السلام عليكم رحمة الله وبركاته

ARAMAS MADINAH HOTEL

 بسم الله الرحمن الرحيم

Awai minggu lepas, Aramas Madinah Hotel buat trial run sebelum soft opening minggu selepas tu. Kami sekeluarga adalah di antara jemputan khas untuk stay in dan memberi komen dari semua sudut termasuk makanan. Wah, apa lagi..dah lama tak duduk di hotel, celapak la kami anak beranak untuk 3 hari 2 malam menginap di hotel tersebut. Aku suka sangat lokasi hotel tu sebab bersempadan dengan masjid Nabawi.



Cantik hotel ni. Hotel baru katakan. Paling teruja dan bangga sebab Aramas tu maknanya Arab Malaysian Hospitality. Kombinasi Arab punya kreativiti dengan Malaysia punya adab dan kesopanan. Boleh? Ok la tu.. Aku suka kombinasi rona langsir dan sofa di lobi hotel, maroon dan kelabu.  Like3..! Masa kami sampai, pekerja-pekerja baru dok susun atoq sofa di lobi hotel.



Kami dapat duduk di Bunga Raya Suite, suite dengan 2 bilik berasingan. Rasa macam nak nyanyi lagu Negaraku sat depan pintu tu bila nampak perkataan bunga raya. Macam dok di Malaysia pulak aku rasa. Rindu Malaysia. Lain-lain benda di dalam bilik hotel tu sama saja dengan hotel-hotel lain.  


Satu benda yang aku suka adalah sejadah hotel tu. Lawa dan satu kelainan sebab selalunya tengok nama dan logo hotel di tuala dan amenities yang lain saja.  Ini di sejadah. Warna pulak hijau, salah satu warna kesukaan Nabi junjungan kita. Masyaallah tabarakallah..



Restoren dan coffee house tak siap lagi. Dalam proses dok masukkan meja dan kerusi. Cuma percubaan bilik dan makanan dari room service saja dulu. Bila waktu makan saja, kami anak beranak order makanan dari menu, tukaq-tukaq tiap waktu. Yalah kan, nak cuba dan komen. Aku suka sangat ulang order Prawn Beriani. Perghh, sedapp..! Lupa sat kat sang kolesterol :p

Sat saja 3 hari 2 malam berlalu. Lepas tu, kami pun baliklah ke rumah kami, syurga kami. Tak kira di mana saja kita berada, yang penting dan lebih membahagiakan adalah bersama-sama keluarga tercinta.  Insyaallah..

Terima kasih Allah..





2 comments:

  1. ske2 best2 :D Aida baca cerita akk ni kn mcm akk tgh berbual dgn aida tau. ske sgt bila dgr akk bbual.. uwaaaaa... rindu kt akk :'( (/me menaip smbil kesat air mata.. soopp..soopppp)

    ReplyDelete
  2. :) memang berbual pun.. bercerita dan berkongsi pengalaman macam selalu cuma ni melalui huruf2..

    ReplyDelete