik. Tapi sebahagian dari bilik-biliknya taklah besaq mana pun. Ada jugak bilik yang kecik tapi memanjang. Aku cuba bayangkan bagaimana kehidupan hamba Allah yang kaya tapi zuhud bernama Orwah ini.






Diriwayatkan :

Pada satu hari, Orwah ditimpa kemalangan lalu doktor mengatakan sebelah kakinya harus dipotong. Orwah pun setuju tapi bila doktor kata kena bius, terus Orwah menolak. Katanya : "Kalau dibius, aku akan lalai dari mengingati Allah, jadi aku tidak mau." Lantas, dia meminta supaya kakinya dipotong semasa dia sedang solat. Doktor pun bersetuju.

Pada masa yang sama juga, anak perempuan Orwah meninggal dunia. Bertimpa-timpa musibah. Ada sahabat yang bertanya kepada Orwah, "Tidakkah kau sedih wahai Orwah, kakimu dipotong dan anak kamu pulak meninggal dunia?"  Lalu Orwah menjawab "Tidak, kerana Allah baru ambil 2 saja nikmat dariku sedangkan terlalu banyak lagi nikmatnya yang masih aku nikmati."

Itulah sebahagian dari cerita insan zuhud bernama Orwah bin Al Zubair. Semuga rohnya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Ameen ya rabb..

Sebelum solat Jumaat, kami pun beredar balik ke rumah. Semuga ziarah hari ini memberi manafaat. InsyaAllah.

Mohon pada Allah SWT supaya hidup kita di dunia ini dalam penambahan kebaikan dan mati kita dalam kerehatan.

TETAMU ALLAH (4)

بسم الله الرحمن الرحيم


Tetamu Allah come and go. Masa berlalu cepat sekali. Sahabat handai, keluarga dan kenalan baru membuatkan hidup aku terasa berisi dan indah di sini.

KAK REN - KUALA LUMPUR

Aku dapat tau Kak Ren mai buat umrah pun masa dia dah ada di Makkah. Bila sampai di Madinah, Kak Ren call aku. Dia uzur jadi dia tak ke masjid. Aku pi jumpa Kak  Ren di hotel tempat dia menginap.

Puas kami dok posing  tanpa segan silu sebab KakRen ni kurus langsing dan tinggi orangnya. Aku ni pulak rendang berbuah-buah. Hehe.. Jadi, aku tak maulah kelihatan seperti nombor '10' bila berdiri di sebelah Kak Ren tu. Orang yang lalu lalang dok heran ingat kami ni dok buat photoshoot untuk majalah ka apa. Macam-macam gaya dan entah berapa kali dok snap nak bagi aku nampak kurus..dalam gambaq. Kononnnn.. Lol.. :p



KAK NANI - SELANGOR

Kak Nani bagitau aku awai lagi dah yang dia nak mai. Dok tanya aku nak pesan dia bawa apa dan sebagainya. Hari sampai sini, Kak Nani uzur. Jadi, kami cuma duduk dan bersembang dalam bilik dia. Aku belikan nasi mandi untuk dia sebab dia teringin nak makan. Terima kasih di atas buah tangan dari Malaysia yang dipesan dan yang tak dipesan.

Esok harinya aku tak jumpa Kak Nani sebab aku tak berapa sihat. Batuk dan rasa macam nak demam. Namun, pada hari seterusnya, dengan izin Allah, Kak Nani dah boleh solat jadi malam tu dapatlah aku bawa dia ke Raudhah bersama beberapa orang kawan-kawan satu rombongan dengan dia. Alhamdulillah.



KAK MON - BANDAR KINRARA

Kak Mon pun dah bagitau lama kat aku yang dia nak mai buat umrah. Cuma tarikh saja dok tertunda-tunda. Wallahuaklam bissawab. Aku pi jumpa Kak Mon di hotel dan kami sembang-sembang dalam bilik. Terima kasih KakMon di atas susah payah tolong bawa barang untuk aku. Lepas asar, aku bawa Kak Mon dan beberapa orang kawan dia ke Pasar Kurma. Lepas asar, aku temankan depa beli jubah dan sebagainya.


Lepas isyak, kami hantaq barang-barang balik ke hotel. Lepas tu, kami pi balik ke masjid Nabawi untuk ke Raudhah. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.

Keluaq dari masjid, aku terus balik rumah. Kami bersalaman siap-siap sebab esok harinya Kak Mon dan rombongan akan keluaq berziarah satu hari dan akan berangkat balik ke Malaysia awal pagi lusa. Memang kami tak jumpa dah lepas tu cuma bercakap di telefon saja.

kak midah, kak mon & kak ila

Semuga kalian beroleh umrah yang mabrur dan segala ibadah diterima Allah SWT dan dijemputNya ke sini lagi. Ameen ya rabb..

Tiada siapa dapat menilai ibadah seseorang melainkan Allah SWT jua.



ANAK ORANG, ANAK AKU

بسم الله الرحمن الرحيم

Jumaat 2 minggu lepas, aku masak nasi lemak dan jemput 'anak-anak orang' mai sarapan di rumah aku. Depa ni pelajar-pelajar Malaysia dari Universiti Islam Madinah. Aku kata anak-anak tu sebab umoq depa sebaya Syafiq.

Aku jumpa salah sorang dari depa di Pasar Kurma satu hari tu. Kebetulan dia pun bawa tetamu Allah dari Malaysia ke situ. Dalam menunggu tu, kami pun bertegur sapa. Dia bagi name card kat aku. Hood Akasyah namanya. 2, 3 hari lepas tu, Hood rajin dok berviber dengan aku. Bapa Hood ni travel agent di Kajang yang selalu uruskan group umrah. Jadi, untuk urusan jemaah di Madinah ni, selalunya Hood la yang uruskan.

Hood bawa 2 orang sahabat dia ke rumah aku, Hanif dan Wan. Kami memang merancang nak pi ziarah hari tu. Lepas sarapan, kami semua pun berangkat untuk ziarah dan balik sebelum solat Jumaat. Kami pi naik kereta Wan.

A, Hanif, Wan & Hood

Aku tengok depa teruja dan happy dapat bergaul mesra dengan  orang berkeluarga dari Malaysia yang sama-sama berada diperantauan ni. Pakat dok merancang nak ajak berjalan ke tempat-tempat lain di hujung minggu jika ada kelapangan. Contohnya ke Yanbu. Gamaknya depa rindu masa-masa bersama keluarga. Wallahuaklam bissawab.

Hubungan yang dibina atas dasar kejujuran dan keikhlasan pasti memberi kesenangan kepada banyak hati.





TETAMU ALLAH (3)

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperkara yang buat aku happy pasai tetamu Allah ni adalah jalinan silaturahim yang baru. Contohnya, sahabat-sahabat dari Malaysia kirim barang untuk aku melalui sahabat depa yang nak mai umrah. Aku tak kenai orang tu tapi dengan cara tu, jadi kenai. Dari kenai, jadi mesra kerana Raudhah Al Syareefah. Dan dari mesra, jadi syahdu. Itu yang aku rasa, orang lain aku tak tau. MasyaAllah tabarakAllah.. Ada jugak yang aku kenai sendiri dalam masjid Nabawi.

KAK AISYAH, KAK YON & KAK NOR

Kak Aisyah dan Kak Nor adalah sahabat kepada kekandaku tersayang, Anita Jamal. Kak Yon adalah sahabat baik kepada kak Aisyah. Kami jumpa di hotel depa menginap sebab kanda AJ aku ada kirim kek baldu merah kegemaran aku. Esok malamnya, aku bawa depa pi Raudhah. Malam mula tu Kak Nor tak ikut sama sebab keletihan. Tapi, malam kedua, Kak Aisyah minta tolong aku bawakan lagi sebab Kak Nor nak ke Raudhah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun semua maklum akan kesesakan di dalam Raudhah tu.

kiri : kak aisyah, atas : kak yon, bawah : kak nor

HANI & MAKCIK RODIAH

Aku jumpa Hani masa aku dok 'lepak' lepas isyak dengaq mualimah Bushra bagi penerangan kat jemaah Malaysia dan lain-lain sebelum depa masuk ke Raudhah. Aku pun nak masuk ke Raudhah malam tu tapi sajalah malas nak keluaq lepas solat isyak dan masuk balik pada waktu yang aku selalu masuk tu. Jadi, aku duduk la di belakang kumpulan jemaah Malaysia dan dekat dengan Hani dan Makcik Rodiah.

Makcik Rodiah tengok aku duduk, dia senyum seindah suria kat aku. Aku pun tegoq la dia dan sembang sikit-sikit. Lepas tu Hani pulak toleh dah dengaq kami dok sembang. Tanya pi, jawab mai, rupa-rupanya Hani adalah kenalan adik kandung aku dan sahabat baik kepada kakak angkat adik aku yang aku sekeluarga pun kenai. Depa bertiga belajaq di satu universiti dulu. Haaaa..gitu ceritanya.

Lepas semua jemaah masuk ke tempat menunggu depan Raudhah, kami sambung sembang sementara tunggu waktu untuk kami masuk terus. Hani dan Makcik Rodiah pun teruja dan suka nak masuk jalan pintas ke Raudhah dengan aku. Rezeki.

Dalam ramai yang pernah aku dok bawa masuk ke Raudhah, Makcik Rodiah adalah insan yang paling penyabaq aku pernah tengok. Aku dengan dia dan Hani dengan Aina. Dia tak lekang dengan senyuman walaupun ditolak dan diasak teruk dalam Raudhah.

makcik rodiah & hani

Lusa harinya, Hani sms aku minta bawa sekali lagi ke Raudhah. Malam tu lepas solat isyak, aku sms Hani bagitau nanti lepas solat isyak, bagitau lokasi depa dalam masjid tapi tak berbalas. Setengah jam lebih lepas isyak aku tunggu, tak dak respond, aku pun balik. Dah sampai rumah, barulah aku dapat 2, 3 sms dari Hani dan sms terakhir dia bagitau depa dah ada di ruang menunggu yang sesak tu. Aku terus call Hani bagitau aku dah balik sebab tunggu lama. Tapi, tak mau kecewakan Hani dan Makcik, aku sarankan depa masuk ikut jalan pintas macam mana aku bawa sebelum tu. nak masuk ikut jalan pintas tu. Tapi, Hani kata dia tak berani. Aku suruh dia usaha pi jugak dan minta Allah permudahkan laluan depa.

Alhamdulillah, lebih kurang setengah jam lepas tu, Hani call aku bagitau depa dah keluaq dari Raudhah. Alhamdulillah, happy aku dengaq. Terima kasih Allah..

MAK JOHARI & FATHIA

Mak kepada Johari, akauntan di tempat A kerja dan cucu dia mai dengan adik lelaki Johari. Depa mai Madinah tak ikut group dan Fathia pulak pertama kali mai, jadi tak tau hala nak ke Raudhah. Johari segan nak minta tolong aku sebenaqnya tapi bila dia dok bersembang dengan A nak cari sapa nak tolong bawa mak dan anak saudara dia ke Raudhah, A terus call dan tanya aku. Aku kata apa salahnya. Johari segan sebab aku ni bini bos dia. Eh, apa kelas bini bos ka bini menteri ka kan? Di sisi Allah, kita sama saja.

Jadi malam ke3 di sini, aku pun bawalah makcik dan Fathia dia ke Raudhah. Makcik tak larat jalan jauh jadi Johari tolak dia atas kerusi roda dari hotel sampai ke pagaq nak masuk ke pintu 25. Lepas tu, kami berjalan pelan-pelan masuk ke Raudhah.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Sampai hajat makcik dan Fathia. Aku pun happy dan lega untuk depa.

makcik, hani & aina

Aku doakan semuga semua beroleh umrah yang mabrur dan doa kalian dimakbulkan Allah SWT serta dijemput ke sini lagi.

Kita semua sama saja di sisi Allah SWT. Yang membezakan antara kita adalah amal dan ibadah.


WAKAF & SEDEKAH JARIAH

بسم الله الرحمن الرحيم


Seminggu dua kebelakangan ni aku happy melayan tetamu-tetamu Allah yang mai walaupun aku kurang sihat.  Paling best tu dan buat aku bersemangat sebab mak dan adik aku mai.

Seronok bawa tetamu-tetamu Allah pi Raudhah dan ditambah pulak tu dok tolong kawan-kawan yang bagi duit minta tolong uruskan wakaf dan sedekah jariah di masjid Nabawi. Semua ni aku buat ikut giliran permintaan. La ni pun ada banyak lagi yang aku dok pegang duit orang. Seronok aku bila dapat tolong saudara mara dan kawan-kawan buat kerja mulia ni. Aku bersyukur sebab semakin ramai orang kita dah mula sedar dan faham akan pahala wakaf dan sedekah jariah ni.

"apabila mati seseorang manusia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca iaitu anak yang soleh yang mendoakannya, ilmu yang dimanafaatkan oleh orang dan sedekah yang berkekalan" - diriwayatkan oleh Muslim.

Apapun jugak, aku tak belasah saja uruskan duit amanah tu. Aku terlebih dulu cek dengan pihak masjid Nabawi akan segala  hal berkaitan wakaf dan sedekah jariah ni. Tak boleh dok suka-suka buat satni tak kena pulak, jadi sia-sia.

Antara wakaf dan sedekah jariah yang paling banyak orang dok buat di masjid Nabawi dan juga yang aku dok tolong uruskan adalah :


AL QURAN

Wakaf Al Quran ni paling ramai yang minta tolong aku uruskan. Quran untuk wakaf di masjid Nabawi adalah Quran yang ada cetakan khas, bukan sembarangan Quran boleh diletak dalam masjid tu. Kalau kita tengok ramai yang orang dok juai di luaq dataran Nabawi tu tapi yang tu tak boleh diguna pakai dalam masjid Nabawi. Kalau kita pi bagi kat pejabat depa nak wakaf, mesti depa reject. Kalau kita pi letak sendiri pun, nanti bila depa cek, depa buang dari dalam masjid tu dan simpan di tempat lain.

Kiri : Bahagian depan Al Quran kena ada tulisan dalam bulatan tu saja.
Kanan : Mukasurat depan sekali kena ada cetakan tu baru boleh diguna pakai dalam masjid Nabawi

Kita kena beli di kilang Quran ataupun di kedai-kedai yang ada juai cetakan khas tu. Kita boleh tanya di pejabat masjid kalau tak pasti cetakan yang macam mana dimaksudkan. Lepaih kita beli, bawa pi kat pejabat masjid di pintu 25H dan bagitau nak wakaf. Nanti depa cop wakaf.

** Buat masa la ni yang saiz sederhana dihentikan keluaran sementara waktu. Tak tau pasai apa. Nak cari di kedai pun payah dapat. Jadi, untuk wakaf buat masa la ni, kena beli yang besaq dengan harga SAR58. Itu kalau di kilang. Kalau di kedai SAR75.

KERUSI RODA

Yang ni pun aku dok tolong uruskan. Harga pasaran adalah SAR300-320 tapi aku dapat dengan harga yang cukup berpatutan iaitu SAR240 sebab beli banyak..kot. Kerusi roda ni cukup diperlukan di masjid Nabawi.



Kita beli dan bawa pi ke pejabat masjid macam biasa. Tulis dalam buku di pejabat tu wakaf atas nama sapa dan depa akan tulis pulak di kerusi roda tu, wakaf.

KERUSI LIPAT

Kerusi lipat ni pun diperlukan di masjid Nabawi. Harga dalam SAR20-25. Macam biasa, beli dan bawa pi pejabat depa untuk uruskan wakaf.




UMRAH

Orang-orang sini tak berapa buat sangat wakaf seperti yang di atas tu.  Selalunya orang luaq yang buat. Depa sini lebih kepada sedekah duit untuk orang pi buat umrah. Belanja untuk sorang dalam SAR100-SAR150 sahaja. Depa akan cari sapa-sapa saja yang kurang mampu untuk pi buat umrah. Dan sudah semestinya orang tu akan mendoakan orang yang memudahkan langkah dia untuk buat ibadah mulia tu kan? Sama-sama beroleh hasanah. InsyaAllah.

MAKANAN & MINUMAN

Yang ni kena rajin sikit. Lebih elok kalau dibuat pada hari Isnin dan Khamis sebab ramai jemaah puasa. Kalau hari-hari lain pun takpa jugak. Kita beli makanan apa pun tak kisah ikut bajet yang kita ada dan kita pi bahagikan kat jemaah menjelang waktu maghrib. MasyaAllah, boleh tengok betapa suka dan bersyukurnya depa bila kita bagi makanan. Kita yang bagi ni pun rasa bersyukur dan suka jugak. Terharu pun ada.


Rasulullah SAW bersabda :

"Naungan orang yang beriman di hari kiamat adalah sedekahnya." - hadis riwayat HR Ahmad


Seperkara untuk renungan bersama : Bila kita dah tetap nak mai buat ibadah umrah maka selalunya kita buat kenduri kesyukuran kan? Tetamu-tetamu yang mai makan kenduri di rumah kita tu, mengikut kebiasaan orang-orang kita, ada yang sedekahkan duit. Jadi, duit tulah paling elok kita gunakan untuk buat wakaf dan sedekah jariah ni. Berpanjangan pahala sedekah tu. InsyaAllah..

Untuk kita nak bagi buah tangan atau hadiah bila balik ke Malaysia nanti, kita gunalah duit kita pulak beli segala apa yang kita nak bagi. Balik pi sana, kita bagi kat kawan-kawan, pahala sedekah kita pun berpanjangan apatah lagi kalau barang yang kita bagi tu boleh diguna untuk jangkamasa yang lama. Dengan doa dari kawan-kawan juga, semuga beroleh keberkatan dan bertambah rezeki kita. InsyaAllah.

Apa pun juga, yang buruk dari aku dan yang baik adalah dari Allah SWT jua.

Bersedekah tu ibadah mulia, niat bersedekah tu yang kadang-kadang tak mulia.





TAHUN MELAWAT MADINAH

بسم الله الرحمن الرحيم


Tahun ni merupakan tahun melawat Madinah. Minggu lepas di  satu bangunan tepi dataran Nabawi bermula pameran mengenai Madinah dan lebih kepada cerita Rasulullah SAW serta sejarah yang berkaitan. Aku pun pi tengok jugak. Seronok dan teruja.


Namun, semuanya dalam bahasa arab. Boleh tengok gambaq sajalah. Ada kakitangan yang dok bagi penerangan itu ini tapi dalam bahasa arab jugak. Cuma tajuk-tajuk gambaq saja ada tulis dalam bahasa Inggeris. Tapi, dengan tengok gambaq pun boleh la faham sebab dah banyak kita dok baca pasal sejarah nabi junjungan kita dan kota Madinah ni.


Di bawah ni, aku letak sebahagian dari gambaq-gambaq di pameran tu.

















Aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.




MAKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Dok di sini, kadang-kadang bila mai bab makan, jadi macam nak lari balik Malaysia pun ada. Terutama bila bab kuih muih tradisional. Pulut seri muka, tepung talam dan sebagainya. Nak buat sendiri tu boleh tapi aku tak rajin sangat sebab tak berapa nak pandai. Lagi pun nak makan sikit saja dan aku pun suka yang beli lagi. Sedap dari yang aku buat (pengakuan maut yang amat ikhlas.. :p) Huhuu.. Bahan-bahan depa di sini pun tak berapa nak cukup. Daun pandan pun tak dak. 

Tiap-hari aku masak untuk makan tengahari terutamanya kecuali kalau aku pi masjid Nabawi dan balik malam. Maka, makan di luaq la kami. Masak hari-hari pun, dok pusing-pusing lauk yang sama sebab famili aku adalah famili yang paling simple di dunia ni. Sebab tu aku tak pandai masak. Lol.. Apa pun juga, aku amat bersyukur kepada Allah untuk semua ini.

Kadang-kadang aku dan famili keluaq makan di luaq. Selain dari fast food pilihan anak-anak macam McD, Dominos dan KFC, ada ketika tukaq selera ikut pilihan aku.

Kadang-kadang kami pi makan di restoren Indonesia nama Pesanggerahan. Boleh la merasa masakan nusantara demi mencari kelainan dari masakan arab. Tapi, di sini, yang masuk selera kami sekeluarga pun nasi goreng dan nasi putih dengan ayam berempah. Aku suka ikan masak cabai dia. Lain-lain masakan ala Indonesia belaka. Kami tak berkenan.

setengah nasi mandi & setengah nasi bukhari.
ayam pun setengah2 jugak.
Selain dari restoren tu, kadang-kadang kami makan nasi mandi, nasi beriani atau nasi bukhari di restoren tempatan. Kadang-kadang kami tapau dan makan di rumah. Kalau nak beli nasi-nasi di sini, kena hati-hati. Kalau kita di Malaysia, beli satu maknanya sorang makan la kan..? Tapi di sini, kalau satu, boleh makan 4 orang. Portion nasi depa untuk satu ode memang besaq. Jadi, kalau nak makan 2-3 orang, beli setengah nasi dan setengah ayam pun dah sangat cukup. Sini stail tak dak kuah free ka apa. Makan kering gitu saja.


Di sini, ada jugak kawasan tempat-tempat makan yang mengkhusus makanan laut saja, kambing dan sebagainya. Jadi, kalau rasa nak makan masakan daging kambing, pi la area berkenaan dan pilih saja kedai mana yang mau. Ada sekali tu, aku sorang saja rasa nak makan ikan goreng garing, teringat ikan 3 rasa la konon. Keluaq la aku dengan A lepas isyak dan pi ke tempat makan tu. Pilih ikan sekoq, serupa kerapu tapi aku tak pasti, SAR13. Tauke tu uruskan goreng dan tanya nak makan ikan saja atau dengan nasi. Kita boleh pilih sebab mau ka tak mau ka takda masalah sebab nasi free. Aku pun pilih dengan nasi. Ha, dah siap digoreng garing, dia bawa hidang dalam talam ikan goreng tu dengan nasi sekandaq. Pastu, ada la bekas kecik-kecik dia bagi asam jawa, bawang putih dan cabai hijau mesin. Macam nasi mandi tadi jugak, tak dak kuah. Kalau orang yang jenis sukan makan berkuah, jenuh tak puas makan. Tapi, aku jenis yang suka makan kering, jadi tak dak masalah untuk aku. Tapi, kalau ada kicap cap Kipas Udang mesti lagi ummpphh..! Lain kali kalau nak pi makan di situ, aku nak usung kicap tu pi. Lol :p

Kebab dan semua yang sewaktu dengannya  pulak bukan makanan kegemaran keluarga aku. Jadi, sekali sekali boleh la. Tu pun kalau makan panas-panas. Kalau dah sejuk memang tak best langsung.
kebab

Pernah sekali A bawa kami sekeluarga pi makan masakan Cina di Al Noor Mall. Sedang-sedang saja masakan di situ, tak sama masakan Cina yang kita dok biasa makan di Malaysia.

Satu lagi restoren India. Masakan India depa tu memang asli India. Sedang-sedang saja jugak. Kari ayam depa asli rempah tak dak santan. Aku tak berkenan sebab tak sampai tahap piawaian selera aku. Teringat Restoren Salam di Aloq Setaq. Rindu aku kat capati dan kari ayam depa. 


Bersyukur sementara Allah masih memberi nikmat untuk merasa kesedapan makanan.