السلام عليكم رحمة الله وبركاته

UMRAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Selasa lepas, aku sekeluarga pi Makkah menunaikan ibadah umrah. Kami bertolak lepas waktu asar dan sampai dalam pukul 11 lebih sebab Fahad cari hotel Bakkah Arac, tak jumpa. Hotel tu dua beradik dengan Aramas. Kebetulah esok harinya adalah pembukaan rasmi hotel tu dan A salah sorang jemputan. Jadi, dah memang ada urusan rasmi nak pi Makkah, kami sekeluarga ambik kesempatan menunaikan ibadah umrah. Syukur, alhamdulillah.


Kami mula buat tawaf sekitar tengah malam. Cuaca malam tak la panas macam siang dan orang pun tak ramai. Satu pusingan tawaf amat dekat dengan Kaabah iaitu sekitar keliling tembok Hijr Ismail sahaja pusingannya. Alhamdulillah. Syafiq dan Fahad dah dulu laju selesaikan ibadah. Lepas tu depa hilang dengan agenda depa sendiri dan balik hotel pun sekali depa dua tu.



Esok harinya, aku dan A pi buat tawaf sunat. Sebelum tu, kami solat asar di Masjidil Haram. Hari rabu, orang dah mula ramai. Memang macam tulah senarionya sama dengan di Madinah sebab jemaah dari negara-negara berdekatan selalu membanjiri kota suci Makkah dan Madinah mulai hari Rabu ke hari Sabtu. Cuaca di Makkah hari tu adalah 44 darjah celcius. Terasa bahangnya tapi masa buat tawaf, rasa nyaman saja. Mungkin sebab kita leka mengingati Allah. 

"Ya Allah, aku mohon pertolongan untuk sentiasa mengingatimu, mensyukuri nikmatmu dan beribadah dengan baik kepadamu." 

Ameen ya rabb..

Lepas tawaf, kami dapat berdoa di Hijr Ismail. Walaupun orang agak ramai tapi Allah permudahkan. Aku berdoa sepuasnya sebab tak dak gangguan jemaah tolak dan sebagainya. Sedih dan hiba masa berdoa bila kenangkan bila lagi aku akan diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati saat beribadah macam ni lagi. Allah, Allah ya Allah.. jemputlah aku ke sini lagi. Ampunkan segala dosa-dosaku, ya Allah. Aku tak putus-putus berdoa, berdoa dan terus berdoa. Semuga segala ibadah aku dan keluarga diterimaNya. 

Kami bertolak balik ke Madinah pada pukul 6 petang dan sampai rumah pada pukul 1030 malam. Syukur ya Allah untuk segala-galanya.


Sehebat mana pun kita, kita tidak dapat mengatasi kuasa Allah yang maha esa di mana kita sentiasa memerlukan pertolonganNya.




TETAMU ALLAH (7)

بسم الله الرحمن الرحيم

Dekat-dekat nak balik ni, hati dok sayu saja. Angin yang dok tibai muka walaupun berdebu pasir tetap buat aku sayu. Cuaca yang panas lit-lit pun buat aku sayu jugak. Pendekata, sayu tu dok ada sedia.. :(

Di samping sibuk mengemas, aku sempat jugak berjumpa tetamu-tetamu Allah. Rezeki Allah nak bagi kami berjumpa di bumi suci. Terima kasih Allah..

KAK MILAH - KANGAR

Kak Milah ni dah macam keluarga dengan keluarga aku. Dia ni sahabat kepada Kak Zah, kak aku yang nombor 2. Depa belajaq sekali masa di maktab perguruan dulu. Depa pun dah lama depa lost contact dan berjumpa balik sejak lima enam tahun kebelakangan ni. Kebetulan pulak, la ni Kak Milah mengajaq di sebuah sekolah di Perlis, jadi bertambah erat lagilah jalinan silaturahim antara kami.



Kak Milah mai dengan suami dia. Terima kasih di atas buah tangan yang dibawa. Aku tak dapat luang masa lebih lama dengan Kak Milah sebab petang hari yang sama, selepas asar, aku sekeluarga berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah. Aku doakan semuga Kak Milah dan suami beserta rombongan diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah dengan sempurna serta beroleh umrah yang mabrur.

AZURA - SUNGAI PETANI

Pertemuan dengan Azura tidak dirancang maupun diduga. Waktu tu, aku dan A baru selesai buat tawaf sunat. Masa kami lalu dalam masjid nak keluar balik ke hotel, aku ternampak Azura tapi dia tak nampak aku. Rasa macam kenai dan aku habaq kat A aku nak pi tegoq jemaah tu. Aku pun cepat-cepat patah balik di celah-celah orang ramai dan bagi salam. Bila Azura toleh, haaaa.. masing-masing pun berpelukan. Walau lama juga tak jumpa, tapi masih ingat. Azura tak tau yang aku dok di Madinah. Dia dan rombongan dah sampai Makkah 2 hari lepas dari Madinah.


Dan jugak kami posing dalam masjid tu. Mak menakan Azura jadi tukang ambik gambaq kami. Semuga Azura beroleh umrah yang mabrur.

Memuliakan tetamu itu nilainya sama dengan beriman kepada Allah dan hari Kiamat.





ZIARAH MASJID

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau nak ziarah masjid-masjid di Madinah ni selain dari Masjid Nabawi dan masjid-masjid yang dekat dengannya, aku dan keluarga selalu pi pada hari Jumaat. Selalunya kami pi masjid Quba dulu dan solat sunat di situ.


MASJID QUBA

Masjid Quba ni adalah masjid pertama dibina dalam sejarah umat islam. Baginada Rasulullah sendiri turut serta di dalam pembinaan masjid ni dengan mengangkat batu bata dan pasir-pasir bersama para sahabat.

Rasulullah SAW bersabda :

“sesiapa yang berwuduk di rumahnya, kemudian pergi ke masjid Quba untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah.” – Hadis riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi.




MASJID QIBLATAIN

Masjid ini asalnya dinamakan Masjid Bani Salamah kerana didirikan di atas tapak rumah beliau. Satu hari pada rakaat kedua waktu zuhur, tiba-tiba turunlah wahyu dari surah Al Baqarah ayat 144 mengarahkan Rasulullah SAW memindahkan arah kiblat di tukar ke Masjidil Haram di Makkah. Pada waktu itu, arah kiblat adalah ke Masjid Al Aqsa (Baitul Maqdis) di Palestin. Dengan itu, Rasulullah pun meneruskan solat untuk rakaat berikutnya ke arah Masjidil Haram.

Ekoran dari peristiwa itulah, maka masjid ini ditukar nama ke Masjid Qiblatain iaitu bermaksud Dua Kiblat.




MASJID TUJUH

Masjid Tujuh didirikan oleh kaum Muslimin di lokasi yang menjadi tempat pertahanan para sahabat dalam perang Khandaq bagi mengenang dan menghormati jasa pejuang syuhada perang Khandaq. Yang dinamakan Masjid Tujuh kerana terdapat tujuh buah masjid di lokasi tersebut iaitu Masjid Fatah, Masjid Salman, Masjid Abu Bakar, Masjid Umar, Masjid Utsman, Masjid Ali dan Masjid Fatimah. 




MASJID TURKI


MASJID BILAL


Aku suka pi masjid ni sebab ada kompleks beli belah berkembaq dengan masjid.. :)


Berikut ni semua masjid yang dekat dengan Masjid Nabawi.

MASJID GHAMAMAH

Masjid ini terletak betul-betul di sempadan depan Hotel Aramas, Rasulullah SAW pernah solat di tempat ini sehinggakan dinamakan masjid Musollah dan oleh sebab itu Khalifah Umar telah membangunkan ianya menjadi sebuah masjid. Bangunan yang ada sekarang ni adalah peninggalan pembangunan Sultan Abdul Majid Al-Utsmani.




MASJID ABU BAKAR AS SIDDIQ

Masjid ini pulak terletak di sempadan belakang Hotel Aramas. Di tempat ini juga Rasulullah SAW pernah solat dan seterusnya dibangunkan sebagai masjid oleh Khalifah Umar. Bangunan yang ada sekarang ni adalah peninggalan pembangunan Sultan Mahmud Khan Al-Utsmani. La ni masjid tu tengah dalam projek pembangunan lagi.



Banyak lagi masjid-masjid di Madinah ni sebenaqnya tapi aku tak pernah pi jadi aku tak mau la letak dalam blog ni.

Setiap langkah kita menuju ke masjid, telah dikira 1 pahala kebaikan + 1 pengampunan dosa. Semakin jauh jarak rumah dengan masjid, insyaAllah, DIA akan mencukupkan balasan untuk usaha kita di hari perhitungan nanti.







AYSHAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Di Madinah ni susah sikit nak bergaul dengan orang tempatan sebab depa ni bergaul sesama puak depa saja. Tapi, untuk aku ni, ada la sikit kelebihan sebab aku selalu pi tempat A kerja. Staf di situ ada la lima enam orang perempuan. Tu pun jabatan yang 'terlindung.' Aku agak rapat dengan Ayshah, operator telefon. Tapi, dia ni cakap arab pekat. Omputih dia sebijik dua saja. Hello, good morning, goodbye, how are you? Jadi, tiap kali bersembang dengan dia, dia belasah bahasa arab siap dengan bahasa isyarat. Aku pulak cakap omputih sambil tu selit sepatah dua bahasa arab dan kadang terkeluaq bahasa melayu bila dah rancak sangat. Wakaka.. Ayshah bukan tau pun.. :p

ayshah

Tiap kali bertembung dengan aku, Ayshah akan tanya bila nak pi jalan ke rumah dia. Dia ni masuk kategori pompuan arab yang ramah tamah dan kepala gila-gila. Dia pi kerja pun sebab bosan dok di rumah katanya. Bagi pompuan arab, depa tak boleh suka-suka nak keluaq rumah. Nak keluaq kena dengan suami. Kalau tak, nanti makpak atau suami akan banyak tanya. Tapi, kalau keluaq pi belajaq/universiti atau pi kerja, khalassss.. mafi musykila. Jadi, pompuan arab yang macam Ayshah ni memang la tak boleh terkurung. Dia kata dia akan jadi sewel kalau lama-lama terperap dalam rumah. Anak-anak dia pun dah besaq. Kerja sajalah jalan keluaq terbaik daripada terkurung walaupun dia dah sangat kaya.

Ayshah rajin dok tunjuk gambaq-gambaq dia masa di rumah, tanpa hijab segala. Wah, seksi dan seksa aku tengok Ayshah ni. Umoq dah 45, anak 6 orang tapi badan fit dan solid. Kalau di Malaysia tu, kita boleh kata badan macam Ifa Raziah. Pakaian dia di rumah semua body fit dengan jeans ketat atau seluaq pendek saja. Dengan rambut kuning emas, menambahkan kecantikan Ayshah yang memang dah cantik tu. Kalau tengok gambaq-gambaq yang dia pi majlis, fuhhh.. mengalahkan artis. Bling-bling tu tak yah ceritalah. Kata Ayshah, pada depa, itu biasa.

ruang tamu utama
Akhirnya, sabtu minggu lepas, aku pi lah bertandang ke rumah Ayshah dengan Aina dan Huda (kerja sekali dengan Ayshah). Huda pun tak pernah pi rumah Ayshah, depa pun baru kenai sebab Huda baru 2 bulan kerja. Sampai saja dalam rumah, Ayshah masuk bilik dan londeh segala jubah dan hijab. Dia pakai jeans ketat dengan blaus sendat. Rambut dilepas. Menari-nari Ayshah kelegaan bila hijab dan jubah hitam dibukanya. Dengan kasut tinggi 3 inci jalan dalam rumah, Ayshah memang dalam kelas dia tersendiri. 

MasyaAllah, rumah Ayshah macam istana. Rumah di tingkat satu. Tapi bukaan lantai rumah tu amatlah besaq. Aku suruh Aina ambik gambaq dalam rumah dia. Bilik ayaq tetamu sikit punya kelas, apatah lagi bilik ayaq depa sendiri. Aku macam nak lena dalam bilik ayaq tu. Suka sungguh Ayshah. Walaupun dia nampak macam segan dengan aku tapi dia sungguh berbesaq hati bawak kami ronda satu rumah dia kecuali bilik khas suami dia yang ala pejabat gitu sebab laki dia dok ada dalam tu. Bilik anak-anak, siap tema dan warna tersendiri. Kelassss semuanya. Kata Ayshah, rumah dia tu kiranya kategori rumah orang Saudi yang biasa di Madinah ni. Orang biasa dah macam tu, macam mana pulak orang luaq biasa depa..? Tak dapat aku nak bayangkan. Rezeki Allah..


Anak sulung dan anak nombor 3 dia ada di rumah masa tu. Fuh, pakaian anak-anak dia, punyalah vogue de vass gitu. Dengan contact lense, rambut berombak-ombak, mekap lengkap, cantik sungguh. Anak sulung dia belajaq di Universiti Taibah, jurusan Bahasa Inggeris. Jadi, lega sikit aku walaupun kefasihan depa masih terhad, maklum baru dok belajaq. Bila aku tanya nak sambung belajaq di mana, dia jawab, Amerika. Budak-budak pompuan Saudi ni, depa belajaq cakap omputih melalui televisyen saja kebanyakannya. Cerita-cerita omputih semua depa langut. Slanga depa pun ala-ala Amarika gitu sebab depa tiru dari filem. Dan, kita kena ingat, orang arab ni memang anugerah Allah, depa kuat menghafal. MasyaAllah..

Anak-anak Ayshah pun aku tengok macam anak-anak pompuan orang kita. Sopan santun dan dilatih untuk melayan tetamu seadanya. Orang gaji Ayshah dari Indonesia tolong bawak keluaq minuman. Lepas tu anak dia dok layan sua hak tu hak ni suruh makan. Kopi arab dan kurma tu wajib ada. Sempat la jugak aku ambik gambaq satu.


Rezeki itu hak Allah dan Dia maha adil dalam merencanakan segala sesuatu untuk hamba-hambaNya.


DIKIR ZIKIR TV AL-HIJRAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuaca di Madinah la ni makin panas. Siang hari dalam 40 darjah celcius. Waktu malam pula antara 35-38. Dok kena pasang aircond sedia. Ayaq pun panas sentiasa, kena simpan dalam tong bagi sejuk. Tapi, satu yang best, ayaq di sini, free.. :)

Jemaah umrah dari Malaysia pun agak berkurangan bulan ni. Saudara mara dan sahabat aku pun dah tak dak yang mai seminggu dua yang lepas. Tunggu 23 haribulan ke atas, cuti sekolah di Malaysia, rancaklah jemaah dari negara kita. Sahabat-sahabat aku pun ramai yang nak mai.

Minggu lepas, produser serta warga program Dikir Zikir TV Al-Hijrah berkunjung ke Madinah untuk rakaman siri program berkenaan bersama kumpulan Nasyid UNIC. Rakaman diadakan di Royal Suite, Hotel Aramas. Sebelum itu, depa semua diraikan dalam satu majlis makan malam. Prof Kamil juga dijemput untuk jadi tetamu rancangan. Usai makan, UNIC mempersembahkan sebuah lagu.


UNIC

Penerbit rancangan, Aida sungguh fun, simple dan cepat mesra. Kena dengan aku pulak tu (huhuu.. :p) Macam kenai dah bertahun. Produser, Encik Jasni pulak bekas pengulas sukan TV. Dia dah lama kenai A. Tapi sebab dia orang Kedah, jadi rancaklah bersembang dengan aku, loghat utagha.


aida

Lepas makan, kami semua ke Royal Suite. Dapatlah kami tengok rakaman yang dibuat. Prof Kamil bagi tazkirah ringkas diselang dengan nyanyian nasyid. Selesai rakaman tersebut, keluarga aku, Prof dan juga Fadzil (DOSM), diminta untuk merakamkan ucapan untuk Hari Raya Aidil Fitri nanti. 

Jenuh jugaklah kami dok kena ulang rakaman. Mula-mula tak berapa lengkap, produser minta macam tu macam ni. Kena tang giliran kami, kali kedua, A tersasul. Benda tak dak skrip katakan. Hehe.. Kali ketiga, A dah menggelabah, cakap pun tak menjadi tapi bole la walaupun ada sangkut-sangkut. Aida kata, tak pa.. nanti depa edit, cantum bagi menjadi. Pandai la depa buat nanti, kerja depa kan? Sampai giliran Fadzil yang riuh. Bila dia sangkut sebab nervous, dia sendiri kata cut..! Riuh rendah satu Royal Suite tu. Tu baru shooting untuk ucapan seminit dua. Kalau shooting drama, tah lagu mana gamaknya. Mohon ampun kepada Allah..



Lepas shooting tu, kami pun posing beramai-ramai untuk kenangan. Berlalu sebuah malam penuh kenangan di perantauan, bumi Madinah Al Munawwarah yang penuh barakah. Alhamdulillah..

\

Tenangkan hati dan jiwa dengan zikrullah di mana zikir yang paling utama adalah LAA ILAAHA ILLALLAH..








TAMAN SYURGA

بسم الله الرحمن الرحيم

Seminggu dua ni asyik ada majlis makan saja. Kalau tak di hotel, jemputan ke rumah sahabat di sekitar Madinah ni. Murahnya rezeki kami dan mudah-mudahan rezeki yang meraikan kami juga. InsyaAllah.. Ada yang aku lupa nak ambik gambaq. Sembang sakan, jadi terlupa. Dah balik, baru teringat. Itulah kita, manusia biasa yang serba kekurangan.

Jemputan makan malam di rumah sahabat kami, Prof Kamil dan Roza adalah salah satunya. Dua keluarga dijemput pada malam tu. Sebelum makan, macam biasa, Prof akan bagi tazkirah dalam 5-10 minit. Jadi majlis ilmu juga dan kami ni ibarat duduk dalam taman syurga. MasyaAllah tabarakallah..



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani, Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirehatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, " Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu?" Rasulullah menjawab, "Majlis-majlis ilmu."

Jadi, Prof punya prinsip mudah. Majlis makan malam di rumah beliau diselitkan dengan sedikit ilmu untuk perkongsian supaya rumahnya menjadi taman syurga. Semuga niat murni beliau diberkati Allah SWT dan semua tetamu-tetamunya beroleh manafaat dari apa yang dikongsikan. InsyaAllah..


Malam tu isteri Prof, Roza, masak masakan Vietnam dan Thailand. Perghhh.. untuk aku yang suka makan ni, tak tau naka habaq lagu mana punya teruja. Dok telan ayaq lioq saja masa tengok hidangan dok mai satu per satu atas saprah. Lama tak merasa masakan Asia yang pelbagai. Ada tomyam, ayam gajus, ikan masam manis, somtam, kerabu, ikan kukus, udang, ketam, ayaq asam dan segala masakan yang aku lupa dah nama apa sebab banyak sangat. Mula-mula tu dok ambik gambaq la, lepas tu bila dah start makan, aku tak ambik lagi gambaq juadah yang dok keluaq kemudian. Bila aku dah mula makan, tak ingat mana-mana lagi dah.. :p



Terharu sungguh dan tak tau nak kata apa melainkan bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan rezeki ini. Roza ternyata seorang chef yang sungguh pakar dalam mempelbagaikan setiap hidangan. Sedap sangat..! Terlalu banyak resipi yang menjadi koleksi beliau sepanjang perjalanan hidup sebab tu beliau dapat menulis buku resipi di samping selitan motivasi kerohanian yang sungguh memberi kesan.

Malam tu, sebelum balik, Prof hadiahkan aku buku terbaru beliau, ANEKDOT MADINAH..BENAR DIA MAHA MENDENGAR. Aku dah habis baca buku tu. Kisah benar. Bagus untuk yang dengan izin Allah akan mai bermukim di bumi Madinah ni dan juga untuk yang ingin tau tentang kehidupan di sini. Di samping tu, ada unsur dakwah ringan yang Prof selitkan di dalam buku ni. Walaupun ringan dan ringkas, tapi sangat bermanafaat. Jazakallah khair, Prof.. Roza pun ada buku baru, AROMA ANTARA BENUA..BUKAN SEKADAR RESIPI, tapi buku tu tak dak la pulak malam tu.



Untuk sahabat-sahabatku sekelian yang dok rajin baca blog aku ni dan yang nak beli buku Prof dan Roza, bolehlah habaq kat aku. Aku tolong uruskan. InsyaAllah..

Berusahalah melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah SWT dan sentiasalah memohon keredhaanNya..









DIRAIKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Duduk di Madinah ni, seronok..sangat seronok. Hanya hati yang merasa saja tau. Tak tau apa yang buat seronok. Walaupun banyak kekangan terutama kepada kaum wanita dan macam-macam perkara yang boleh dikatakan kalau di Malaysia nun, mesti tak seronok dan kepala pun jadi tak berapa nak waras, tapi di sini, semuanya mafi musykila.. (tak dak masalah) dan hati dok seronok saja. Masa berlalu begitu cepat.. sat-sat saja dah masuk waktu solat. Sana sini pakat tutup kedai, berhenti kerja dan tumpuan kepada ibadah diutamakan. 

Paling utama, yang pasti, di sini tak dak orang nak dok ajak bergosip yang karut dan melalut. Bila jumpa, sembang pasai ibadah, pasai pengalaman hidup dan pasai keluarga serta masa depan. Yang pompuan pulak lebih kepada pasai anak-anak dan masakan. Tak kira apa bangsa atau bahasa, semuanya islam. Rungutan pasai kehidupan harian tu biasalah. Kita ni cuma manusia biasa, ada saja yang tak puas hati dan tak kena. Tapi, taklah sampai jadi tak keruan. Sekadar sembang-sembang dan lepas tu, khalasssss.. (selesai/ok/setel).

Minggu lepas, kami diraikan oleh Faroouqi, (Purchasing Manager di tempat A kerja), di rumah dia. Dijemput sekali para eksekutif dari Malaysia. Perghhh.. masakan isteri Faroouqi, Waziha, memang memecah selera. Masakan India. Ada nasi beriani, kari ikan dan macam-macam lagi. Capati dibuat a-la-minute. Main dish aku sempat la ambik gambaq. Lepas tu, dok rancak makan, aku lupa ambik gambaq yang lain. Macam tulah aku, kalau dah start makan, lupa segala. Mohon ampun kepada Allah..


Faroouqi ni rajin jugak berniaga barang hiasan wanita. Dia dok tolak dengan harga borong kat kedai-kedai emas di sekitar Madinah ni. Ada rantai leher dan rantai tangan. Aku pun jamu mata sakan. Lepas tu, timbul rasa nak cuba berniaga. Tak sangka, ada kawan-kawan berminat dan beli. Aku dah survey harga jualan di sini. Memang mahai siot.. rantai leher kalau yang banyak batunya dan berangkai-rangkai dalam SAR2000. Kawan aku kebanyakannya ambik rantai tangan dan rantai leher selapis. Ada semua jenis batu di rantai-rantai tu. Dan batu-batu tu semua katanya adalah batu asli dari Afrika Selatan. 


Waziha menikah dengan Faroouqi masa umoq dia 16 tahun. Depa ada 4 orang anak. Nama anak-anak depa aku suka sangat, ringkas. Aisyah, Fatimah, Adil dan Zainab. Faroouqi dah 8 tahun duduk di sini. Waziha duduk di Mumbai dengan anak-anak. Bila cuti sekolah di sana, baru dia mai sini. Alasannya tak duduk di sini, pelajaran untuk anak-anak lebih penting. Aku kagum dengan dia. Semuga dia dan anak-anak sentiasa dalam peliharaan Allah SWT hendaknya. Ameen ya rabb..



Setiap ujian yang melanda adalah pembelajaran agar kita semakin bijak dan matang dalam berfikir dan bertindak.









PROF. KAMIL

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni cuaca redup. Lewat petang, guruh kilat dan hujan sampaikan terputus bekalan letrik di rumah. Tapi, terasalah lembab sikit daripada selalu tu, kering saja.

Malam ni kami makan malam dengan seorang insan yang hebat, Prof Muhd Kamil Ibrahim bersama isteri, Puan Raudzah Roslan serta anak perempuan beliau. Sejak aku mai duduk di sini, selalu saja sahabat-sahabat dan sanak saudara pakat dok tanya aku tentang Prof ni. Dah jumpa dia dengan bini dia ka? Awat tak pi jumpa? Di Malaysia ni, dia popular dan ramai orang nak jumpa dengan dia, u dah dekat tak jumpa lagi? Dan semua soalan yang sewaktu dengannya. Maksud depa, jumpa dan beramah mesra. 

Bukan tak mau jumpa. Dah beberapa kali nak jumpa tapi ada saja halangan. Samada jemputan makan ataupun picnic warga Malaysia maupun usrah. Selalunya sebab urusan kerja A. Syamil selalulah jumpa Prof sebab depa ada halaqah tiap-tiap hari di Haram. Walaupun tak sama kumpulan tapi sama waktu. Pernah, satu hari tu, Prof jemput kami makan malam di rumah dia, dah ok awainya tapi last minute, A pulak ada tuntutan kerja yang dia tak boleh elak. Tak dak rezeki lagi..



Rumah Prof Kamil ni dekat saja dengan rumah kami. Tapi pun, depa laki bini sibuk dengan tugas harian jugak. Macam Prof tu, jadual dia memang padat. Hari demi hari berlalu, dan setelah dok adjust pi adjust mai, akhirnya dapatlah kami berkumpul dengan Prof dan keluarga. Kami jemput juga sorang sahabat lain iaitu Pengurus di Hyper Panda yang besaq di sini, Haji Noh sekeluarga. (teringaat Noh dari kumpulan Hujan la pulak...!) Aku tengok Prof sungguh teruja dengan jemputan kami tu. Suka sangat dia. Nampak riak wajah dia ceria dan penuh kesyukuran. Macam tu jugak Roza dan Haji Noh beserta isteri dia Atie dan anak2 depa semua.


Kiri : Roza & Atie. Kanan : Anak Roza, Sofea

Sambil makan tu, Prof banyak berkongsi pasai kehidupan dia, hidayah dan sebagainya seperti yang dia tulis dalam buku-buku dia tu. Dan juga hasil tulisan terbaru beliau, buku bertajuk Anekdot Madinah, Benar dia Maha Mendengar yang tengah laris jualan di Malaysia. Prof ni orangnya bersahaja, berterus terang dan ada sense of humour. Macam aku jugak. Hehe.. Roza, agak pendiam, dia lebih kepada mendengaq. 


Masa makan, Prof tak habih-habih dok usik aku tak bagi balik Malaysia. Adoyai, terkedu la sat bila dok cakap topik balik Malaysia. Masa tengah makan tu, Prof bersungguh-sungguh dok jemput kami pi rumah dia dalam waktu terdekat sementelah dah tau aku nak balik Malaysia tak lama lagi. Tak henti-henti dia dok mencelah dalam perbualan nak kepastian untuk kami makan malam di rumah dia. Masyaallah tabarakallah. Sungguh mulia hatinya. Di akhir pertemuan, kami pun set hari dan waktu nak berkumpul di rumah dia pulak dan rumah Hj Noh jugak. Ha..makan dan makan lagi.. Rezeki Allah.


Kita dijadikan Allah dengan dikurniai kelebihan dan kekurangan agar kita bersyukur dan berdoa serta saling memerlukan di antara satu sama lain.





TETAMU ALLAH (6)

بسم الله الرحمن الرحيم

Seminggu dua ni ni aku sibuk menyelesaikan urusan wakaf dan sedekah jariah, amanah dari kaum keluarga serta sahabat-sahabat dari Malaysia. Dalam pada tu, dan juga aku dok layan tetamu Allah yang aku jumpa dalam masjid. Menjalin silaturahim terutama bila sama-sama masuk ke Raudhah. Tapi agak terkilan sikit sebab ramai yang aku tak berkesempatan abadikan gambaq untuk kenangan. Ada yang cuma dapat ambik atau bertukaq nombor telefon saja. Tapi, takpalah, panjang umoq, ada rezeki dan masa, insyaAllah jumpa lagi.

Cuma, sahabat-sahabat yang memang dah kenal rapat dan dapat info depa nak mai, boleh la aku berposing sakan.

AIDA - JITRA, KEDAH

Aida lalui berbagai rintangan sebelum dapat menjejakkan kaki ke tanah suci. Bermula dengan ditunda perjalanan dari satu tarikh ke satu tarikh yang tidak ada kepastian sampailah kepada agen mendiamkan diri tak dapat dikesan. Duit pun burnt macam tu saja. Tapi, aida tak putus asa. Dia dan suami usaha jugak untuk mai melalui agen lain. Alhamdulillah, dipermudahkanNya segala urusan. Aida mai dengan suami, adik, adik ipaq dan anak menakan. Depa masuk ke Makkah dulu seminggu barulah ke Madinah. Terima kasih Aida untuk buah tangan yang dibawa. (Minum Milo anda jadi sihat dan kuat).


Aku bawa aida pi beli jubah dan balik ke hotel penginapan dia untuk rehat. Lepas tu, aku bawa depa pi cari minyak kibas dan minyak unta. Syed, suami Aida nak beli. Jenuh ronda-ronda kotaraya Madinah kami cari dan tanya tak dak yang tau. Kesian kat Fahad, punya nak bantu tapi buntu jugak. Dah letih meronda, kami pi Aramas Hotel, lepak dan minum sambil bersembang.

Keesokan harinya barulah aku dapat maklumat bahawa selalunya minyak-minyak tu dijuai oleh ustaz-ustaz dari Indonesia. Dengan izin Allah jugak, masa pi ziarah, Aida dapat beli minyak-minyak tu di perkarangan masjid Quba dengan harga SAR50 untuk 3 botoi. Alhamdulillah.

Dah kalut dok tanya sana sini kemarin tu, esoknya ramai pulak yang bagi maklumat di mana boleh beli minyak tu. Ada hikmah di sebalik keinginan Syed berkehendak sangat nak beli minyak-minyak berkenaan. Lepas ni, kalau ada yang bertanya, aku dah tau kat mana nak cari.


KAK BADARIAH - SUBANG JAYA

Kak Badariah ni adalah emak kepada kawan Aina. Suami kak Badariah kerja dengan syarikat usahasama dari Malaysia dan Arab Saudi untuk projek membesar dan memajukan Masjidil Haram serta kawasan sekelilingnya. Suami kak Badariah sering ulang alik dari Malaysia ke Makkah. Dah hampir 2 tahun macam tu.


Kak Badariah sampai lewat tengah malam dari Makkah bersama suami. Depa terus check in di Aramas Hotel dan kami berjumpa pada keesokan harinya di hotel sebelum depa berangkat ke Makkah. Dari Madinah, depa dalam ihram untuk buat umrah.


FISHA & KAK NORSHAH - KUALA LUMPUR

Fisha ni isteri kepada sahabat baik A, Mazmadi. Mazmadi la ni dah tak kerja dengan hotel. Dia dah jadi seorang usahawan yang sangat berjaya. Tahniah dan syukur dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada sahabat kami tu. Kali terakhir aku jumpa Fisha adalah masa dia buat majlis BBQ di rumah dia. Masa tu aku dok di Kinrara nun. Sungguhpun lama tak jumpa tapi Sha masih potpet macam dulu..macam aku jugak. Peace..! Depa mai dengan 2 orang anak-anak dan kak Sha, Kak Norshah. Kak Norshah baru saja pencen. Terima kasih banyak-banyak Sha untuk ole-ole yang dibawa. Lama tak nampak daun pandan. Aku teruja nak buat pulut serimuka.. :) 

Fisha & Kak Norshah

Untuk meraikan sahabat baik, A jemput depa makan malam dengan kami sekeluarga. Kebetulan Johari (FC) di Aramas Hotel tu pernah kerja sekali dengan Mazmadi dan Fadzil (DOSales) pulak kenai kak Norshah masa depa sama-sama kerja di Pulau Pinang dulu tapi hotel lain-lain. Maklumlah kak Norshah kerja bos HR di banyak hotel dah. Orang hotel mesti kenai punya. Riuh rendah makan malam tu dengan cerita baru dan lama masing-masing.


Lepas makan malam, kami sambung bersembang di lobi sambil posing-mosing gitu. Dah lepas tengah malam, barulah kami bersurai. Keesokan harinya, lepas Asar, aku bawa Sha, anak pompuan dia dan Kak Norshah pi shopping di Bilal. Sakan depa punya borong sebab nanti di Makkah katanya nak lebihkan tumpuan pada ibadah. Lusa tu pulak, aku bawa depa pi pasar kurma.

Depa bertolak ke Makkah keesokan harinya. Aku tengok depa sungguh teruja sebab pertama kali nak tunaikan ibadah umrah.

Aku doakan semuga sahabat-sahabatku semua beroleh umrah yang mabrur dan dijemputNya ke sini lagi.  Ameen ya rabb..

Ibadah itu merangkumi banyak perkara tapi biarlah semuanya kerana Allah.




PENGORBANAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Pengorbanan adalah satu fitrah dalam kehidupan manusia. Bercakap soal pengorbanan ni, sampai hujung nyawa kita harus bahkan wajib berkorban apatah lagi untuk orang-orang tersayang.  Dan memadai jugak jika pengorbanan itu difahami dan dihargai. Aku jugak tidak terkecuali. Pada aku, kehendak Allah juga semuanya itu.

Untuk menuntut ilmu akademik menurut citarasa kita, pada aku, Madinah bukanlah tempatnya. Orang depa sendiri hantaq anak-anak keluaq ke Jeddah, Riyadh dan sebagainya untuk menimba ilmu akademik. Tapi, kalau ilmu keagamaan, masyaallah tabarakallah, sinilah tempatnya. Dalam soal persekolahan dan pelajaran lain, disertakan dengan masalah jawapan tomorrow, next week hingga next month memang melelahkan. Penantian yang penghujungnya mungkin agak lambat untuk kita bertindak. Namun Allah maha mengasihani. 

Aku dapat jawapan Syamil cuma dapat menyambung sekolah di sekolah antarabangsa di sini hanya pada bulan September nanti. Uishh.. lambat lagi tu. Rugilah anak aku setahun. Kalau di Malaysia, dah nak habih tingkatan 4. Lepas berbincang kami sekeluarga, akhirnya aku mengambil keputusan nak bawa dia balik ke Malaysia untuk masuk dan habiskan tingkatan 4. Agak lambat dan berat untuk Syamil, tapi, insyaAllah, akan ada berbagai cara asalkan kita berusaha. Aku akan berkorban dalam membantu dia. Kalau ikutkan A, dia mau Syamil mengambil jurusan tahfiz terus di sini tapi pun bila fikir balik, eloklah dia habiskan sekolah sampai tingkatan 5 dulu barulah bagi dia pilih corak jurusan yang dia mau. InsyaAllah..

Allah, Allah ya Allah. Aku sungguh terharu bila ada insan-insan tersayang yang offer nak Syamil duduk dengan depa. Kata depa, dia dah besaq. Bukan payah nak jaga. Macam tulah hati hamba-hamba Allah yang bersih dan mulia yang mengharapkan hasanah. Depa nak aku duduk di bumi Madinah ni. Kalaupun depa tak berpeluang, depa nak aku duduk dan beribadah serta menimba ilmu yang aku mau di sini. Mulianya hati depa. Terima kasih semua. Ya Allah, Kau limpahkanlah nikmat dan rahmatMu yang berganda kepada depa semua. Ameen ya rabb.. 

Setelah meminta petunjuk dari Allah, aku yakin Allah nak aku balik menguruskan anak-anak aku. Namun, dalam sedikit kesedihan, Allah bagi aku kelegaan. Aku dan anak-anak dah ada iqamah (kad pengenalan saudi). Jadi, untuk urusan keluar masuk ke sini, kami tidak perlu melalui proses menunggu visa dan sebagainya. Hanya beli tiket kapalterbang dan up2 and away..! Cuma, mohon segala rezeki dariNya. Syukur ya Allah..

Disebabkan Syamil baru lepas peringkat pertama dan baru saja mula hafadzan, kami harus bersabaq sampai dia selesai. Sheikh yang mengajaq dia minta supaya Syamil habiskan sampai ke satu tahap yang tertentu sebab dia tak mau Syamil putus ilmu yang dia tengah dok ajaq. Sekurang-kurangnya kata dia, lepas ni, Syamil tak perlu ambik kelas basic lagi. Boleh terus membaca Al Quran beserta teknik hafadzan yang betui. Aku faham. Semuga Allah membalas segala niat baik dan bakti Sheikh dalam mendidik anak aku.

Aina pulak dah terlepas setahun masa belajaq sebab perancangan awai dia nak sambung belajaq di negara ni. Syarat kemasukan pun memang menyulitkan dan mengikut sistem baru, deposit pendaftaran pulak mencecah puluh ribu SAR. Aina dah memohon ke IPT di Malaysia. Keputusan permohonan akan diketahui penghujung bulan Mei nanti. Semuga cerah jalan dan masa depan anak-anakku. InsyaAllah..

Jauh di sudut hati aku, memang Allah SWT yang mengetahui betapa sayangnya aku nak tinggalkan bumi Madinah ini, nak tinggalkan segala rutin harian aku terutama sekali nak tinggalkan makam Rasulullah. Namun, Allah nak aku berkorban lagi. Aku akur dan redha. Aku percaya Allah ada rencana yang lebih baik untuk aku.. untuk kami. Rahsia Dia.. 

Di saat ni, aku menghitung hari nak balik Malaysia. Nak jalankan tugas dan tanggungjawab aku macam tahun lepas. Aku sudah bersedia.

Redha dengan ketentuanNya hari ini, pasti Dia limpahkan rahmat yang berganda nanti.