السلام عليكم رحمة الله وبركاته

UMRAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Selasa lepas, aku sekeluarga pi Makkah menunaikan ibadah umrah. Kami bertolak lepas waktu asar dan sampai dalam pukul 11 lebih sebab Fahad cari hotel Bakkah Arac, tak jumpa. Hotel tu dua beradik dengan Aramas. Kebetulah esok harinya adalah pembukaan rasmi hotel tu dan A salah sorang jemputan. Jadi, dah memang ada urusan rasmi nak pi Makkah, kami sekeluarga ambik kesempatan menunaikan ibadah umrah. Syukur, alhamdulillah.


Kami mula buat tawaf sekitar tengah malam. Cuaca malam tak la panas macam siang dan orang pun tak ramai. Satu pusingan tawaf amat dekat dengan Kaabah iaitu sekitar keliling tembok Hijr Ismail sahaja pusingannya. Alhamdulillah. Syafiq dan Fahad dah dulu laju selesaikan ibadah. Lepas tu depa hilang dengan agenda depa sendiri dan balik hotel pun sekali depa dua tu.



Esok harinya, aku dan A pi buat tawaf sunat. Sebelum tu, kami solat asar di Masjidil Haram. Hari rabu, orang dah mula ramai. Memang macam tulah senarionya sama dengan di Madinah sebab jemaah dari negara-negara berdekatan selalu membanjiri kota suci Makkah dan Madinah mulai hari Rabu ke hari Sabtu. Cuaca di Makkah hari tu adalah 44 darjah celcius. Terasa bahangnya tapi masa buat tawaf, rasa nyaman saja. Mungkin sebab kita leka mengingati Allah. 

"Ya Allah, aku mohon pertolongan untuk sentiasa mengingatimu, mensyukuri nikmatmu dan beribadah dengan baik kepadamu." 

Ameen ya rabb..

Lepas tawaf, kami dapat berdoa di Hijr Ismail. Walaupun orang agak ramai tapi Allah permudahkan. Aku berdoa sepuasnya sebab tak dak gangguan jemaah tolak dan sebagainya. Sedih dan hiba masa berdoa bila kenangkan bila lagi aku akan diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati saat beribadah macam ni lagi. Allah, Allah ya Allah.. jemputlah aku ke sini lagi. Ampunkan segala dosa-dosaku, ya Allah. Aku tak putus-putus berdoa, berdoa dan terus berdoa. Semuga segala ibadah aku dan keluarga diterimaNya. 

Kami bertolak balik ke Madinah pada pukul 6 petang dan sampai rumah pada pukul 1030 malam. Syukur ya Allah untuk segala-galanya.


Sehebat mana pun kita, kita tidak dapat mengatasi kuasa Allah yang maha esa di mana kita sentiasa memerlukan pertolonganNya.




No comments:

Post a Comment