السلام عليكم رحمة الله وبركاته

HALAQAH & JUBAH HITAM

13 Januari 2013

 بسم الله الرحمن الرحيم

Kami pi masjid Nabawi dari pagi sampai lepas waktu solat Isyak.  Masuk ke Raudhah dengan mudah sekali lepas waktu solat Zohor dan berdoa di sana dengan tenang walaupun hari ini sedikit sesak dengan jemaah.  Hari ini juga aku ambik kesempatan untuk ke pejabat masjid nak tanya pasai halaqah dan kuliah.

Sister di pejabat tu habaq pendaftaran dah ditutup dan halaqah untuk musim ni dah pun bermula.  Sister tu suruh aku mai pada musim panas pulak iaitu 2 bulan dari la ni. Tapi, sister tu kata, aku boleh belajaq nak perbetui bacaan Al Quran dengan tajwid pada hari Khamis iaitu hari yang diadakan sesi berkenaan untuk jemaah umrah.  Alhamdulillah..daripada tak dak, ada jugak untuk sementara waktu ni.  Lepas tu, aku keluaq p ronda-ronda di luaq masjid.

Dekat nak masuk waktu solat Asar, kami masuk balik ke dalam masjid.  Dalam dok cari-cari tempat untuk solat, aku nampak satu group muslimah bertelekung putih dengan kain kecik ada tulih MALAYSIA di telekung depa. Aku jadi teruja dan masuk ke saf depa tu.  Selesai solat tahiyatul masjid, aku tegoq la muslimah yang duduk di sebelah aku.  Terkejut seround dia. Katanya, ingatkan orang sebelah sini sebab akak pakai telekung hitam. Aku pun habaq la kata aku duduk di Madinah ni dan kalau dah menetap di sini, urusan seharian lebih mudah dengan pakaian serba hitam.

Kami  pun bersembang la sat.  Betapa dapat menjejak kaki ke bumi Madinah ini sungguh menyentuh hati setiap hambaNya. Kata adik tu, yang berasal dari Johor, 4 kali dok kena tukaq tarikh dengan macam-macam masalah yang timbul, sedari masalah mahram hingga ke masalah ketetapan tarikh.  Dia pun dah dekat nak putus asa dibuatnya.  Namun ketentuan Allah juga adalah yang terbaik.  Bersyukur sangat katanya dan menangis bila, akhirnya dari tarikh 20 Februari, dia dapat pada 12 Januari.  Dia mai dengan mak mertua dan mak menakan. Aku kata kat adik tu yang dia beruntung dapat mai buat ibadah umrah di usia muda.  Aku dulu mai buat ibadah umrah masa umoq 41 tahun.

suasana di dalam komplek membeli belah di madinah
Balik dari masjid, A bawak aku dan anak-anak window shopping dan makan angin dalam kawasan pekan. Memang la sesuatu yang lain daripada kebiasaan bila tengok ninja di sana sini dalam shopping mall. Namun, sesekali, hati kecikku aku berdetik bahawa sebenaqnya apa yang aku tengok ni adalah sesuatu yang mudah dan indah sebenaqnya. Tak perlu ada sapa-sapa yang nak tertoleh-toleh nak tengok orang lain pakai macam tu dan macam ni dan tak perlu nak  tengok orang itu cantik atau huduh, mekap tebai atau nipih dan sebagainya.  Honestly, aku akui bahawa aku suka dengan keadaan ini.  Allah maha mengetahui..

Malam tu, aku beli selai jubah hitam dan selai abaya untuk Aina. Esok harinya, kami dua pakai baju baru ke masjid.  Memang aku selesa sangat berjubah macam ni.  Di Malaysia pun aku dok pakai dah macam ni cuma kadang-kadang pakai jugak seluaq jeans dan blaus. Di sini, aku suka pakai jubah atau baju labuh dengan seluaq kembang.  Macam ni senang.  Tak payah dok pikiaq perut nak beralun ka, isi kopek lompat keluaq ka, orang tengok pungkoq berketui ka, lemak sana berlipat ka, lemak sini tersemboi ka dan sebagainya.  Semuanya tak terpikiaq lagi dah dan aku selesa serta senang sekali tanpa ada sikit pun rasa janggal.  Alhamdulillah di atas nikmat ini.

Ketentuan Allah adalah yang terbaik..

No comments:

Post a Comment