السلام عليكم رحمة الله وبركاته

TETAMU ALLAH (3)

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperkara yang buat aku happy pasai tetamu Allah ni adalah jalinan silaturahim yang baru. Contohnya, sahabat-sahabat dari Malaysia kirim barang untuk aku melalui sahabat depa yang nak mai umrah. Aku tak kenai orang tu tapi dengan cara tu, jadi kenai. Dari kenai, jadi mesra kerana Raudhah Al Syareefah. Dan dari mesra, jadi syahdu. Itu yang aku rasa, orang lain aku tak tau. MasyaAllah tabarakAllah.. Ada jugak yang aku kenai sendiri dalam masjid Nabawi.

KAK AISYAH, KAK YON & KAK NOR

Kak Aisyah dan Kak Nor adalah sahabat kepada kekandaku tersayang, Anita Jamal. Kak Yon adalah sahabat baik kepada kak Aisyah. Kami jumpa di hotel depa menginap sebab kanda AJ aku ada kirim kek baldu merah kegemaran aku. Esok malamnya, aku bawa depa pi Raudhah. Malam mula tu Kak Nor tak ikut sama sebab keletihan. Tapi, malam kedua, Kak Aisyah minta tolong aku bawakan lagi sebab Kak Nor nak ke Raudhah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun semua maklum akan kesesakan di dalam Raudhah tu.

kiri : kak aisyah, atas : kak yon, bawah : kak nor

HANI & MAKCIK RODIAH

Aku jumpa Hani masa aku dok 'lepak' lepas isyak dengaq mualimah Bushra bagi penerangan kat jemaah Malaysia dan lain-lain sebelum depa masuk ke Raudhah. Aku pun nak masuk ke Raudhah malam tu tapi sajalah malas nak keluaq lepas solat isyak dan masuk balik pada waktu yang aku selalu masuk tu. Jadi, aku duduk la di belakang kumpulan jemaah Malaysia dan dekat dengan Hani dan Makcik Rodiah.

Makcik Rodiah tengok aku duduk, dia senyum seindah suria kat aku. Aku pun tegoq la dia dan sembang sikit-sikit. Lepas tu Hani pulak toleh dah dengaq kami dok sembang. Tanya pi, jawab mai, rupa-rupanya Hani adalah kenalan adik kandung aku dan sahabat baik kepada kakak angkat adik aku yang aku sekeluarga pun kenai. Depa bertiga belajaq di satu universiti dulu. Haaaa..gitu ceritanya.

Lepas semua jemaah masuk ke tempat menunggu depan Raudhah, kami sambung sembang sementara tunggu waktu untuk kami masuk terus. Hani dan Makcik Rodiah pun teruja dan suka nak masuk jalan pintas ke Raudhah dengan aku. Rezeki.

Dalam ramai yang pernah aku dok bawa masuk ke Raudhah, Makcik Rodiah adalah insan yang paling penyabaq aku pernah tengok. Aku dengan dia dan Hani dengan Aina. Dia tak lekang dengan senyuman walaupun ditolak dan diasak teruk dalam Raudhah.

makcik rodiah & hani

Lusa harinya, Hani sms aku minta bawa sekali lagi ke Raudhah. Malam tu lepas solat isyak, aku sms Hani bagitau nanti lepas solat isyak, bagitau lokasi depa dalam masjid tapi tak berbalas. Setengah jam lebih lepas isyak aku tunggu, tak dak respond, aku pun balik. Dah sampai rumah, barulah aku dapat 2, 3 sms dari Hani dan sms terakhir dia bagitau depa dah ada di ruang menunggu yang sesak tu. Aku terus call Hani bagitau aku dah balik sebab tunggu lama. Tapi, tak mau kecewakan Hani dan Makcik, aku sarankan depa masuk ikut jalan pintas macam mana aku bawa sebelum tu. nak masuk ikut jalan pintas tu. Tapi, Hani kata dia tak berani. Aku suruh dia usaha pi jugak dan minta Allah permudahkan laluan depa.

Alhamdulillah, lebih kurang setengah jam lepas tu, Hani call aku bagitau depa dah keluaq dari Raudhah. Alhamdulillah, happy aku dengaq. Terima kasih Allah..

MAK JOHARI & FATHIA

Mak kepada Johari, akauntan di tempat A kerja dan cucu dia mai dengan adik lelaki Johari. Depa mai Madinah tak ikut group dan Fathia pulak pertama kali mai, jadi tak tau hala nak ke Raudhah. Johari segan nak minta tolong aku sebenaqnya tapi bila dia dok bersembang dengan A nak cari sapa nak tolong bawa mak dan anak saudara dia ke Raudhah, A terus call dan tanya aku. Aku kata apa salahnya. Johari segan sebab aku ni bini bos dia. Eh, apa kelas bini bos ka bini menteri ka kan? Di sisi Allah, kita sama saja.

Jadi malam ke3 di sini, aku pun bawalah makcik dan Fathia dia ke Raudhah. Makcik tak larat jalan jauh jadi Johari tolak dia atas kerusi roda dari hotel sampai ke pagaq nak masuk ke pintu 25. Lepas tu, kami berjalan pelan-pelan masuk ke Raudhah.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Sampai hajat makcik dan Fathia. Aku pun happy dan lega untuk depa.

makcik, hani & aina

Aku doakan semuga semua beroleh umrah yang mabrur dan doa kalian dimakbulkan Allah SWT serta dijemput ke sini lagi.

Kita semua sama saja di sisi Allah SWT. Yang membezakan antara kita adalah amal dan ibadah.


No comments:

Post a Comment