السلام عليكم رحمة الله وبركاته

HIJRAHKU HAMPIR MENJADI KENYATAAN

November 2012
 بسم الله الرحمن الرحيم

A dah mintak aku dan anak-anak buat segala prosedur asas yang diperlukan untuk visa hijrah kami.  Aku dan anak-anak pun buatlah medical check-up.  Lepas dapat result medical check-up tu, tengok-tengok kolesterol aku tinggi jugak la. Huhuuu.. kena makan ubat la jawabnya nak bagi stabil balik.  Dalam pada tu jugak, pelan-pelan aku buat persiapan dari segi material yang akan dibawak ke Madinah nanti. 

Aku pi KL untuk urusan visa.  Sewaktu di KL, aku stay di rumah anak menakan A, Wira.  Wira ni jujur dan ikhlas, macam tu jugak la bini dia, Dayang.  Aku kata macam tu sebab aku tengok kehidupan depa suami isteri penuh kemakmuran.  Terima kasih Wira dan Dayang di atas budi baik dan segala susah payah membantu Mak Uda.  Tak lupa, terima kasih jugak kepada mak Wira, KakYusmar, yang sama-sama berganding bahu (cewahh..mcm gotong royong pulak bunyinya..) membantu aku.  Semuga Allah SWT memudahkan urusan kalian juga serta melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kalian sekeluarga di dunia dan akhirat. Ameen ya rabb..



Dalam masa 2 hari dok tunggu siapnya visa, aku dan jugak berjumpa sahabat-sahabat tersayang. Elok juga dapat jumpa masa ni sebab bimbang tak dan jumpa masa aku nak berangkat nanti.  Manalah tau kan.. kuasa Allah. Sementara ada peluang ni, usaha la nak berjumpa depa.  Terima kasih KakNita di atas jamuan dan perhimpunan yang dianjurkan.(wah.. perhimpunan gitu..!  mcm perhimpunan wanita UMNO la pulak bunyinya.. hehe.. :p).   


mrs bailey
Dalam pada tu jugak, dan lagi aku pi Port Dickson berjumpa dengan mak angkat aku dari Canada, Geraldine Bailey. 90 tahun dah umoq orang tua ni. Dia panggil aku Dusky Daughter (yalah dah kelabu asap, tak putih dan cerah macam depa.. :p). Aku kenai Mrs Bailey sejak 12 tahun yang lalu.  Masa tu kami dok di Pulau Pangkoq.  Lepas kami pindah dari Pulau Pangkoq, Mrs Bailey dan suami dia beralih arah ke Port Dickson pulak. Tiap-tiap tahun, sejak belum kenai aku lagi, dalam bulan Oktober, dia mesti mai Malaysia bila musim sejuk di negara dia.  Depa suka Malaysia sangat-sangat. Pastu dia balik kampung dia dalam bulan April/Mei tahun berikutnya.  Tiap-tiap tahun jugak aku dan keluarga sure luangkan masa untuk berjumpa depa suami isteri.  Cuma 2 tahun yang lepa, Mrs Bailey tak mai sebab Mr Bailey passed away. Jadi, untuk kali ini, di kesempatan yang ada, aku tak mau la lepaskan peluang nak jumpa dia sebelum aku berhijrah. Manalah tau kot lepas ni payah dah kami nak jumpa atau takkan jumpa lagi. Tangisan Mrs Bailey masa dia hantaq kami di lobi hotel, lain macam pulak aku rasa.  Sekali dua, bila dah lepaih tangan aku, dia dok panggil aku balik, "gimme a hug one more time sweetie.." dalam esak tangis dia.  Aku sebak dan turut menangis.

Kasih sayang tak kenai bangsa, usia dan agama.  Yang penting, keikhlasan hati.

Terima kasih banyak-banyak kepada KakMon dan Sakinah yang tolong bawak aku pi jumpa Mrs Bailey.  Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala budi baik dan memudahkan urusan kanda berdua sebagaimana kalian memudahkan urusanku. Ameen ya rabb..

Dah dapat visa, aku pun balik Aloq Setaq dan selang beberapa hari lepaih tu, A pun booked flight tickets untuk kami. Start dari tu, persiapan akhir untuk berhijrah giat dijalankan (wah..macam persediaan untuk PRU pulak bunyi ayat ni.. hehe..).  Kalau sebelum-sebelum ini, cuma nak berpindah dalam Malaysia saja, aku rasa biasa.  Tapi kali ini, hijrah yang jauh yang tak tau akan ada kesempatan untuk balik mai lagi ke bumi Malaysia ini ka dak. Terima kasih kepada adik angkatku, Zaini dan isteri, Intan kerana banyak sungguh tolong ringankan beban urusanku. Semuga Allah SWT meringankan urusan hampa dua sebagaimana hampa tolong ringankan urusanku..

Dekat-dekat nak berhijrah, especially waktu malam hari, sesekali hati aku ni diusik rasa sayu nak berpisah dengan rumahku syurgaku, dengan keluarga dan sahabat handai terutama sekali mak yang dah semakin uzur. Sejak akhir-akhir sebelum aku berangkat, banyak jugak mak berkongsi perasaan dia dengan aku. Aku jugak mesti rindu punya kat nongoi-nongoi cucu menakan aku yang 2 orang tu, Batrisyia dan Adam.  Masih berpeluangkah kami berjumpa lagi..?  Masih adakah waktu untuk itu..? Wallahu alam bissawab.. Namun, bila dikenangkan, mak akan bersama adik beradik kandung aku yang memang jelas telah dan boleh menjaga mak dengan amat baiknya dan aku pula bakal bersatu dengan suami dan semua anak-anakku yang tercinta di bumi yang penuh barakah, aku menjadi tenang dan redha.
Mak

Batrisyia & Adam





Hanya kepada Allah aku berdoa dan berserah..

No comments:

Post a Comment