السلام عليكم رحمة الله وبركاته

ADAT RESAM, AMALAN & PANTANG LARANG

  بسم الله الرحمن الرحيم

Semua perkara-perkara ini ikut negara, negeri dan masyarakat setempat serta apa yang depa amalkan.  Kita di Malaysia pun  tak sama. Utara macam tu, selatan macam gini, pantai timoq macam gitu dan sebagainya.

Orang-orang di sini pun sama. Setakat yang aku tau hari ni laa..

BERSALAMAN

Memang berbeza sangat-sangat dengan amalan kita.  Depa di sini tak suka dan tak bagi kita cium tangan depa sebagai tanda hormat orang muda kepada orang yang lebih tua.  Pada depa, kalau kita buat macam tu, maknanya macam depa tu mulia dan sempurna sangat sedangkan depa tak rasa macam tu.

Tapi, kalau nak cium tangan, ciumlah tangan bayi.  Pada depa, bayi tu suci dan tak dak dosa.  Yang ni aku dah lama tau.

KELUAQ SHOPPING

Kalau nak keluaq pi shopping, kebiasaannya masyarakat sini pilih untuk keluaq lepas solat Isyak.  Bagus jugak cara depa ni.  Aku pun suka sebab kita tak yah dok pikir solat tak buat lagi tengah-tengah dok shopping tu. Nak berhenti solat dalam shopping complex pulak kadang kena tunggu (dugaan tu..), kadang tak pasti pakaian kita masa tu betui-betui bersih untuk dibawa bersolat atau tidak dan macam-macam lagi.  Pastu, kadang-kadang tu, kita ni, dah balik rumah, letih, langsung tak buat pun boleh jadi.

Tu sebab shopping mall dan kedai-kedai depa buka sampai pukul 12 tengah malam.  Hari Rabu dan Khamis, depa buka sampai pukul 1 dan ada yang sampai 2 pagi.  Jadi, santai la para pengunjung nak membeli belah.

Malam hari, dari lepas waktu Isyak, sibuk dan meriah di sini.  Kalau kita, dalam pukul 10 malam macam tu, dah tutup habih kedai.

Dalam shopping mall depa sentiasa ada mutawaf berkeliaran.  Kita boleh kenai mutawaf depa tu, pakai jubah putih dan macam alien saja cara depa usya orang keliling.  Kerja mutawaf ni adalah untuk tangkap sapa-sapa yang dilihat melanggar undang-undang.  Contohnya, pompuan mekap tebal sangat ka, pompuan tak tutup aurat sewajarnya ka, pompuan muda jalan tanpa mahram ka dan semua yang sewaktu dengannya.


KHUSUS KELUARGA & POMPUAN SAHAJA

Ada jugak shopping mall depa di sini yang khas untuk orang berkeluarga saja.  Kalau ada orang lelaki perseorangan masuk tanpa ada orang pompuan bersama, kena halau la.  Kalau tak, kena tangkap.  Jadi, kena tau la wahai kaum lelaki, jangan hentam keromo saja redah sana sini bila mai Madinah ni.  Orang pompuan tu kita faham dah, tak boleh jalan sendiri tanpa mahram.

Lepas tu, ada kedai-kedai makan di bumi Madinah ni, kalau nak beli 'tapau' makanan, orang pompuan ada lorong/ruang khas yang disediakan, 'berpartition' gitu. Selesa sungguh rasanya. Taklah risau sangat kalau 'toooot' nak berlanggaq ka apa ka sebab pompuan belaka.

KEBEBASAN WANITA

Pompuan di sini boleh disimpulkan sebagai tak bebas terutama yang kanak-kanak hingga kategori remaja dari umoq baligh sampai umoq lebih kurang 25 tahun macam tu.  Golongan ni tak boleh suka-suka berjalan sana sini sendiri tanpa ditemani mahram atau ibu.  

Ini adalah satu bentuk undang-undang di sini untuk tujuan keselamatan dan untuk mengelak gejala sosial dan jenayah. Aku rasa undang-undang ni serba sikit memang berkesan dan membantu.

Kalau umoq dah lebih 30an ke atas, tak ada larangan dan halangan.  Macam aku ni.. :) tapi pun tengok tempat jugak.  Kalau dalam shopping mall, jalan sorang-sorang, kena tangkap masuk lokap.  

SUMPAH

Depa sini tak kira umoq berapa atau sapa, cukup berpegang pada sumpah. Kalau depa berani bersumpah, maknanya depa memang bercakap benar. Contohnya, kalau kena tahan dengan polis, depa ni tak akan bercakap bohong dengan bersumpah just because nak lepas diri.  Walau pun depa tau, kalau depa bersumpah, confirm polis lepas.  Pada depa, kalau dah salah dan kena heret pi balai, depa pi la.  Depa tak akan nak bersumpah tak tentu hala dan suka-suka.  Maknanya, depa tak main-main dengan sumpah.

Kalau sesetengah orang kita..?  Lu pikir la sendiri labuuuu..

AMANAH

Macam tu jugak amanah.  Kalau dah satu-satu barang tu kita sebut amanah untuk seseorang, depa tak akan cuba nak buka barang tu.  Perkataan amanah tu dah cukup untuk buat depa percaya kat kita. Ini tak termasuk orang mendatang.

WAKTU SOLAT

Kedai-kedai di sini bukak pukul 9 pagi.  Lepas tu 10 minit sebelum masuk waktu solat Zohor sampai waktu Asar depa tutup.  Depa bukak balik lepas solat Asar. Waktu Maghrib dan Isyak pulak, 10 minit sebelum masuk waktu solat, kedai-kedai semua kena tutup.  Ini semua atas arahan pemerintah. Bila dah dengaq announcement tu, kalau tengah sedap shopping, kena keluaq la. Samada balik atau melangut tunggu sat di luaq kedai  atau dok dalam kereta.  Itu untuk orang-orang yang tak mau solat lagi masa tu atau tak boleh solat. 

Dalam pada kedai tutup tu, boleh tengok la atas jalanraya, kereta peronda penguatkuasa depa, dengan hailer, depa dok laung suruh orang pi solat.  Kalau kita, ada jugak la macam gitu kan..?  Tapi, lori suratkabar lama atau bagitau ada promosi di supermarket mana-mana.

INSYAALLAH

Ni satu bab yang boleh buat angin jugak satu badan.  Depa ni, kalau kata insyaallah tu, maknanya tahun depan belum tentu tertunai apa-apa yang dijanjikan.  Insyaallah esok ka, lusa ka, jarang sekali nak tepat. Mai esok, dia kata insyaalah esok lagi dan lagi dan lagi. Memang tak boleh pakai. Macam kita, at least insyaallah diucapkan untuk sesuatu yang pasti cuma kita bersandaq dengan izin Allah.  Betui la kan, dengan izin Allah jugak belaka tapi yang buat tension tu, tak dak titik noktah depa punya insyaallah tu.  Kena tunggu sajalah sampai jadi realiti.

KAHWIN

Depa sini, maskawin paling sikit 25 ribu dan paling tinggi 2 juta.  Tu tak termasuk lagi hadiah untuk anak dara, makpak dan adik beradik anak dara, sewa dewan, catering dan sebagainya. Kalau kita di Malaysia, buat ikut kemampuan walau pun ada yang berhutang kan..!? Depa dak, majlis kawin kena buat nalla punya besaq.  Pastu, kereta pengantin depa lukis macam-macam tanda 'cinta' gitu. Ada jugak yang letak segala riben dan semboq-semboq cat liplap bagi nampak kelainan.


Dewan untuk orang lelaki sebelah-sebelah dengan dewan untuk orang pompuan.  Untuk pompuan memang special sikit sebab depa ada tari menari sekali. Di sini pun depa buat majlis kawin during weekend.  Waktu makan majlis kawin depa pulak start paling awai pukui 10 malam, dan selalunya habih dah nak subuh.  Makanan untuk lelaki, depa serve pukul 10 malam macam tu.  Pompuan pulak pukul 2 pagi.

Di sini, bak kata depa, orang lelaki tak dak harga.  Lol..  Kebanyakan makpak sama naik dengan anak dara depa, demand..! Tapi, dengaq cerita, ada jugak kes anak-anak dara sini yang pi buat repot sebab depa nak kahwin tapi makpak depa demand duit belanja tinggi sangat sedangkan depa tak kisah.  Tapi, so far, takda la apa-apa tindakan pun.  Kesian kan kat anak-anak depa..? Tapi, satu la bagus, anak-anak depa patuh.  Takda la sampai kawin lari bagai.

Makpak di sini sanggup bagi anak-anak dara depa menikah dengan sepupu sepapat asalkan boleh bayaq maskawin yang mahal dan boleh bagi macam-macam kat keluarga pompuan tu. Mampuih berak sembelit la pihak lelaki.

SENDAWA (BELEHAK)

Yang ni jenuh jugak.  Orang-orang di sini paling tak suka kalau kita belehak depan depa.  Kiranya belehak yang bunyi kuat. Pada depa, tu kira biadap.  Tapi, kalau kentut pada depa takpa. Kitalah pulak tak gamak nak kentut bagi bunyi depan orang kan? Sebab pada kita tu lagi kurang adab namanya.  Dengan bau lagi. Huh..! Lain la kalau kentut yang takdak bunyi. Kentut yang ditahan dan terkeluaq jugak bunyi ala-ala terapit pun dah buat kita sendiri malu, inikan pulak kebabom.. kaaaannn..?



AMBIK GAMBAQ DALAM PUBLIC

Ha, yang ni kena jaga-jaga kalau dalam pekan atau kawasan membeli belah ka, kawasan mana-mana pun la di sini.  Pompuan sini memang cukup ‘takut’ dengan camera.  Kita pun jangan dok suka-suka nak ambik gambaq kalau kebetulan ada pompuan depa kat situ atau tempat yang kita target tu.  Kalau selamat, selamat la kan..?  Tapi, kalau silap haribulan, ada la mutawaf mai cekup kita, masuk lokap tak pasai-pasai.

Duduk di Madinah ni, satu perkara yang dapat aku ungkapkan.  Kena kuat S A B A R dan bertenang selalu.


Sabar itu separuh dari iman.



No comments:

Post a Comment