السلام عليكم رحمة الله وبركاته

TAMAN SYURGA

بسم الله الرحمن الرحيم

Seminggu dua ni asyik ada majlis makan saja. Kalau tak di hotel, jemputan ke rumah sahabat di sekitar Madinah ni. Murahnya rezeki kami dan mudah-mudahan rezeki yang meraikan kami juga. InsyaAllah.. Ada yang aku lupa nak ambik gambaq. Sembang sakan, jadi terlupa. Dah balik, baru teringat. Itulah kita, manusia biasa yang serba kekurangan.

Jemputan makan malam di rumah sahabat kami, Prof Kamil dan Roza adalah salah satunya. Dua keluarga dijemput pada malam tu. Sebelum makan, macam biasa, Prof akan bagi tazkirah dalam 5-10 minit. Jadi majlis ilmu juga dan kami ni ibarat duduk dalam taman syurga. MasyaAllah tabarakallah..



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani, Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirehatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, " Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu?" Rasulullah menjawab, "Majlis-majlis ilmu."

Jadi, Prof punya prinsip mudah. Majlis makan malam di rumah beliau diselitkan dengan sedikit ilmu untuk perkongsian supaya rumahnya menjadi taman syurga. Semuga niat murni beliau diberkati Allah SWT dan semua tetamu-tetamunya beroleh manafaat dari apa yang dikongsikan. InsyaAllah..


Malam tu isteri Prof, Roza, masak masakan Vietnam dan Thailand. Perghhh.. untuk aku yang suka makan ni, tak tau naka habaq lagu mana punya teruja. Dok telan ayaq lioq saja masa tengok hidangan dok mai satu per satu atas saprah. Lama tak merasa masakan Asia yang pelbagai. Ada tomyam, ayam gajus, ikan masam manis, somtam, kerabu, ikan kukus, udang, ketam, ayaq asam dan segala masakan yang aku lupa dah nama apa sebab banyak sangat. Mula-mula tu dok ambik gambaq la, lepas tu bila dah start makan, aku tak ambik lagi gambaq juadah yang dok keluaq kemudian. Bila aku dah mula makan, tak ingat mana-mana lagi dah.. :p



Terharu sungguh dan tak tau nak kata apa melainkan bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan rezeki ini. Roza ternyata seorang chef yang sungguh pakar dalam mempelbagaikan setiap hidangan. Sedap sangat..! Terlalu banyak resipi yang menjadi koleksi beliau sepanjang perjalanan hidup sebab tu beliau dapat menulis buku resipi di samping selitan motivasi kerohanian yang sungguh memberi kesan.

Malam tu, sebelum balik, Prof hadiahkan aku buku terbaru beliau, ANEKDOT MADINAH..BENAR DIA MAHA MENDENGAR. Aku dah habis baca buku tu. Kisah benar. Bagus untuk yang dengan izin Allah akan mai bermukim di bumi Madinah ni dan juga untuk yang ingin tau tentang kehidupan di sini. Di samping tu, ada unsur dakwah ringan yang Prof selitkan di dalam buku ni. Walaupun ringan dan ringkas, tapi sangat bermanafaat. Jazakallah khair, Prof.. Roza pun ada buku baru, AROMA ANTARA BENUA..BUKAN SEKADAR RESIPI, tapi buku tu tak dak la pulak malam tu.



Untuk sahabat-sahabatku sekelian yang dok rajin baca blog aku ni dan yang nak beli buku Prof dan Roza, bolehlah habaq kat aku. Aku tolong uruskan. InsyaAllah..

Berusahalah melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah SWT dan sentiasalah memohon keredhaanNya..









No comments:

Post a Comment