السلام عليكم رحمة الله وبركاته

ZIARAH JUMAAT

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari Jumaat adalah hari santai untuk semua warga Madinah. Cuma, untuk kami, ianya bergantung kepada A. Kalau dia tak kerja, bolehlah kami buat perancangan untuk ziarah dan sebagainya.

Ada satu Jumaat tu, kami pi ziarah dengan anak-anak angkat kami ke ladang-ladang kurma dan bekas tapak istana Orwah bin Alzubair. 

1)  Ladang Kurma

Ladang kurma yang kami pi ziarah tu tak dak orang ziarah kerana ianya dipajak oleh Tabung Haji Malaysia. Jadi, ladang tu hanya untuk rombongan jemaah dari Tabung Haji pada musim haji. Private gitu. Pondok jualan kurma dan sebagainya pun tak dak masa ni.

Kebetulan hari tu, kami nampak pintu pagaq ladang kurma tu terbuka, kami pun jenguk. Pekerja tu pulak bagi kami masuk. Kami pun bersantai duduk minum teh di situ.



Ladang kurma ni adalah antara yang paling bersih di Madinah. Bila masuk, kita betui-betui rasa macam ladang di Malaysia gitu. Sebabnya, ada lukisan menara KLCC dan air terjun. Lepas hidang teh kat kami yang duduk bersantai di dalam khemah di situ, pekerja warga Pakistan tu pasang pulak air terjun yang terletak tepi khemah tu.. Perghhh.. dingin dan nyaman sekali. Kalau ada penari gelek, laaagi best. Hehe..



Lepas tu, kami pi pulak jenguk satu lagi ladang kurma. Yang ni  adalah ladang tumpuan ziarah jemaah dari Indonesia. Ladang ni ada tempat jualan seperti buah kurma, kacang, coklat dan sebagainya.



Bila sampai kat satu kacang iaitu pistachio dalam tempat jualan tu, kami pakat senyum meleret bila tengok label yang depa bubuh kat kacang tu, tapi taklah sampai ketawa overdose.. :p




3)  BEKAS TAPAK ISTANA ORWAH BIN AL ZUBAIR

Tapak istana ini terletak di satu tempat yang sangat strategik dan cantik di bumi Madinah ini. Aku dapat bayangkan betapa indahnya istana ni di zaman Orwah dulu. Walaupun kini ianya dah usang tapi batu bata dindingnya yang diperbuat dari tanah liat masih kukuh sebahagiannya. Cuma ia makin terhakis dan dimamah usia. Kawasan laman istana ini amatlah besar. Difahamkan terdapat ladang juga kebun dan perigi di dalam kawasan istana ini dulunya. Istananya pulak ada berpuluh-puluh bilik. Tapi sebahagian dari bilik-biliknya taklah besaq mana pun. Ada jugak bilik yang kecik tapi memanjang. Aku cuba bayangkan bagaimana kehidupan hamba Allah yang kaya tapi zuhud bernama Orwah ini.






Diriwayatkan :

Pada satu hari, Orwah ditimpa kemalangan lalu doktor mengatakan sebelah kakinya harus dipotong. Orwah pun setuju tapi bila doktor kata kena bius, terus Orwah menolak. Katanya : "Kalau dibius, aku akan lalai dari mengingati Allah, jadi aku tidak mau." Lantas, dia meminta supaya kakinya dipotong semasa dia sedang solat. Doktor pun bersetuju.

Pada masa yang sama juga, anak perempuan Orwah meninggal dunia. Bertimpa-timpa musibah. Ada sahabat yang bertanya kepada Orwah, "Tidakkah kau sedih wahai Orwah, kakimu dipotong dan anak kamu pulak meninggal dunia?"  Lalu Orwah menjawab "Tidak, kerana Allah baru ambil 2 saja nikmat dariku sedangkan terlalu banyak lagi nikmatnya yang masih aku nikmati."

Itulah sebahagian dari cerita insan zuhud bernama Orwah bin Al Zubair. Semuga rohnya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Ameen ya rabb..

Sebelum solat Jumaat, kami pun beredar balik ke rumah. Semuga ziarah hari ini memberi manafaat. InsyaAllah.

Mohon pada Allah SWT supaya hidup kita di dunia ini dalam penambahan kebaikan dan mati kita dalam kerehatan.

No comments:

Post a Comment