السلام عليكم رحمة الله وبركاته

SENARIO KEBIASAAN DI MASJID NABAWI


 بسم الله الرحمن الرحيم

Bila dah duduk menetap di Madinah ni dan selalu dok ulang alik pi masjid Nabawi, lama-lama dah faham akan senario kebiasaan di situ.

ISNIN & KHAMIS

Di dataran masjid, menjelang waktu Maghrib terutama pada hari Isnin dan Khamis dan hari-hari terpilih dalam kalendar islam yang disunatkan berpuasa, akan kelihatan kumpulan-kumpulan jemaah dok hampaq saprah.  Lepas tu, depa hidang makanan seperti kurma, beberapa jenis roti arab, manisan, teh o, teh susu dan yogurt. Ada di antara depa ni yang memang kerja rutin depa buat semua ni.

Sesekali, bila kebetulan aku pun puasa hari tu, ada jugak la aku pi join duduk berbuka puasa sekali dengan depa.  Memang seronok, sambil makan sambil sembang ala-ala ayam dan kambing gitu. Lol..

Yang bestnya tu, masa tengah berhidang, sampai part roti, depa akan koyak-koyak dan baling roti tu sana sini atas saprah. Roti depa kan besaq, so depa kena koyak la.  Teruja aku tengok.  Teh pulak depa letak dalam termos flask. Kurma dalam cawan plastik.  Yogurt memang dalam bekas siap macam kita beli kat kedai. Yogurt depa tu dipanggil ladam. Aku pernah rasa tapi masam. Aku kurang minat. Kalau dapat, aku bagi kat jemaah lain.

SEDEKAH

Di luaq masjid selalu ada jemaah yang sedekah makanan.  Lepas solat, nanti ada la yang bagi sedekah makanan seperti nasi, roti, kurma, manisan, pasta, biskut, kacang, wafer dan sebagainya. Kadang-kadang tu aku tengok jemaah rupa ala-ala india pakistan bangla yang paling ramai suka berebut bila nampak orang dok bagi makanan.  Sanggup bangun meredah saf sebab nak pi minta sedekah tu.  Yang bestnya, depa ni ada yang dua tiga kali dok ulang pi mai pi mai mintak sampai dua tiga bahagian sorang.  Kadang tu orang yang dok bagi sedekah tu pun angin jugak dibuatnya.

Dalam masjid pun tak terkecuali. Tiap-tiap hari mesti ada jemaah bersedekah.  Macam-macam la yang disedekahkan seperti tasbih, gula-gula dan minyak wangi.  Aku buat koleksi la tasbih tu buat masa ni dan nanti bagi kat sapa-sapa pulak, panjangkan pahala sedekah.  Kalau minyak wangi tu, depa bukan bagi sebotoi, depa cuma calit sikit kat tangan ka, baju ka dengan izin kita jugak la tu pun.  So, kalau kena tegoq dengan jemaah pompuan yang nak calit minyak wangi, terima sajalah sedekah tu.  Jangan dok buat muka takut satu macam seolah-olah orang tu nak calit minyak senyonyong pulak. Tapi, kalau di tempat kita, jangan dok terima calitan sedekah minyak tak pasai-pasai.  Satni, kot dok cakap siam sorang-sorang, naya punya kes. Lol :p

SAF

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bermaksud :

"Luruskan saf, kerana ia adalah kesempurnaan dalam mendirikan solat." - Hadis riwayat Bukhari & Muslim.

Masalah meluruskan dan merapatkan saf adalah satu hal yang selalu dipandang remeh oleh jemaah. Memang la sah solat kita tapi tak sempurna. Merapatkan saf ni selalu kita di Malaysia pun dengaq imam dok seru bila nak solat berjemaah.  Kalau tak penting, takkan la seorang imam nak seru macam tu kan..? Di sini pun sama.

Tapi, sedih nak cakap, di sini dari apa yang aku dok perasan, saf di jemaah pompuan selalu putus dan berselang kosong sana sini.  Sedih aku tengok kadang-kadang tu. Paling menyedihkan ialah, minta maaf cakap ni, dalam masjid Nabawi tu, aku dok tengok muslimah Malaysia (tak semua la kan..) selalu tak peka akan hal ni. Kadang tu jemaah lain dok panggil ke depan penuhkan saf, jemaah kita boleh dok geleng-geleng kepala (macam menolak pelawaan orang ajak makan pulak gayanya), berdiri jugak di tempat group depa.  Kadang tu ada 4 orang, kadang 2 orang.  Yang lagi dikesalkan, boleh pulak depa ni dok suruh jemaah belakang depa pi ke depan.

Menurut sunnah, 3 perkara yang dituntut dalam solat berjemaah adalah :

1)   merapat dan meluruskan saf
2)   memenuhi ruang kosong di antara jemaah di dalam saf
3)   memenuhi saf yang depan dulu, kemudian yang seterusnya.

Ada jugak yang buat acuh tak acuh dan terus solat tanpa peduli depan depa kosong atau ada jarak antara depa dengan jemaah kiri atau kanan. Kesudahannya, depa solat satu group depa saja berjarak dari jemaah lain. Terkilan dan mengkelan, tapi nak kata apa kan? Kesian..

Rasulullah SAW ternyata pernah bersabda bahawa :

"Saf yang tidak dirapatkan antara bahu-bahu itu akan mengakibatkan kemasukan syaitan di antaranya, lalu ia merosakkan solat kamu (menghilangkan rasa khusyuk) - Hadis riwayat Ahmad.

Tapi, aku cukup tabik jemaah dari Indonesia.  Depa ni, kalo orang panggil nak ke depan ka, nak sambung saf ka, akur saja tanpa buat derk atau dok toleh kiri kanan nak suruh jemaah lain. Kalau kita ni tak tau, terimalah apa yang baik dari orang lain kerana setiap yang baik itu adalah dari Allah SWT.

Ada jugak jemaah dari negara-negara lain yang suka letak beg/barang depa di sebelah.  Kiranya tempat untuk sorang jemaah tu depa dah ambik, jadi rengganglah saf. Macam manalah umat islam di dunia ni nak bersatu kalau bab semudah menguruskan saf solat berjemaah dalam masjid pun kita tak boleh buat dengan muafakat.

KAWALAN KE ATAS KANAK-KANAK

Ini satu hal yang memang tak dapat dibendung.  Kalau solat di dalam masjid, insyaallah, kurang la gangguan walau ada yang bawa anak-anak masuk dan ada ruang untuk yang bawa anak-anak.  Setakat bayi nak menangis tu, kita faham. 

Tapi, kalau solat di dataran iaitu di luar masjid, maka kena kuatlah bersabaq.  Budak-budak dari umoq 4-12 tahun, baik lelaki maupun perempuan memang tak dapat dikawal.  Depa ni akan berlari, bermain entah apa-apa hinggakan melanggaq dan mengganggu jemaah dok solat. Hingaq tak sangga. Depa tak kira sejadah kita ka, kita tengah sujud ka, depa berlari-lari celah saf tanpa rasa bersalah. Depa main redah ikut dan saja. Macam la ni kan musim umrah padat, lagi jenuh. Terganggu jugak sesekali kita tengah solat tapi lama-lama dah jadi normal untuk aku.

Nak salahkan mak depa pun tak boleh jugak. Mesti depa dah pesan kat anak-anak.  Tapi, tah la.  Kot memang tabiat budak-budak depa lagu tu. Aku tengok selalunya anak-anak orang dari negara-negara sebelah sini la yang berkelakuan macam gitu.  Sayangkan anak, biaq pi ke depa lah.. Boleh gitu? 

SOLAT MELEPASI KEDUDUKAN IMAM

Aku tak pernah nampak lagi orang solat macam ni tapi mengikut kata A dan orang-orang yang dok sembang dengan aku di sini, selalu ada.  Katanya depa ni puak syiah, selalu solat di bahagian melepasi kedudukan imam di dataran Nabawi.  Kalau nampak kumpulan dok bersolat di depan melepasi kedudukan imam dalam masjid,  siap ada letak batu bagai di depan tempat sujud depa tu, ha.. puak tulah.




Adalah jugak difahamkan puak ni selalunya pi solat selepas selesai solat fardhu.  Tatacara solat depa pun berlainan.  Serupa nak menurun pun ada. Pulak tu, solat depa tak betui-betui mengadap kiblat, senget. Wallahualam bissawab..

Setiap yang buruk itu dari kita dan yang baik itu dari Allah SWT jua.

No comments:

Post a Comment