السلام عليكم رحمة الله وبركاته

ZIARAH MASJID

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau nak ziarah masjid-masjid di Madinah ni selain dari Masjid Nabawi dan masjid-masjid yang dekat dengannya, aku dan keluarga selalu pi pada hari Jumaat. Selalunya kami pi masjid Quba dulu dan solat sunat di situ.


MASJID QUBA

Masjid Quba ni adalah masjid pertama dibina dalam sejarah umat islam. Baginada Rasulullah sendiri turut serta di dalam pembinaan masjid ni dengan mengangkat batu bata dan pasir-pasir bersama para sahabat.

Rasulullah SAW bersabda :

“sesiapa yang berwuduk di rumahnya, kemudian pergi ke masjid Quba untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah.” – Hadis riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi.




MASJID QIBLATAIN

Masjid ini asalnya dinamakan Masjid Bani Salamah kerana didirikan di atas tapak rumah beliau. Satu hari pada rakaat kedua waktu zuhur, tiba-tiba turunlah wahyu dari surah Al Baqarah ayat 144 mengarahkan Rasulullah SAW memindahkan arah kiblat di tukar ke Masjidil Haram di Makkah. Pada waktu itu, arah kiblat adalah ke Masjid Al Aqsa (Baitul Maqdis) di Palestin. Dengan itu, Rasulullah pun meneruskan solat untuk rakaat berikutnya ke arah Masjidil Haram.

Ekoran dari peristiwa itulah, maka masjid ini ditukar nama ke Masjid Qiblatain iaitu bermaksud Dua Kiblat.




MASJID TUJUH

Masjid Tujuh didirikan oleh kaum Muslimin di lokasi yang menjadi tempat pertahanan para sahabat dalam perang Khandaq bagi mengenang dan menghormati jasa pejuang syuhada perang Khandaq. Yang dinamakan Masjid Tujuh kerana terdapat tujuh buah masjid di lokasi tersebut iaitu Masjid Fatah, Masjid Salman, Masjid Abu Bakar, Masjid Umar, Masjid Utsman, Masjid Ali dan Masjid Fatimah. 




MASJID TURKI


MASJID BILAL


Aku suka pi masjid ni sebab ada kompleks beli belah berkembaq dengan masjid.. :)


Berikut ni semua masjid yang dekat dengan Masjid Nabawi.

MASJID GHAMAMAH

Masjid ini terletak betul-betul di sempadan depan Hotel Aramas, Rasulullah SAW pernah solat di tempat ini sehinggakan dinamakan masjid Musollah dan oleh sebab itu Khalifah Umar telah membangunkan ianya menjadi sebuah masjid. Bangunan yang ada sekarang ni adalah peninggalan pembangunan Sultan Abdul Majid Al-Utsmani.




MASJID ABU BAKAR AS SIDDIQ

Masjid ini pulak terletak di sempadan belakang Hotel Aramas. Di tempat ini juga Rasulullah SAW pernah solat dan seterusnya dibangunkan sebagai masjid oleh Khalifah Umar. Bangunan yang ada sekarang ni adalah peninggalan pembangunan Sultan Mahmud Khan Al-Utsmani. La ni masjid tu tengah dalam projek pembangunan lagi.



Banyak lagi masjid-masjid di Madinah ni sebenaqnya tapi aku tak pernah pi jadi aku tak mau la letak dalam blog ni.

Setiap langkah kita menuju ke masjid, telah dikira 1 pahala kebaikan + 1 pengampunan dosa. Semakin jauh jarak rumah dengan masjid, insyaAllah, DIA akan mencukupkan balasan untuk usaha kita di hari perhitungan nanti.







No comments:

Post a Comment