السلام عليكم رحمة الله وبركاته

KEJIRANAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku baru dapat tau yang anak Prof Kamil yang rumahnya terletak tak jauh dari rumah aku, kena culik bulan lepas dalam perjalanan ke masjid pada waktu subuh.  Sebagai saudara 'sekampung', aku jadi terkesan dari kejadian ini.  Ceritanya, masjid tu agak jauh dari rumah tapi anak bujang ni yang dalam lingkungan umur 14 tahun, nak pi jugak jumpa kawan dia di masjid tu walaupun mak dia dah melarang. Sampai di satu tempat yang agak sunyi, ada la dua, tiga orang lelaki saudi tarik dia dan pukul, tumbuk, terajang bagai.  Beg duit dia depa rampas dan depa tu cuba nak bawak dia lari naik kereta.  Tak dan jauh mana, depa berhenti sebab nak ambik barang dalam but kereta tu.  Masa tulah anak Prof dapat melarikan diri dan walaupun dikejar, dia dapat sampai ke masjid.  Alhamdulillah..

Seram dan meremang jugak bulu roma bila dapat tau berita tu.  Syamil ni dok pi masjid betui-betui depan rumah aku. Dekat sangat. Kadang-kadang, ada jugak la remaja arab yang naik motor dok sakat dia.  Depa saja press minyak motor tepi dia dan sebagainya.  Cuma, kurang bimbang sikit sebab aku boleh nampak dia berjalan dari rumah aku ni bila dia turun nak pi masjid sampai masuk dalam masjid tu.  Dan kawasan aku duduk ni tak sunyi.  Banyak blok apartments. Kalau kita di Malaysia, kiranya dalam taman perumahan dan ramai orang. Cuma, yalah kan.. dok di tempat orang, tak sama dengan di tempat sendiri.  Kejiranan depa pun tak sama dengan kita. Masing-masing dok dalam rumah saja.  Budak-budak sajalah yang riuh rendah dok main kat bawah tu.  Apa pun juga, aku selalu pesan dengan anak-anak supaya beringat selalu dan sentiasa mohon perlindungan dari Allah SWT.  Sebagai ibu, aku sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan depa. Insyaallah..

Cakap pasai kejiranan ni, sejak aku dok di Madinah ni, tak pernah aku nampak atau bertembung orang perempuan depa dalam kawasan rumah aku ini.  Cuma sekali saja, depan lif, tu pun bila aku dok tunggu lif dan depa laki bini tersilap tingkat.  Bila pintu lif terbuka depan aku, aku nampaklah perempuan arab tu dengan anak dan laki dia (gamaknya la kan?).  Huh! kot nak senyum jauh sekali nak tegoq.  Laki dia saja yang bagi salam. Masyaallah..

Orang perempuan di sini bukan jenis yang melepak petang-petang macam orang kita.  Kadang-kadang aku tinjau jugak ke bawah dari tingkap rumah aku ni.  Memang aku tak pernah nampak.  Cuma, budak-budak sajalah yang kelihatan.  Orang lelaki depa tu adalah, dok pi mai, pi mai masuk keluaq kereta atau berjalan ke masjid.

Kadang tu teringat jugak nak suaikenal dengan jiran rumah atas dan bawah. Nak hantaq cucoq kodok ka bagi kat depa.  Tapi, dengan cara depa ni macam yang aku dok observe la ni, biaq pi la dulu sat.  Lagipun, aku pun dalam kategori baru lagi di sini.  

Orang sini pada aku, tak la sombong sangat pada hakikatnya. Yang aku tengok la kan, kalau yang asli Madinah tu, cukup sopan. Dan yang aku kenai macam staf di tempat A kerja, sopan dan mesra belaka baik lelaki mau pun perempuan. Pengawal-pengawal di masjid Nabawi tu pun sama. Depa semua ni suka sangat kita menetap di sini. Pada akulah kan, apalah untungnya tunjuk sombong dengan orang dan apalah ruginya kalau buat baik dengan orang.  Sekadar senyum tak susah mana pun dan berkenal mesra serta bertanya habaq tu kira menyenangkan orang lain. Silaturahim tuuu.. Tapi, manusia tak sama.  Biaqlah masa dan keadaan menentukan. 

Islam tak suruh kita bermusuhan jauh sekali membuat kemusnahan.












No comments:

Post a Comment