السلام عليكم رحمة الله وبركاته

TETAMU ALLAH (7)

بسم الله الرحمن الرحيم

Dekat-dekat nak balik ni, hati dok sayu saja. Angin yang dok tibai muka walaupun berdebu pasir tetap buat aku sayu. Cuaca yang panas lit-lit pun buat aku sayu jugak. Pendekata, sayu tu dok ada sedia.. :(

Di samping sibuk mengemas, aku sempat jugak berjumpa tetamu-tetamu Allah. Rezeki Allah nak bagi kami berjumpa di bumi suci. Terima kasih Allah..

KAK MILAH - KANGAR

Kak Milah ni dah macam keluarga dengan keluarga aku. Dia ni sahabat kepada Kak Zah, kak aku yang nombor 2. Depa belajaq sekali masa di maktab perguruan dulu. Depa pun dah lama depa lost contact dan berjumpa balik sejak lima enam tahun kebelakangan ni. Kebetulan pulak, la ni Kak Milah mengajaq di sebuah sekolah di Perlis, jadi bertambah erat lagilah jalinan silaturahim antara kami.



Kak Milah mai dengan suami dia. Terima kasih di atas buah tangan yang dibawa. Aku tak dapat luang masa lebih lama dengan Kak Milah sebab petang hari yang sama, selepas asar, aku sekeluarga berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah. Aku doakan semuga Kak Milah dan suami beserta rombongan diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah dengan sempurna serta beroleh umrah yang mabrur.

AZURA - SUNGAI PETANI

Pertemuan dengan Azura tidak dirancang maupun diduga. Waktu tu, aku dan A baru selesai buat tawaf sunat. Masa kami lalu dalam masjid nak keluar balik ke hotel, aku ternampak Azura tapi dia tak nampak aku. Rasa macam kenai dan aku habaq kat A aku nak pi tegoq jemaah tu. Aku pun cepat-cepat patah balik di celah-celah orang ramai dan bagi salam. Bila Azura toleh, haaaa.. masing-masing pun berpelukan. Walau lama juga tak jumpa, tapi masih ingat. Azura tak tau yang aku dok di Madinah. Dia dan rombongan dah sampai Makkah 2 hari lepas dari Madinah.


Dan jugak kami posing dalam masjid tu. Mak menakan Azura jadi tukang ambik gambaq kami. Semuga Azura beroleh umrah yang mabrur.

Memuliakan tetamu itu nilainya sama dengan beriman kepada Allah dan hari Kiamat.





1 comment:

  1. Assalamualaikum

    Moga pada ketika ini, Yati dan keluarga berada di dalam sihat sejahtera dan diberkati Allah selalu hendaknya. Apa habaq la ni, mesti kehidupan bertambah tenang di sana, apatah lagi di bumi Allah yang sentiasa diberkati. Harap2 pertemuan di blog ini akan berlanjutan dan berpanjangan dan mudah2an kita dapat berjumpa juga nanti.

    Salam buat semua, Zuwaidah

    ReplyDelete