السلام عليكم رحمة الله وبركاته

TETAMU ALLAH (6)

بسم الله الرحمن الرحيم

Seminggu dua ni ni aku sibuk menyelesaikan urusan wakaf dan sedekah jariah, amanah dari kaum keluarga serta sahabat-sahabat dari Malaysia. Dalam pada tu, dan juga aku dok layan tetamu Allah yang aku jumpa dalam masjid. Menjalin silaturahim terutama bila sama-sama masuk ke Raudhah. Tapi agak terkilan sikit sebab ramai yang aku tak berkesempatan abadikan gambaq untuk kenangan. Ada yang cuma dapat ambik atau bertukaq nombor telefon saja. Tapi, takpalah, panjang umoq, ada rezeki dan masa, insyaAllah jumpa lagi.

Cuma, sahabat-sahabat yang memang dah kenal rapat dan dapat info depa nak mai, boleh la aku berposing sakan.

AIDA - JITRA, KEDAH

Aida lalui berbagai rintangan sebelum dapat menjejakkan kaki ke tanah suci. Bermula dengan ditunda perjalanan dari satu tarikh ke satu tarikh yang tidak ada kepastian sampailah kepada agen mendiamkan diri tak dapat dikesan. Duit pun burnt macam tu saja. Tapi, aida tak putus asa. Dia dan suami usaha jugak untuk mai melalui agen lain. Alhamdulillah, dipermudahkanNya segala urusan. Aida mai dengan suami, adik, adik ipaq dan anak menakan. Depa masuk ke Makkah dulu seminggu barulah ke Madinah. Terima kasih Aida untuk buah tangan yang dibawa. (Minum Milo anda jadi sihat dan kuat).


Aku bawa aida pi beli jubah dan balik ke hotel penginapan dia untuk rehat. Lepas tu, aku bawa depa pi cari minyak kibas dan minyak unta. Syed, suami Aida nak beli. Jenuh ronda-ronda kotaraya Madinah kami cari dan tanya tak dak yang tau. Kesian kat Fahad, punya nak bantu tapi buntu jugak. Dah letih meronda, kami pi Aramas Hotel, lepak dan minum sambil bersembang.

Keesokan harinya barulah aku dapat maklumat bahawa selalunya minyak-minyak tu dijuai oleh ustaz-ustaz dari Indonesia. Dengan izin Allah jugak, masa pi ziarah, Aida dapat beli minyak-minyak tu di perkarangan masjid Quba dengan harga SAR50 untuk 3 botoi. Alhamdulillah.

Dah kalut dok tanya sana sini kemarin tu, esoknya ramai pulak yang bagi maklumat di mana boleh beli minyak tu. Ada hikmah di sebalik keinginan Syed berkehendak sangat nak beli minyak-minyak berkenaan. Lepas ni, kalau ada yang bertanya, aku dah tau kat mana nak cari.


KAK BADARIAH - SUBANG JAYA

Kak Badariah ni adalah emak kepada kawan Aina. Suami kak Badariah kerja dengan syarikat usahasama dari Malaysia dan Arab Saudi untuk projek membesar dan memajukan Masjidil Haram serta kawasan sekelilingnya. Suami kak Badariah sering ulang alik dari Malaysia ke Makkah. Dah hampir 2 tahun macam tu.


Kak Badariah sampai lewat tengah malam dari Makkah bersama suami. Depa terus check in di Aramas Hotel dan kami berjumpa pada keesokan harinya di hotel sebelum depa berangkat ke Makkah. Dari Madinah, depa dalam ihram untuk buat umrah.


FISHA & KAK NORSHAH - KUALA LUMPUR

Fisha ni isteri kepada sahabat baik A, Mazmadi. Mazmadi la ni dah tak kerja dengan hotel. Dia dah jadi seorang usahawan yang sangat berjaya. Tahniah dan syukur dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada sahabat kami tu. Kali terakhir aku jumpa Fisha adalah masa dia buat majlis BBQ di rumah dia. Masa tu aku dok di Kinrara nun. Sungguhpun lama tak jumpa tapi Sha masih potpet macam dulu..macam aku jugak. Peace..! Depa mai dengan 2 orang anak-anak dan kak Sha, Kak Norshah. Kak Norshah baru saja pencen. Terima kasih banyak-banyak Sha untuk ole-ole yang dibawa. Lama tak nampak daun pandan. Aku teruja nak buat pulut serimuka.. :) 

Fisha & Kak Norshah

Untuk meraikan sahabat baik, A jemput depa makan malam dengan kami sekeluarga. Kebetulan Johari (FC) di Aramas Hotel tu pernah kerja sekali dengan Mazmadi dan Fadzil (DOSales) pulak kenai kak Norshah masa depa sama-sama kerja di Pulau Pinang dulu tapi hotel lain-lain. Maklumlah kak Norshah kerja bos HR di banyak hotel dah. Orang hotel mesti kenai punya. Riuh rendah makan malam tu dengan cerita baru dan lama masing-masing.


Lepas makan malam, kami sambung bersembang di lobi sambil posing-mosing gitu. Dah lepas tengah malam, barulah kami bersurai. Keesokan harinya, lepas Asar, aku bawa Sha, anak pompuan dia dan Kak Norshah pi shopping di Bilal. Sakan depa punya borong sebab nanti di Makkah katanya nak lebihkan tumpuan pada ibadah. Lusa tu pulak, aku bawa depa pi pasar kurma.

Depa bertolak ke Makkah keesokan harinya. Aku tengok depa sungguh teruja sebab pertama kali nak tunaikan ibadah umrah.

Aku doakan semuga sahabat-sahabatku semua beroleh umrah yang mabrur dan dijemputNya ke sini lagi.  Ameen ya rabb..

Ibadah itu merangkumi banyak perkara tapi biarlah semuanya kerana Allah.




No comments:

Post a Comment