السلام عليكم رحمة الله وبركاته

HIJRAH SUAMI MENJADI KENYATAAN

Mac & April 2012
 بسم الله الرحمن الرحيم

B aku balik lepaih habih notis bekerja.  Kami pun buat la segala  preparation apa yang patut untuk dia nak berhijrah.  Kami buat satu majlis doa selamat di rumah kami dengan menjemput jemaah masjid, kaum keluarga kedua belah pihak serta sahabat-sahabat handai.  Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan terima kasih semua kerana sudi mai dan terima kasih jugak untuk doa kalian.  

Lepaih daripada tu, masa ada dalam 2 minggu sebelum B aku berangkat berhijrah.  Kami habihkan masa tu bersama macam besa.  Seronok jugaklah sebab B aku macam bercuti panjang. Sebelum ini, memang susah nak dapat cuti..paling lama pun 4 hari dan hari-hari besa pun dia selalu balik malam dan kadangkala cuti hujung minggu pun kena bekerja.  Kadang-kadang acara atau majlis kekeluargaan pun kami tak dapat join sebab B aku bekerja.  Tu takpa lagi, kadang-kadang dah siap janji dengan aku dan anak-anak, nak p mana-manalah..boleh cancel last minute.  Ada waktu yang aku redha, kadang-kadang ada juga memberontak. What to expect..?  Aku cuma manusia besa..

Hari-hari berlalu sampailah tarikh keramat, 8 April 2012, B aku berangkat menyahut jemputan hijrah ke bumi Rasulullah SAW, bumi Madinah Al Munawwarah. Dari rumah lagi, kami anak beranak sama-sama berjabat salam, mohon ampun maaf dari hujung rambut ke hujung kaki antara satu sama lain. Masa tu rasa sedih dan sebak dah.  Di airport, bersalam lagi masa B aku nak boarding.  O mak oii.. masa tu dia mai satu macam punya perasaan, sedih yang amat-amat masa tengok dia  melangkah pi. Pakat menangeh la..nak kata apa lagi..  B aku pun menangeh.. Nasib baik aku ada bawak tola kecik dalam handbag.  Tak cukup tissue paper, tola tu la jadi penyelamat dari airport tu dilanda banjir kilat.. :p

Dari airport, aku teruih hantaq Syamil pi sekolah.  Tengahari, balik dari sekolah, sebaik sampai di rumah, dia teruih naik ke bilik aku dan ambik baju yang last abah dia pakai dan menangeh meraung-raung sambey berkata dia tak mau berpisah dengan abahnya.  Aina pulak, yang memang amat rapat dengan abahnya, nampak sabaq dan redha.  Dia teruih p pujuk adik dia tu.. Aku..? Hehe.. aku buat-buat macam aku ni ok saja dan ajak anak-anak aku makan dan buat kerja apa yang patut masa tu..macam besa.  Dalam hati aku, hanya Allah SWT yang maha mengetahui.  Besaq sungguh dugaanMu ya Allah.  Aku mohon, bagilah aku kekuatan dalam keredhaan.  Ameen ya rabb..


B aku telefon dari KLIA bagitau betapa berat sungguh kaki dia nak melangkah tinggai kami.  Dia kata, rasa macam nak patah balik saja.  Tapi, aku tahan perasaan masa tu, aku kata..ingat hajat dan cita-cita, kuatkan hati dan berdoa banyak-banyak. Kami ok, insyaallah.  Last sebelum akhiri perbualan, B aku berulang kali dalam tangeh dan sedu mengatakan yang dia amat menyayangi aku dan anak-anak.  Aku tak mau tambahkan keberatan langkah dia masa tu walau dalam hati kecik aku ni, aku nak dia berada dengan kami.  

Selamatlah wahai suami dan abah tercinta dalam lindungan dan peliharaan Allah SWT.  Doa mama dan anak-anak mengiringimu di setiap langkah sepanjang perjalanan dan selamat berada di bumi suci, Madinah Al Munawwarah.  Sampaikan salam kami kepada baginda Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda.

Kami pasti akan merindui abah..

Setiba di Jeddah, B aku call kami dan begitu jugak seterusnya setelah menjejak kaki di bumi Madinah. Menjadi jemputan Allah SWT buat pertama kali, B aku begitu teruja dan katanya, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaannya pada waktu itu.  Aku cuma dapat memanjatkan syukur dan menasihati dia supaya menggunakan setiap masa terluang sebaik mungkin untuk beribadah dan menimba ilmu, baik dunia maupun akhirat, di sana.

Lepaih seminggu di Madinah, B aku pi Makkah mengerjakan ibadah umrah.  Alhamdulillah, sempurna semuanya.  Mudah-mudahan diterima Allah SWT.

Setelah sebulan bekerja, B aku kena pi Turki pulak untuk urusan kerja selama seminggu. Di samping bekerja, dapat juga tengok tempat orang yang sebelum ini tak pernah berpeluang.  Syukur kepada Allah di atas nikmat rezekiMu ini.  Di waktu santai semasa berada di Turki, B aku dan jugak shopping sikit  barangan untuk aku dan anak-anak serta barang untuk rumah kami.  Alhamdulillah..


Nikmat Allah yang manakah hendak didustakan..?


1 comment:

  1. Sedih juga masa baca time nak berpisah. Berkat kesabaran Yati dan anak2 memberi satu nikmat yang tak ternilai dan begitu indah sekali kan. Syukur, amin.

    ReplyDelete