السلام عليكم رحمة الله وبركاته

QISAS

  بسم الله الرحمن الرحيم

Petikan dari Fasal 47, Piagam Madinah :

"orang-orang zalim dan bersalah tidak akan dilindungi di Madinah."

Qisas adalah salah satu bentuk hukuman dalam Islam yang bererti setiap orang yang membuat kejahatan, akan dibalas setimpal dengan perbuatannya. Contohnya, kalau membunuh, hukumannya bunuh juga dan kalau mencuri, hukumannya potong tangan. Salah satu hukuman bunuh di sini adalah dipancung kepala.  Antara kesalahan-kesalahan yang membawa kepada dipancung kepala termasuklah  membunuh, merogol, merompak, mengedar dan ketagihan dadah.

Padang qisas tu lokasinya dekat dengan rumah aku.  Minggu lepas, Syafiq pi tengok macam mana hukuman pancung kepala dijalankan. Kebiasaannya, sehari sebelum hukuman dijalankan, berita mengenainya dapat dibaca di dalam akhbar harian di sini.

Padang qisas ni adalah padang kosong macam padang bola. Di depan nun, ada la tempat berbumbung. Tiba hari dan waktu yang ditetapkan, orang ramai berkumpul di padang berkenaan. Kanak-kanak akan duduk di bahagian depan macam nak tengok persembahan hiburan saja lagaknya. Yang dewasa, semuanya berdiri.  Tempat hukuman dengan orang ramai tak la dekat sangat.

Sampai waktu, van yang bawak pesalah masuk ke kawasan padang dan pesalah dibawak turun dari van.  Tak pasti pasai apa, tapi sewaktu dia nak turun tu, ada satu benda macam kertas/kain dilapik untuk dia berjalan ke tempat hukuman dan berdiri di situ.  Dekat saja. Tangan digari ke belakang dan muka pesalah dililit dengan kain hitam, tutup muka sahaja.  Hari tu, pesalah dalam lingkungan umoq 20 tahun, kecik saja orangnya, kata Syafiq. Kesalahan, membunuh.

Mengikut cerita dari orang-orang di sini, untuk mengelakkan pesalah meronta dan sebagainya, depa akan bagi ubat tidoq dulu kat dia bagi dia lena.  Dah sampai ke padang, baru depa kejut dia. Wallahualam. Dalam dok lalok tu, depa bawak dia turun dari van dan bawak ke tempat nak dijalankan hukuman tu. Pastu, depa umum la apa kesalahan dia.

Lepas daripada tu, tukang pancung yang bertugas akan bawak keluaq pedang panjang dia dan seterusnya dia rapatkan muka ke telinga pesalah tu. Syafiq tanya orang-orang di sini, depa habaq kata tukang pancung tu berbisik ke telinga pesalah tu suruh mengucap dua kalimah syahadah. 

Setelah dari itu, dalam sekelip mata saja dia hayun pedang (sebelah tangan pulak tu..!) dan siapppppp..terus pancung.  Kepala pun terpisah dari badan, jatuh bergolek beberapa meter dari tempat pancung tu.  Darah taklah memercik sangat tapi nampaklah tukang pancung tu mengelak sikit, takut kena kaki dia gamaknya.  Wallahualam.. Kata Syafiq, meremang bulu roma dia bila tengok kepala terpisah dari badan orang tu.  Tapi, orang lain biasa saja.  Mungkin dah selalu sangat dok tengok kot.

Selesai hukuman, depa biaq dulu kepala dan badan bergolek di situ. Pegawai-pegawai depa dok tulis la catatan itu ini.  Dalam pada tu, orang ramai dah beredar macam wayang baru selesai saja gayanya.  Tak lama dari tu, barulah diangkat kepala dan badan tadi.

Lepas dengaq cerita dari Syafiq, aku rasa biasa saja mula tu.  Tapi, bila lalu di padang tu, aku pun tak tau pasai apa, aku rasa satu macam.  Rasa macam disiat-siat dalam perut aku ni.  Kecut, debar, semua ada. Aku dok terbayang mcm mana penerimaan keluarga sipesalah.  Aku tak semena-mena dok cuba masuk dalam kotak fikiran mak sipesalah tadi.  Jadi tak tentu arah sat minda aku masa tu.  Allah, Allah ya Allah.. 

Naluri keibuan aku tersentuh sat dan aku jadi kesian.  Ibu mana yang tak sayang anak walaupun anak tu jahat macam mana sekali pun. Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Macam tulah kita manusia.  Ada tingkat keimanan dan perasaan.  Ada orang yang langsung tak tersentuh dengan kejadian yang menimpa orang lain dan ada yang terlalu tersentuh siap menangis bagai. Ada yang mulut saja kata kesian. Ada yang tak kata apa-apa tapi mendoakan yang terbaik. Macam-macam ada..

Aku kata kat anak-anak, ajal dan maut di tangan Allah SWT.  Tapi, kita berdoa dan mohonlah kepada Dia untuk mati dalam keadaan yang paling tidak menyakitkan dan dalam iman kita yang sempurna. Tapi sebelum tu, jomlah kita manafaatkan segala waktu yang Dia bagi dengan berusaha dan beribadah untuk dunia dan akhirat mengikut landasan yang diredhai dan jadi hamba-hambaNya yang bertakwa.

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan Islam, dengan membawa iman dan dengan husnul khatimah.  Ameen ya rabb..



No comments:

Post a Comment