السلام عليكم رحمة الله وبركاته

AYSHAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Di Madinah ni susah sikit nak bergaul dengan orang tempatan sebab depa ni bergaul sesama puak depa saja. Tapi, untuk aku ni, ada la sikit kelebihan sebab aku selalu pi tempat A kerja. Staf di situ ada la lima enam orang perempuan. Tu pun jabatan yang 'terlindung.' Aku agak rapat dengan Ayshah, operator telefon. Tapi, dia ni cakap arab pekat. Omputih dia sebijik dua saja. Hello, good morning, goodbye, how are you? Jadi, tiap kali bersembang dengan dia, dia belasah bahasa arab siap dengan bahasa isyarat. Aku pulak cakap omputih sambil tu selit sepatah dua bahasa arab dan kadang terkeluaq bahasa melayu bila dah rancak sangat. Wakaka.. Ayshah bukan tau pun.. :p

ayshah

Tiap kali bertembung dengan aku, Ayshah akan tanya bila nak pi jalan ke rumah dia. Dia ni masuk kategori pompuan arab yang ramah tamah dan kepala gila-gila. Dia pi kerja pun sebab bosan dok di rumah katanya. Bagi pompuan arab, depa tak boleh suka-suka nak keluaq rumah. Nak keluaq kena dengan suami. Kalau tak, nanti makpak atau suami akan banyak tanya. Tapi, kalau keluaq pi belajaq/universiti atau pi kerja, khalassss.. mafi musykila. Jadi, pompuan arab yang macam Ayshah ni memang la tak boleh terkurung. Dia kata dia akan jadi sewel kalau lama-lama terperap dalam rumah. Anak-anak dia pun dah besaq. Kerja sajalah jalan keluaq terbaik daripada terkurung walaupun dia dah sangat kaya.

Ayshah rajin dok tunjuk gambaq-gambaq dia masa di rumah, tanpa hijab segala. Wah, seksi dan seksa aku tengok Ayshah ni. Umoq dah 45, anak 6 orang tapi badan fit dan solid. Kalau di Malaysia tu, kita boleh kata badan macam Ifa Raziah. Pakaian dia di rumah semua body fit dengan jeans ketat atau seluaq pendek saja. Dengan rambut kuning emas, menambahkan kecantikan Ayshah yang memang dah cantik tu. Kalau tengok gambaq-gambaq yang dia pi majlis, fuhhh.. mengalahkan artis. Bling-bling tu tak yah ceritalah. Kata Ayshah, pada depa, itu biasa.

ruang tamu utama
Akhirnya, sabtu minggu lepas, aku pi lah bertandang ke rumah Ayshah dengan Aina dan Huda (kerja sekali dengan Ayshah). Huda pun tak pernah pi rumah Ayshah, depa pun baru kenai sebab Huda baru 2 bulan kerja. Sampai saja dalam rumah, Ayshah masuk bilik dan londeh segala jubah dan hijab. Dia pakai jeans ketat dengan blaus sendat. Rambut dilepas. Menari-nari Ayshah kelegaan bila hijab dan jubah hitam dibukanya. Dengan kasut tinggi 3 inci jalan dalam rumah, Ayshah memang dalam kelas dia tersendiri. 

MasyaAllah, rumah Ayshah macam istana. Rumah di tingkat satu. Tapi bukaan lantai rumah tu amatlah besaq. Aku suruh Aina ambik gambaq dalam rumah dia. Bilik ayaq tetamu sikit punya kelas, apatah lagi bilik ayaq depa sendiri. Aku macam nak lena dalam bilik ayaq tu. Suka sungguh Ayshah. Walaupun dia nampak macam segan dengan aku tapi dia sungguh berbesaq hati bawak kami ronda satu rumah dia kecuali bilik khas suami dia yang ala pejabat gitu sebab laki dia dok ada dalam tu. Bilik anak-anak, siap tema dan warna tersendiri. Kelassss semuanya. Kata Ayshah, rumah dia tu kiranya kategori rumah orang Saudi yang biasa di Madinah ni. Orang biasa dah macam tu, macam mana pulak orang luaq biasa depa..? Tak dapat aku nak bayangkan. Rezeki Allah..


Anak sulung dan anak nombor 3 dia ada di rumah masa tu. Fuh, pakaian anak-anak dia, punyalah vogue de vass gitu. Dengan contact lense, rambut berombak-ombak, mekap lengkap, cantik sungguh. Anak sulung dia belajaq di Universiti Taibah, jurusan Bahasa Inggeris. Jadi, lega sikit aku walaupun kefasihan depa masih terhad, maklum baru dok belajaq. Bila aku tanya nak sambung belajaq di mana, dia jawab, Amerika. Budak-budak pompuan Saudi ni, depa belajaq cakap omputih melalui televisyen saja kebanyakannya. Cerita-cerita omputih semua depa langut. Slanga depa pun ala-ala Amarika gitu sebab depa tiru dari filem. Dan, kita kena ingat, orang arab ni memang anugerah Allah, depa kuat menghafal. MasyaAllah..

Anak-anak Ayshah pun aku tengok macam anak-anak pompuan orang kita. Sopan santun dan dilatih untuk melayan tetamu seadanya. Orang gaji Ayshah dari Indonesia tolong bawak keluaq minuman. Lepas tu anak dia dok layan sua hak tu hak ni suruh makan. Kopi arab dan kurma tu wajib ada. Sempat la jugak aku ambik gambaq satu.


Rezeki itu hak Allah dan Dia maha adil dalam merencanakan segala sesuatu untuk hamba-hambaNya.


No comments:

Post a Comment