السلام عليكم رحمة الله وبركاته

BERHATI-HATI DI JALANRAYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah 2 bulan dok di Madinah ni, aku semakin faham dengan kehidupan harian di sini. Cara hidup masyarakat majmuk di negara kita jauh lebih berhemah. Kalau ada yang tak ikut undang-undang pun, sikit saja la kan? 

Di sini, nak kata tak dak undang-undang, mengarut la pulak. Nak kata korupsi, ada jugak gamaknya. Orang saudi pun manusia biasa saja. Paling aku tak faham ialah macam mana depa ni tangani isu di jalanraya khasnya pemandu kereta, kemalangan dan sebagainya. Tapi, kesimpulannya aku dapat rumuskan bahawa orang luaq memang tak dak ‘tempat’ di sini pada hakikatnya. Cuma, sebagai hamba Allah yang telah Dia jemput dan atoq rezeki di bumi Rasulullah ini, kita mampu bersyukur yang tidak terhingga. Selebihnya, sabaq banyak-banyak dan berserah kepada Allah SWT. Tak semua orang dapat peluang untuk menetap di sini. Rahsia Dia..

Ya, cakap pasai memandu kereta, orang Saudi ni bawak kereta tersangatlah kasaq dan tak dak etika langsung. Ada 3 lane, yang kanan boleh pintas terus ke kiri suka-suka saja. Depa pun pakai akta ISA cara depa (Ikut Suka Aku). Kereta depa sini pulak besaq-besaq. Paling kecik pun ada la sebuah dua Swift. Atas hiway ka, lalu terowong ka, depa boleh berhenti sembang, kereta side by side lagi. Dan pasai guna hon, depa memang nombor 1. Tak dak apa-apa pun, hon. Baru-baru dulu, aku saspen jugak bila dengaq bunyi hon. Lama-lama dah lali. Lampu depan baru menyala hijau, kereta-kereta di belakang pakat hon tak sangga-sangga macam la orang depan tu dok lena. Pendekata, tak sabaq la depa ni.

Di atas jalan yang sibuk, kalau ada kereta yang terlajak jalan, pemandu tu bukan nak pi pusing di depan ka lagu-lagu mana. Kebanyakan depa akan reverse semau-maunya tak kira la jalan terhalang ka, dalam sesak ka apa ka.. Memang kena hati-hati. Lepas tu, pasai masuk salah ke jalan sehala, perkara biasa. Tapi, yang best tu, bab masuk salah jalan, takdak pulak orang depan nak hon ka, marah ka. Depa siap bagi jalan lagi lepas tu boleh lawan angguk-angguk senyum lagi. Lawak pun ada gelagat depa ni. Baik hati tak kena gaya. Hehe..

Tapi, seperkara jangan terkejut. Di sini, budak umoq 8/9 tahun bersepah drive kereta di merata jalan. Memang tak dak lesen pun budak-budak ni tapi pihak berkuasa depa macam tak kisah. Had umoq untuk ambik lesen 17 tahun. Tak paham aku bab ni. Di mana-mana ka, perkara biasa kalau nampak si bapak senang-senang bagi kunci kat anak kecik dia suruh pi ambik kereta di tempat parking yang agak jauh. Aku pernah terserempak beberapa kali senario macam tu di shopping mall.

Cakap pasai budak memandu kereta, aku nak cerita pasai kisah sorang kawan di sini. Dia ni berasal dari Mumbai, India dan menetap di sini dah lebih 18 tahun. Dia ni salah sorang eksekutif bekerja dengan A.

Satu hari dalam awai bulan lepas, masa kami keluaq makan sama-sama, dia cerita kejadian yang menimpa dia sehari sebelum tu. Kereta dia kena langgaq. Katanya tengah dia dok bawak kereta, tiba-tiba mai satu Hilux, tah pusing lagu mana tak lepas, terus langgaq sebelah kanan pintu belakang kereta dia. Teruk sangat la kemek pintu kereta dia tu. Nasib baik kawan dia yang ada sama dalam kereta tu duduk di depan sorang dan di belakang dia sorang. Alhamdulillah, depa semua tak cedera apa-apa. Depa pun pakat turun la, tengok-tengok driver Hilux tu, budak saudi umoq 9 tahun. Tanya pi habaq mai, budak tu pun telefon bapak dia. Si bapak pun mailah. Cakap punya cakap, depa sepakat nak pi buat repot polis.

Esok harinya di balai polis, masing-masing pun bercerita apa yang jadi. Kawan kami pun tuntut la duit untuk repair kereta dia. Dah tanya kedai pomen sebelum tu, dalam SAR2000. Tau apa polis punya keputusan? Polis tu bagi salinan repot suruh kawan kami tu balik dan hantaq kereta dia untuk repair dan bayaq sendiri. Sebab katanya, tuan punya Hilux tu pun kena baiki jugak kereta sendiri. Jadi, adil la katanya. Hampeh..!

Kawan kami tu tak puas hati sangat la kan..? Dalam geram tapi masih sopan, dia tanya kenapa bagi budak umoq 9 tahun bawak kereta? Kalau dia mati, sapa nak tanggung famili dia? Wah..! Polis tu naik berang dan kata itu bukan urusan kawan kami dan dia tak berhak nak soai polis macam tu. Kata polis tu lagi, kawan aku tu bernasib baik sebab dia bagi salinan repot. Kalau tak, lagi susah.

Seperkara, di sini, kalau nak bawak kereta nak pi repair ka, buat apa pun di kedai pomen, kena ada salinan repot polis. Kalau tak dak, kedai pomen tak mau terima. Jadi, kalau sendiri-sendiri berlanggaq tembok ka, apa-apa ka, kena pi buat repot polis jugak dan dapatkan salinan. Kalau dak, dok macam tulah kereta kita. atau pun jadi pomen sendiri. Pasai tu di sini, 99% kereta tak dak yang elok, Paling tidak, mesti ada yang kemek kat mana-mana atau lampu pecah ka dan sebagainya.

Disebabkan sudah menyoal kredibiliti polis macam gitu, lesen kawan kami tu kena tahan satu hari. Esok hari, baru boleh pi ambik. Suka hati mak bapak depa saja nak buat keputusan. Kejadian kemalangan tu habih macam tu sajalah dan kawan kami tu pun dah repair kereta dia dengan kos SAR2000. 

Sebenaqnya, kawan kami tu memang maklum dan selalu dengaq segala kejadian yang tak memihak kepada orang luaq terutama dalam kes kemalangan teruk macam dia kena tu sebab dah lama dok di sini. La ni dah jadi kat diri sendiri, memang percaya dan yakinlah dia akan kerenah birokrasi depa di sini macam gitu rupanya.

Lepas daripada tu, ada sekali dalam aku dok sembang-sembang dengan sorang student kita di universiti di sini, dia habaq memang itu adalah salah satu hakikat sebenaqnya bagi kehidupan orang luaq di sini. Cerita dia, pernah ada lagi kes teruk di mana orang tu tak salah tapi kena bayaq semua kos repair kereta orang saudi tu. Kalau ada kemalangan orang luaq tak bersalah tapi maut, selesai gitu tanpa ada apa-apa dan tanpa boleh diperpanjangkan. Tapi, kalau orang dia yang maut, mau berjela kes jadinya. Nauzubillah..

Diringkaskan cerita, kiranya di sini, tak payah drive sendirilah. Dengan keadaan sistem depa yang macam tu, rasanya tak dak makna kita drive sendiri pun sebab malang tak berbau.

Tiada yang lebih adil selain Allah SWT..




No comments:

Post a Comment