السلام عليكم رحمة الله وبركاته

ULANGTAHUN HARIJADI BERSAMA ANAK-ANAK

Julai 2012
 بسم الله الرحمن الرحيم

Tarikh 15 Julai 2012, hari ulangtahun kelahiranku (take note ya kawan-kawan yang baca blog ni.. huhuu :p).  Pertama kali dalam sejarah perkahwinan kami, A tak dapat sama-sama meraikan hari tu.  Bukanlah sebelum ni ada majlis tiup-tiup lilin bagai, cuma sekeping kad dan kek serta kehadiran dia bersama itu adalah sesuatu yang mesti.  Namun, aku tak salahkan takdir, jauh sekali nak kecik hati.  Ada orang yang tak pernah sambut at all kan..! So, apalah sangat kes aku ni.

Namun, Allah itu sungguh maha Mengetahui dan maha Mengasihani.  Sungguh maklum akan harijadi aku pada hari tu, namun sikit pun aku tak merasa sayu jauh sekali sedih dengan ketiadaan A bersama.  Aku rasa biasa saja.  Lewat skype, A mengucapkan selamat harijadi.  Dan jugak dia kata, "mama dah tua..".  Huh.. macam la dia tu muda sangat.. lol

Anak-anak menyediakan kek harijadi untuk aku, kek baldu merah kesukaanku.  Aku sungguh teruja dan bahagia waktu itu.  Terima kasih anak-anak mama.  Jangan lupa, tiap-tiap tahun bagi ada kek naaaa.. :)


Hujung bulan Julai, A habaq yang dia mungkin kena pi Jakarta  atas urusan kerja.  Nak kena jumpa agen-agen pelancongan di sana.  Dia habaq jugak yang dia akan balik Malaysia untuk tujuan yang sama lebih kurang 3 hari. Yeeehaaaa.. seronok tak sangga la kami anak beranak.  Hati aku berbunga, macam-macam bunga masa dapat berita tu. Berdangdut sakan aku dengan anak-anak punya happy.  



Masa sampai di Jakarta, A call bagitau beg dia yang dicek-in, hilang.  Dia dah buat laporan dan kena tunggu sampai esok hari.    Dalam pada tu, dia kenalah pi beli baju baru, kasut baru dan semua yang diperlukan. Takpalah, bukan masalah besaq sangat pun.  


Hari yang dinantikan pun tiba dan A selamat sampai KL.   Aku dan anak-anak dah siap menunggu di hotel yang dah siap ditempah oleh A. Alhamdulillah.. Esok harinya, pagi-pagi lagi, A keluaq pi settlekan urusan beg dia yang hilang tu di pejabat Garuda Airlines di KL.  Depa bayaq gantirugi kecemasan sebanyak RM320 kat dia dan suruh tunggu feedback dari depa from time to time mengenai status beg dia tu.  


Lepas daripada tu, kami pun berangkat balik dan singgah di Perak untuk bertemu mak mertua aku.  Kami di sana sat saja disebabkan kesuntukan waktu.  Kemudian, kami bertolak balik ke Aloq Setaq.  Waktu yang sekejap tu, kami gunakan sepenuhnya untuk bersama.  Dalam pada tu, dan la kami cari dan beli barang-barang yang A perlukan untuk dibawak balik ke Madinah.  Walau sat saja waktu bersama tapi cukup bermakna buat kami semua.  



Tiba hari A nak berangkat balik ke Madinah.  Walau berat tapi Allah bagi kami kekuatan untuk melaluinya.  Ternyata Allah itu maha mengasihani. Kami tabah dan redha.



Sampai di Madinah, tiap-tiap hari A follow up akan beg dia yang hilang di Jakarta tempohari.  Dia kata, tiap-tiap hari jugak dia berdoa di Raudhah minta beg dia tu dijumpai.  Walau cuma pakaian dan keperluan diri yang dah diulang pakai serta buah tangan untuk aku dan anak-anak terdapat di dalamnya, tetapi masih ianya tetap berharga buat kita.  Betui dak?



Dengan izin Allah SWT, lepas 2 minggu, beg tu dijumpai semula. Alhamdulillah.  Walau ada bekas dibuka, tapi takda la barang penting yang hilang cuma pen-pen hotel yang nak dibagi kepada agen-agen pelancongan saja yang lesap.  Betapa besaqnya fadhilat berdoa di Raudhah dan betapa Allah itu maha Mendengar dan maha Mengasihani.  



Nikmat Allah yang manakah hendak didustakan..?

1 comment:

  1. Alhamdulillah, berkat doa di Raudhah dikabulkan oleh Allah. Amin.

    ReplyDelete