السلام عليكم رحمة الله وبركاته

TETAMU ALLAH (1)

 بسم الله الرحمن الرحيم

Rutin harian aku bertambah dan agak sibuk sejak minggu lepas.  Tapi, taklah sesibuk first lady.  Hehe..  Tetamu-tetamu Allah yang merupakan sahabat dan rakan serta taulan dok mai. Sambil beribadah, dapatlah juga kami melepaskan rindu.  Wah..! rindu gitu, syahdu.. 

DATIN ROZI - BUKIT ANTARABANGSA

Datin Rozi mai, aku tak tau. Tapi A tau depa laki bini nak mai cuma A tak mau habaq kat aku.  Nak surprise aku konon la. Laaagi.. Datin Rozi ni aku kenai sejak dia tak dak title datin lagi.  Tapi, la ni dah jadi datin, aku respect la kawan, aku panggil dia datin. Rupanya depa tak tau yang aku pun dah mai dok di Madinah ni.  Depa dok ingat A sorang saja. Bila nampak aku, terkezut la depa tu.


Dato dulu kawan dengan A, kerja dalam satu group syarikat. Lepas tu pernah jadi boss A satu ketika selepas tu. Jadi hubungan aku dengan Datin jadi bertambah rapat dari situ.  Pun begitu, hormat tetap ada sebab dia bini boss.

Dato belanja kami makan malam di hotel tempat depa menginap. Terima kasih Dato. Lebih 4 tahun tak jumpa, sembang 3 jam pun rasa tak cukup masa. Makcik (mak dato) pun mai sama. Lagi rancak kami bersembang sebab makcik memang biasa dengan aku. Aku pun dah pernah pi rumah makcik di kampung dia.

Depa bertolak ke Makkah lepas solat zuhur keesokan hari.

KAK INA - BANDAR KINRARA

Sehari lepas tu, Kak Ina dari Bandar Kinrara pulak mai. Kak Ina ni salah sorang ahabat aku masa menetap di Bandar Kinrara dulu. Dia mai dengan mak, abang dan kak ipaq dia. Aku jumpa Kak Ina di masjid Nabawi.  

Dalam pukul 9 malam tu, aku bawak Kak Ina dan keluarga dia masuk ke Raudhah. Alhamdulillah. Aku bagi peluang dan tolong 'jaga' depa 3 orang solat sunat dan berdoa sepuasnya di Raudhah. Lega rasanya bila tengok depa dapat solat walau kena langgaq jugak dengan jemaah lain. Terharu aku tengok Kak Ina menangis-nangis sambil berdoa. Betapa seorang hamba Allah yang begitu lama dok berharap dan berdoa nak mengerjakan umrah serta menziarahi masjid Nabi serta Raudhah khasnya telah mendapat perkenan Allah untuk apa yang didoakan. Semuga Allah SWT makbulkan segala doa Kak Ina di Raudhah. 

Lepas tu, Kak Ina bawak aku pi hotel tempat depa menginap.  Macam-macam buah tangan dibawa Kak Ina untuk aku. Yang dipesan dan yang tak dipesan, ada belaka. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak buat Kak Ina.

Aku tak dapat nak bawak Kak Ina berjalan-jalan di Madinah sebab Kak Ina rasa tak sedap pulak nak tinggai keluarga dia. Aku pi jumpa Kak Ina, malam hari terakhir depa di Madinah, sebelum bertolak ke Makkah pada keesokan harinya. 

KAK HAFIDZOH & KAK AZIZUN - ALOR SETAR

Dua hari lepas tu pulak, Kak Hafidzoh & Kak Azizun dari Aloq Setaq pulak mai. Kakak-kakak berdua ni ada special story & happenings dalam berjumpa aku ni. Like3..

Kak Hafidzoh adalah sahabat kepada sahabat aku, Salina.  Salina bagitau aku yang Kak Hafidzoh nak sangat berjumpa aku masa dia mai umrah nanti katanya. Aku pun suka nak menyambut tetamu Allah ini. Allah SWT lagikan menjemput dan menerima dia di bumi ini, apatah lagi aku sebagai hamba Allah.

Aku dok tunggu jugak tarikh yang Salina bagitau aku Kak Hafidzoh nak mai. Tak ada pun Kak Hafidzoh telefon atau sms aku. Tetiba, aku dapat sms dari Salina yang Kak Hafidzoh dah dok ada di sini. Dia bagi nombor telefon dan nama hotel serta nombor bilik. Aku call dan sms nombor tu, nak janji jumpa waktu-waktu mana tapi tak dak response. 

Sehari lepas tu, lewat tengah malam, aku dapat sms dari Kak Hafidzoh yang dia dan rombongan dah nak bertolak ke Makkah pada esok hari. Setahu aku, jemaah akan bertolak selalunya selepas waktu solat zuhur. Jadi keesokan harinya, aku pi awai ke masjid Nabawi.  Aku cuba cari hotel yang Salina bagitau tu.  Aku cuba telefon ke bilik depa, tapi takda jawapan. Lepas tu, aku cuba tanya kat jemaah yang dok ada di lobi hotel tu. Depa pun tak tau sebab baru sampai. Masalah aku ialah aku tak kenai mana satu Kak Hafidzoh ni.  Allah, Allah ya Allah..

Aku tawakkal. Insyaallah, ada rezeki, jumpalah kami. Aku dapat tau yang beg-beg yang banyak di lobi tu adalah beg-beg jemaah yang nak ke Makkah dalam sejam lagi.  Aku tunggu sat sebab ada sorang pakcik tu kata mungkin depa tengah makan. Dalam 15 minit lepas tu, aku cuba call bilik depa lagi.  Alhamdulillah, ada jawapan.  Aku pun naik ke bilik depa. 

Kak Hafidzoh kelihatan terharu dan aku jugak bersyukur dapat jumpa dia. Orangnya kelihatan sangat berhemah dan penyabaq.  Wajah insan yang menyimpan berbagai cerita kehidupan. Kak Hafidzoh kata dia berdoa di Raudhah nak bagi jumpa jugak dengan aku. Alhamdulillah, makbul. Aku terharu dengan kenyataan itu. Terima kasih Allah.

Masa aku sampai tu, depa dah dok siap nak turun. Sambil-sambil tulah, baru aku dapat tau yang Salina bagi nombor Malaysia aku kat dia.  Dia dah jenuh sms dan call aku di nombor tu. Padan la pun tak dapat contact aku. Gitu kisahnya, communication breakdown kata orang. Salina pun tak tau yang aku dah potong nombor tu dan aku pun tak pulak bagitau nombor saudi aku. Ha, amekaww..  Takpalah, kita ni manusia biasa, tak sempurna. Ada waktu lupa, ada waktu tak sangka. Tapi, niat yang baik selalunya dipermudahkan Allah SWT.

Kami bersembang dan pada masa yang sama, aku dikenalkan kepada Kak Azizun. Peramah sungguh orangnya dan nampak tough, ala-ala ironlady pun ada :-)  Dan la kami sembang dalam 10 minit macam tu. Dalam dok bersembang dan bersuaikenai tu, aku dapat tau rupanya Kak Azizun ni sahabat baik Mak Uda, bini pak menakan A. Dia juga sahabat baik Datin Kalsom, boss aku dulu. Masyaallah tabarakallah, aku syukuri silaturahim ini.

Lepas tu, kami pun turun ke lobi sebab bas dah dok tunggu.  Terlalu banyak nak bersembang dan terlalu suntuk masa. Aku amat terkilan sebab tak dan nak bergambaq dengan kakak-kakak berdua. Insyaallah, panjang umoq, kita jumpa di Aloq Setaq pulak. Jutaan terima kasih kepada Kak Hafidzoh di atas buah tangan yang dibawa untuk aku. Juga kepada Kak Azizun di atas buah tangan instant. Rezeki. Aku bersyukur ramai yang  ingat dan bagi macam-macam untuk aku sekeluarga.  Aku rasa disayangi dan amat terharu.

Semuga semua yang kutemui beserta keluarga dan rombongan sentiasa di dalam peliharaan Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan sehingga selesai ibadah umrah dan selamat balik ke pangkuan keluarga di Malaysia. Semuga kalian semua beroleh limpahan nikmat dan rezeki yang lebih lagi. Ameen ya rabb..

Yang dicari di dalam sebuah hubungan adalah kejujuran dan keikhlasan.