السلام عليكم رحمة الله وبركاته

KHAYRA & THE GANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Lama aku tak post di blog ni. Sebulan lebih. Bulan Jun langsung tak dak. Siap sedia teks tapi tak dan nak edit dan post. Missing in action gitu. Sibuk mengalahkan wanita pertama negara.. huhuu.. Ni baru ada kesempatan nak sambung.

Sejak tau aku pernah pi rumah Aysyah, ada beberapa orang lagi kakitangan perempuan tempat A bekerja teruja dok ajak aku pi rumah depa pulak. Aku sangat menghargai tapi aku tak berapa cukup waktu.

Tapi, pada minggu terakhir sebelum bercuti panjang, aku penuhi permintaan depa untuk keluaq makan dan lepak sama2. Okay la tu kan..? Kami pi Rashid Mall. Sampai di sana, kami minum dan makan kek. Khaira, Reservations Manager, yang belanja. Khaira ni cucu kepada salah sorang bekas imam utama masjid Nabawi. Orangnya cukup sopan, berfikiran terbuka dan sangat2 tenang serta penyabar. Memang ketara sikap tenang dia dari perbualan kami. Khaira ni seorang balu beranak 2. Suami dia meninggal dalam kemalangan 2 tahun yang lalu. Al Fatihah..

Depa pakat bawa anak2 dan anak2 menakan dengan bibik. Jadi riuh rendah meja kami malam tu. Kami lepak sampai dekat tengah malam baru pakat beransur balik. Hari tu, baru aku nampak wajah depa sebab di tempat kerja, depa ni semua berhijab dengan muka sekali.

mishal, reham & khaira.

Kalau dengaq depa ni cakap bahasa omputih, memang slanga omputih depa bergulung2 macam pandai gitu. Tapi, kalau teliti betui2, taklah betui mana pun dan ada yang depa tak tau dan tak faham. Grammar pun depa belasah saja. Depa bagitau depa belajaq bahasa omputih dari kecik melalui rancangan tv dan pasang telinga bila ahli keluarga yang lebih tua bercakap. Memang tak dapat dinafikan, bangsa saudi ni kuat menghafal. Akal depa tajam tapi depa jugak terkenal dengan pemalas terutama orang lelaki. Oppsss..astaghfirullah..

Reham bercita2 tinggi. Dia tunggu masa nak sambung belajaq di USA. Tapi, bila aku tanya nak kerja apa nanti, dia kata nak dok rumah saja dan bila dah kawin nanti nak jadi surirumah yang berilmu. Dia nak belajaq setinggi mana yang boleh. 

Dalam dok sembang2 tu, aku difahamkan bahawa pompuan saudi ni kerja depa shopping tak kira waktu. Padan la aku dok tengok, kalau pi shopping mall, beg shopping kiri kanan tak kira waktu mana dalam sebulan tu. Kita ni kadang tak beli apa pun, jamu mata tu tak yah ceritalah sampai kelabu mata dibuatnya..kan? Lol :p

Seperkara lagi, depa ni kalau tanya pasai nak kawin, depa akan kata macam mana pun depa mau lelaki saudi. Kalau boleh, nak elak orang negara luaq. Macam orang2 tua kita la juga kan..? Eh, ya ka? Apapun, kita kena ingat, jodoh pertemuan dan ajal maut adalah ketentuan Allah swt.

Aku doakan kesejahteraan depa semua dan berjaya dalam cita-cita yang diimpikan. Semuga jalinan silaturahim antara kami kekal sampai akhirat. Ameen ya rabb..

Jauh berjalan, luas pemandangan dan pergaulan.





No comments:

Post a Comment