السلام عليكم رحمة الله وبركاته

HYPER, SUPER, MINI & VEGETABLE MARKET

بسم الله الرحمن الرحيم

PANDA HYPERMARKET

Cakap pasai segala market ni, di Madinah ni pun ada Carrefour. Tapi aku berkenan dengan hypermarket yang satu ni sebab nama dia lain dari yang lain iaitu Panda. Comel saja nama tu kan? Macam aku jugak.. Hehe :p

sebahagian dari ruang roti di Panda
Kalau nak beli barang-barang keperluan, kadang-kadang aku suka jugak pi ke Panda ni pasai dia dok dalam mall besaq. Jadi, lepas beli barang-barang keperluan, dapat la aku ronda-ronda tengok barang-barang yang bukan keperluan sekali di kedai-kedai lain dalam mall tu. Tak beli pun takpa, asalkan dapat jamu mata. Panda ni ada di beberapa tempat bukan satu saja.

Roti : Kalo section roti tu tak payah cakaplah. Punya besaq ruang untuk roti dan kek.  Maklum, roti memang makanan ruji depa.  Segala mak nenek roti ada sampai aku pun tak tau nak beli roti mana.  Mau tongkoi punya ka, buku punya ka, yang macam pinggan ka, panjang ka, lembut ka, keras ka, ada belaka.  Pulak tu macam-macam jenis rasa dan saiz. 

Roti yang dalam peket sebijik-sebijik bermacam jenis ada. Aku paling suka croissant depa yang dipek sebijik-sebijik, lembut dan ada 3 filling ; strawberrytoffee dan coklat. Toffee tu rasa macam kaya. Aku paling suka strawberry. Sekali beli, mau lebih 20 biji. Seisi rumah aku suka makan croissant jadi ibarat pucuk di cita, satu pokok sudah mari. Lol.. Kalau di Malaysia, dok angkut beli roti krim planta tu, di sini, yang ni pulak.  Alhamdulillah.

Rempah ratus : Yang paling aku teruja sekali bila pi bahagian rempah ratus.  Perghhhh.. berpuluh-puluh jenis rempah ratus yang aku tak pernah tengok dan dengaq sebelum ni.  Sekadar belek saja la.  Aku ni bukan ahli masak, so tak pandai la nak beli semua tu.

Makanan laut : Yang ni sama la macam kita di sana.  Cuma, ikan depa terhad.  Setakat hari ni, aku tengok ada ikan kerapu, kerisi dan ikan temenung (ikan kembung).  Ada jugak satu dua jenis ikan yang aku tak kenai.  Lepas tu, ada sotong, ketam dan udang.  Harga pun tak la mahai sangat.  Lebih kurang kita di sana jugak. 

Selain dari yang fresh tu (tak la fresh sangat sebenaqnya, macam yang kita biasa tengok dan beli di Tesco dan sebagainya tu la), ada jugak sotong, ikan dan udang yang dibekukan.  Jenis peket-peket ni memang banyak sungguh di sini.  Orang sini suka kot. Aku pernah beli udang beku sepeket, balik buat sambai tumis.  Tak sedap dan tak puas makan walau pun dah di masak.  Macam tak masuk rasa sambal dalam udang tu. Atau aku yang tak pandai masak..!?!

Frozen : Di sini cukup banyak makanan frozen dan bukan setakat 3 atau 4 pengeluar untuk satu-satu jenis tu tapi berpuluh. Orang depa memang arif berniaga dalam industri makanan frozen kot. Sebagai contoh, nugget, sosej, udang, samosa dan semua yang sewaktu dengannya. Satu jenis makanan yang sama ada banyak keluaran. Jenuh biru mata hitamku nak memilih. Kena cuba beli tiap-tiap jenis kalau nak tau mana satu sedap.  Setakat hari ni, yang aku dok angkut beli nak cari yang mana sedap, tak jumpa lagi la. Kalau nugget, sedap ayamas kita punya lagi.  Depa punya, macam tak cukup rasa.  Tak umpphh..!

Minyak  masak : Minyak masak di sini memang mahai siot..! 1.9 liter tu dalam rm17.  Rasanya minyak masak Seri Murni kita tu, dalam rm6 lebih saja untuk 2 kgs. Lain-lain tu aku tengok lebih kurang sama saja dengan kita.

Sabun basuh kain : Yang ni memang aku kurang suka. Semua sabun basuh kain depa punya la kuat bau. Lepas tu, serbuk sabun depa pun kasaq. Macam tu jugak pelembut kain depa. Bau kuat yang amat sampai menyucuk lubang hidung. Aku pun tak tau pasai apa. Bubuh sikit dah tak praktikal pulak, bila bubuh banyak bau kuat sangat. Sabaq sajalah. Pulak tu, mahai sangat..baik sabun maupun pelembut kain.


Sos cili : Inilah satu barang yang payah nak cari di sini. Depa sini makan sos tomato belaka. Di restoren makanan segera pun sama. Pasai apa, aku pun tak tau. :-? Kalau ada pun, sos cili produk Indonesia iaitu Indomie. Mungkin sebab di Jeddah ada kilang Indomie.

MANDARIN SUPERMARKET

Kalau nak beli barang keperluan yang sikit-sikit perlu ditambah atau nak cepat, aku biasanya beli di Mandarin Supermarket yang dekat sangat dengan rumah aku. Boleh jalan kaki saya pi situ. Kebanyakan barang-barang yang ada di Panda, ada jugak di Mandarin ni. Mandarin ni memang popular di sini. Ianya jugak jadi landmark untuk sapa-sapa yang nak mai ke daerah yang aku menetap ni.



banana flavoured milk
Di Mandarin ni jugaklah aku mula tau dan selalu dok angkut beli minuman banana flavoured milk. Dah memang aku ni suka minum banana milk shake, bila dapat yang dalam kotak boleh simpan dalam peti sejuk, jadi mudah pulak rasanya. Boleh la aku selang seli ganti minum dengan susu ni dengan soya bean yang memang kesukaan aku jugak.
sebahagian dari makan dinginbeku di Mandarin

BADARUDIN/VEGETABLE MARKET

Tapi, untuk makanan laut fresh dan jugak sayur-sayuran, elok pi pasar segar depa di sini. Depa panggil Badarudin atau Vegetable Market. Sini semua nya fresh belaka.

Kawasan pasar ni luas. Di sini juga ada banyak kedai-kedai borong segala keperluan asas seperti beras, makanan frozen dan sebagainya. Semuanya terletak di dalam kawasan masing-masing so senang la kita nak beli apa dan nak tuju ke mana. Aku suka kawasan Badarudin Market ni sebab teratoq dan agak bersih.

Di satu bahagian di dalam kawasan market ni  ada pulak kedai kapet, langsir dan perabot rumah yang berpatutan harganya.

ASEAN CENTER MINI MARKET

Di sini paling selesa kalau nak cari sayoq atau barang keperluan dari Asia. Setakat hari ini, aku tengok sawi, serai, petai, ikan kering dan sebagainya. Kebanyakan barang keperluan dapoq adalah dari Indonesia dan Thailand.


Di sinilah jugak aku dapat beli ayaq soya bean kegemaran aku. Harga di sini SAR8. Kalau di hypermarket dan supermarket memang tak dak. Memang produk kita pulak tu. Malaysia bole..!





Kita hidup untuk makan atau kita makan untuk hidup..?





2 comments:

  1. Assalamualaikum yati.. seronok baca blog you.. menghiburkan.. take care my dear ..:) -Anita jamal-

    ReplyDelete
  2. alaikumsalam ya habibi..syukran n alhamdulillah.just sharing experience living here. setiap yang baik itu dtgnya dari Allah swt jua..

    ReplyDelete