السلام عليكم رحمة الله وبركاته

IQAMAH

 بسم الله الرحمن الرحيم

Iqamah kalau menurut kamus adalah ucapan yang dibuat waktu solat nak bermula.  Intro atau pengenalan la maksudnya untuk kita faham secara ringkas.

Kad pengenalan untuk orang yang duduk sini pun depa panggil iqamah.

Dua minggu lepas, kami 3 beranak pi buat medical check-up untuk iqamah. Tak payah puasa bagai. Depa sekadar ambik darah dan x-ray. X-ray pun tak payah buka baju dan bra. Ayaq kencing pun depa tak ambik. Sempoi saja.

Masa di klinik tu, dalam dok menunggu, aku dok perhati tengok gelagat orang ramai yang masuk ke situ.  Masuk saja klinik, depa suka-suka saja redah tolak pintu bilik-bilik yang dok ada.  Tak kira la bilik doktor ka, bilik juru x-ray ka, dan segala bilik yang dok ada lah kiranya.  Dah tersilap bilik, selamba saja depa tutup pintu tu lepas tu pi tolak pintu bilik lain pulak.  Nak tergelak pun ada, heran pun ada sebab kita tak macam tu. Kita sopan dan beradab gitu, betui dak? Sabaq sajalah..

Doktor di klinik tu aku tengok, kebanyakannya warga India dan Pakistan. Pompuan pun ada. Juru x-ray tu pun sama, orang Pakistan. Ni nak story sikit. Masa lepas x-ray, juru x-ray tu boleh pulak dok sembang sakan dengan aku.  Gamaknya dengan orang lain pun dia macam tu jugak kot. Setakat tanya dari mana dan soalan berkaitan iqamah tak pa jugak, kita pun faham. Ni dia siap buka youtube dalam handphone dia, tunjuk video anak dia jadi imam solat jumaat, umoq 8 tahun. Teruja sat aku masa tu. Lepas tu cerita pasai anak bini dia segala. Mesra alam la pulak mamat tu. Kena dengan aku yang memang cepat mesraaaaaaaa ni.  Hehe.. Tak kisah la dia nak berkongsi semua tu tapi yang aku ni pulak dok tak berapa nak selesa sebab dok ingat orang yang ramai dok menunggu di luaq tu. How la kalau setiap orang dia dok bawak bersembang macam tu..?  Kena S A B A Q banyak-banyak la jawabnya.  

Alhamdulillah, minggu lepas iqamah kami 3 beranak dah siap. Cepat la pulak, seminggu saja. Ada yang aku dengaq sebulan baru siap.  Rezeki.  



La ni kami sekeluarga dah jadi sebahagian dari warga Madinah tapi taklah secara mutlak. Apapun juga, Malaysia tetap di hati.  Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat main selut. Tapi, bezanya, hati jadi melekat di sini adalah Madinah ni bumi Rasul, tempat bersemadinya Nabi junjungan kita, tempat untuk beribadah yang sungguh mulia, suci dan bermakna untuk semua umat islam di dunia ni.  Itu adalah suatu anugerah dan nikmat dari Allah SWT yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.  Hanya yang terpilih saja dapat merasainya.


Terima kasih Allah..

2 comments:

  1. uwaaaaa... jgn aa lupa kt org yg jauh ni.. windu akk :'(

    ReplyDelete
  2. tak lupa..lekat d hati.cuma kesibukan harian kita masing2 buat kita xsempat nak roger2. miss u more aida.. :)

    ReplyDelete