السلام عليكم رحمة الله وبركاته

PROF. KAMIL

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni cuaca redup. Lewat petang, guruh kilat dan hujan sampaikan terputus bekalan letrik di rumah. Tapi, terasalah lembab sikit daripada selalu tu, kering saja.

Malam ni kami makan malam dengan seorang insan yang hebat, Prof Muhd Kamil Ibrahim bersama isteri, Puan Raudzah Roslan serta anak perempuan beliau. Sejak aku mai duduk di sini, selalu saja sahabat-sahabat dan sanak saudara pakat dok tanya aku tentang Prof ni. Dah jumpa dia dengan bini dia ka? Awat tak pi jumpa? Di Malaysia ni, dia popular dan ramai orang nak jumpa dengan dia, u dah dekat tak jumpa lagi? Dan semua soalan yang sewaktu dengannya. Maksud depa, jumpa dan beramah mesra. 

Bukan tak mau jumpa. Dah beberapa kali nak jumpa tapi ada saja halangan. Samada jemputan makan ataupun picnic warga Malaysia maupun usrah. Selalunya sebab urusan kerja A. Syamil selalulah jumpa Prof sebab depa ada halaqah tiap-tiap hari di Haram. Walaupun tak sama kumpulan tapi sama waktu. Pernah, satu hari tu, Prof jemput kami makan malam di rumah dia, dah ok awainya tapi last minute, A pulak ada tuntutan kerja yang dia tak boleh elak. Tak dak rezeki lagi..



Rumah Prof Kamil ni dekat saja dengan rumah kami. Tapi pun, depa laki bini sibuk dengan tugas harian jugak. Macam Prof tu, jadual dia memang padat. Hari demi hari berlalu, dan setelah dok adjust pi adjust mai, akhirnya dapatlah kami berkumpul dengan Prof dan keluarga. Kami jemput juga sorang sahabat lain iaitu Pengurus di Hyper Panda yang besaq di sini, Haji Noh sekeluarga. (teringaat Noh dari kumpulan Hujan la pulak...!) Aku tengok Prof sungguh teruja dengan jemputan kami tu. Suka sangat dia. Nampak riak wajah dia ceria dan penuh kesyukuran. Macam tu jugak Roza dan Haji Noh beserta isteri dia Atie dan anak2 depa semua.


Kiri : Roza & Atie. Kanan : Anak Roza, Sofea

Sambil makan tu, Prof banyak berkongsi pasai kehidupan dia, hidayah dan sebagainya seperti yang dia tulis dalam buku-buku dia tu. Dan juga hasil tulisan terbaru beliau, buku bertajuk Anekdot Madinah, Benar dia Maha Mendengar yang tengah laris jualan di Malaysia. Prof ni orangnya bersahaja, berterus terang dan ada sense of humour. Macam aku jugak. Hehe.. Roza, agak pendiam, dia lebih kepada mendengaq. 


Masa makan, Prof tak habih-habih dok usik aku tak bagi balik Malaysia. Adoyai, terkedu la sat bila dok cakap topik balik Malaysia. Masa tengah makan tu, Prof bersungguh-sungguh dok jemput kami pi rumah dia dalam waktu terdekat sementelah dah tau aku nak balik Malaysia tak lama lagi. Tak henti-henti dia dok mencelah dalam perbualan nak kepastian untuk kami makan malam di rumah dia. Masyaallah tabarakallah. Sungguh mulia hatinya. Di akhir pertemuan, kami pun set hari dan waktu nak berkumpul di rumah dia pulak dan rumah Hj Noh jugak. Ha..makan dan makan lagi.. Rezeki Allah.


Kita dijadikan Allah dengan dikurniai kelebihan dan kekurangan agar kita bersyukur dan berdoa serta saling memerlukan di antara satu sama lain.





No comments:

Post a Comment