السلام عليكم رحمة الله وبركاته

SOLAT & MENDIDIK ANAK-ANAK


 بسم الله الرحمن الرحيم

Kemarin satu hari demam urat.  Dok merekot dalam rumah saja. Sejuk pun lain dari hari-hari besa yang dok sejuk dengan cuaca sini buat masa ni. Pakai stokin tebai pon dok sejuk satu macam saja kaki.  Cek suhu badan, biasa saja.  Sini, pada musim ni, cuaca pagi biasanya dalam 9c, tengahari dalam 24c dan hala ke petang nak ke malam, jadi 16c.  Sejuk sangat la bagi kita yang dok besa sejuk dengan aircond atau pun hari hujan lebat saja di Malaysia kan..?

Cakap pasai sejuk, aku nak sentuh sikit pasai solat.  Kita yang tua  ni, (angka la yang buat kita jadi tua..hati dok muda situlah.. :p), kotlah ada hari-hari yang rasa liat sikit nak bangkit solat Subuh ditambah dengan badan tak berapa sihat, tapi kita bangkit jugak.  Tapi, untuk anak-anak, sekali kejut, haram tak merewet pun lagi.  Dah kita habih solat, kejut lagi, tak bangkit jugak. Tinggi sikit sora, baru depa jawab, hmm..hmm..hmm..  Tapi, tak jugak bangkit.  Sampai ke tahap kita bertazkirah di subuh hari, baaaarulah depa bangkit. 

Anak-anak aku ni, Aina tu senang.  Kejut sekali, paling banyak 2 kali, bangkitlah dia.  Syamil, mau kena 3, 4 kali jugak baru bangkit.   Tapi, yang aku tension dan sedih jugak kadang-kadang tu ialah Syafiq.  Dia ni, kalau subuh, sampai kesudah, dia tak bangkit.  Maklum saja, dok melangut laptop sampai ke pukui 2, 3 pagi.  Waktu lain, dia buat tapi tu pun kadang dok terbabaih saja.  Kena dok follow selalu.  Dok di Madinah ni, especially di tanah Haram ni, aku tak maulah dok beletiaq melalut-melalut, satni selain dari aku jadi berangin satu badan, runtuh pulak Bukit Uhud tu..!  Tapi, aku takkan jemu beletiaq dan berdoa semuga semua anak-anak aku jadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa.

B aku pulak kalau suruh kejut anak-anak, sekali saja pastu tak kejut dah.  Memang dari dulu mai dia ni tak cakap banyak dengan anak-anak.  Nak bersembang dengan anak-anak pun payah apatah lagi nak tegoq itu ini.  Dia ni masuk kategori bapak yang 'ikut anak'.  Pada aku, B aku ni memang manusia yang sangat baik.  Tapi, dia ni tak suka serabut pikiaq itu ini dan cepat give up.  Sebab tu kadang-kadang, jadi krisis jugak kami berdua sebab aku tak suka dia ambik lewa hal keluarga terutama sekali soai pendidikan agama terutama sekali solat anak-anak. Dia dok kesah diri dia saja especially bab ke masjid dan sebagainya.  Modai dia nak jawab ialah, budak dah besaq boleh pikiaq sendiri.  

Aku kata tak boleh macam tu, dia tu ketua keluarga.. kena la tegas sikit.  Dia jawab pulak kata dah memang dia macam tu, tak reti nak marah anak-anak.  Aku selalu kata balik, bukan suruh marah membabi buta, bukan suruh balun pukui bagai.. Tak salah kita berubah dan tegoq anak-anak untuk kebaikan. Makpak mana yang tak sayang anak kan.. tapi bagilah kena gaya dan cara.  Kita pun dulu ligat jugak dengan dunia kita, ala-ala hidup di zaman 'jahiliah' gitu.  Tapi, la ni dah boleh berubah sikit-sikit ke jalan yang lebih baik, maknanya manusia ni boleh berubah la kan, tapi kena sungguh-sungguh, tak gitu..? Bila kena kat dia, dia kata pulak aku cakap pandai.  Tapi, aku tak kisah, aku tau Allah tau hati dan niat aku.  

Dari dulu lagi, akulah yang lebih dok kalut segala hal anak-anak. Takpalah, dah dia busy dengan kerja dia cari rezeki untuk keluarga, aku faham dan reda. Tapi, bila ada perkara-perkara penting yang aku perlu pertolongan dia sangat-sangat, yang tu sajalah aku minta dia bagi perhatian.  Kadang-kadang bila dia buat sambil lewa, kalut dengan kerja 24 jam satu hari, mengamuk jugak aku.  Yalah kan, habih waktu aku dengan anak-anak dan waktu untuk Allah SWT diambik oleh kerja, mana boleh biaq.  Kadang-kadang aku bertazkirah jugak nak bagi dia sedaq sikit.. Berat oo tanggungjawab seorang ketua keluarga.  Bukan setakat cari duit, lungguk kat anak bini saja, kan..?

Syukur kepada Allah SWT, berkat doa dan kesabaran, segala ombak dan badai (teringat filem Ombak Rindu la pulak.. :p) dapat kami harungi sehingga hari ini. Anak-anak pun dah besaq, tak la teruk sangat nak menguruskan depa.  Tapi, besaq, cara besaq pulak la.  Bagai dikatalah, pada hakikatnya, tanggungjawab makpak tak akan habih sampai terpejam mata untuk selamanya.  Dengan izin Allah SWT jua segalanya..
  
Bercakap soai anak-anak ni, ada anak-anak yang memang tak payah kena potpet, depa ok segalanya.  Bila dah besaq, depa pandai cari ilmu sendiri dan sebagainya.  Syukur kepada Allah di atas anugerah itu.  Tapi, kalau dah memang yang tak boleh biaq, kena potpet, kenalah kan sebelum anak tu hanyut lagi jauh dari landasan kehidupan yang diredhai.  Aku selalu kata kat B aku, aku tak mau nanti bila kita dah lanjut usia, sakit.. dan dah tak larat nak potpet, dekat-dekat nak mati ka.. kita diburu rasa kesal dan kecewa sebab tak didik anak-anak dengan ilmu yang betui. Tu cerita di dunia, nun di 'sana' nanti, nak kena soai dengan Allah SWT, tak takut ka..?  Kita dok biaq depa la ni ikut kepala depa saja, tak boleh.. memang tak boleh..!

Aku berpegang pada prinsip, pendidikan anak-anak tu sampai ke liang lahad, tak kira makpak mati dulu ka atau anak-anak mati dulu ka.. tak kira apa pendidikannya baik dunia maupun akhirat. Kalo dah tak betui, kena beletiaq selalu, beletiaqlah supaya nanti anak-anak tak salahkan kita atau pun kurang betui perjalanan hidup dia kerana kita ambik lewa soai pendidikan anak-anak. Aku mohon perlindungan Allah dari segala kemungkinan itu..

Kalau tak mau kena beletiaq, buat bagi betui dan elok segalanya walaupun kurang sempurna.. yang tu boleh perbetui dari masa ke semasa.  Dengan izin Allah SWT jua.. Aku pun sebenaqnya tak suka nak dok beletiaq sangat tapi aku tak boleh tengok benda tak betui. Kena yang lelaki pulak, depa nanti nak pimpin rumahtangga dan keluarga.  Mau ka kita kalau nanti orang dok mengata itu ini pasai keturunan kita..?  Memang betui, darah yang mengalir dari keturunan tu memang tak boleh nak elak dan kadang-kadang kita yang buat sejarah kejadian dalam sesebuah keluarga tu berulang.  Wallahualam bissawab.. Tapi, aku percaya,  pendidikan yang baik boleh membentuk manusia ke jalan yang lebih diredhai. Dalam pada tu kita tak boleh dok harap saja miracle berlaku.  Kena usaha dan berdoa dengan tulus dan ikhlas kepada Allah SWT setiap waktu.  Jangan tunggu ada masalah saja baru nak ingat Allah.


Sentuh pasai berdoa ni, aku bersyukur sangat-sangat kepada Allah SWT, aku dapat rasakan banyak doa-doa aku yang Allah dah makbul.  Yalah kan, Dia makbul sebahagian, Dia simpan lagi yang lainnya.  Macam kita yang jadi makpak ni la jugak.  Anak-anak minta itu ini, berkali-kali.. kadang kita bagi sikit, kadang kita tak bagi langsung.  Kita tunggu waktu yang sesuai, baru kita bagi.  Anak-anak tak serik, dok mintak jugak.  Macam tulah jugak antara kita dengan Allah SWT, kena selalu bersangka baik dan tak boleh jemu berdoa penuh kesabaran serta tawakkal.  Allah maha Mendengar lagi maha Mengasihani.

Jom kita sama-sama berusaha untuk apa saja yang kita inginkan dan berdoa kepada Allah SWT supaya dimakbulkanNya.  Untuk aku, aku akan terus berdoa dan berdoa dalam setiap usaha aku kerana aku tau Allah SWT saja yang boleh membantu.

Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah SWT jua..






No comments:

Post a Comment