السلام عليكم رحمة الله وبركاته

WAKAF & SEDEKAH JARIAH

بسم الله الرحمن الرحيم


Seminggu dua kebelakangan ni aku happy melayan tetamu-tetamu Allah yang mai walaupun aku kurang sihat.  Paling best tu dan buat aku bersemangat sebab mak dan adik aku mai.

Seronok bawa tetamu-tetamu Allah pi Raudhah dan ditambah pulak tu dok tolong kawan-kawan yang bagi duit minta tolong uruskan wakaf dan sedekah jariah di masjid Nabawi. Semua ni aku buat ikut giliran permintaan. La ni pun ada banyak lagi yang aku dok pegang duit orang. Seronok aku bila dapat tolong saudara mara dan kawan-kawan buat kerja mulia ni. Aku bersyukur sebab semakin ramai orang kita dah mula sedar dan faham akan pahala wakaf dan sedekah jariah ni.

"apabila mati seseorang manusia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca iaitu anak yang soleh yang mendoakannya, ilmu yang dimanafaatkan oleh orang dan sedekah yang berkekalan" - diriwayatkan oleh Muslim.

Apapun jugak, aku tak belasah saja uruskan duit amanah tu. Aku terlebih dulu cek dengan pihak masjid Nabawi akan segala  hal berkaitan wakaf dan sedekah jariah ni. Tak boleh dok suka-suka buat satni tak kena pulak, jadi sia-sia.

Antara wakaf dan sedekah jariah yang paling banyak orang dok buat di masjid Nabawi dan juga yang aku dok tolong uruskan adalah :


AL QURAN

Wakaf Al Quran ni paling ramai yang minta tolong aku uruskan. Quran untuk wakaf di masjid Nabawi adalah Quran yang ada cetakan khas, bukan sembarangan Quran boleh diletak dalam masjid tu. Kalau kita tengok ramai yang orang dok juai di luaq dataran Nabawi tu tapi yang tu tak boleh diguna pakai dalam masjid Nabawi. Kalau kita pi bagi kat pejabat depa nak wakaf, mesti depa reject. Kalau kita pi letak sendiri pun, nanti bila depa cek, depa buang dari dalam masjid tu dan simpan di tempat lain.

Kiri : Bahagian depan Al Quran kena ada tulisan dalam bulatan tu saja.
Kanan : Mukasurat depan sekali kena ada cetakan tu baru boleh diguna pakai dalam masjid Nabawi

Kita kena beli di kilang Quran ataupun di kedai-kedai yang ada juai cetakan khas tu. Kita boleh tanya di pejabat masjid kalau tak pasti cetakan yang macam mana dimaksudkan. Lepaih kita beli, bawa pi kat pejabat masjid di pintu 25H dan bagitau nak wakaf. Nanti depa cop wakaf.

** Buat masa la ni yang saiz sederhana dihentikan keluaran sementara waktu. Tak tau pasai apa. Nak cari di kedai pun payah dapat. Jadi, untuk wakaf buat masa la ni, kena beli yang besaq dengan harga SAR58. Itu kalau di kilang. Kalau di kedai SAR75.

KERUSI RODA

Yang ni pun aku dok tolong uruskan. Harga pasaran adalah SAR300-320 tapi aku dapat dengan harga yang cukup berpatutan iaitu SAR240 sebab beli banyak..kot. Kerusi roda ni cukup diperlukan di masjid Nabawi.



Kita beli dan bawa pi ke pejabat masjid macam biasa. Tulis dalam buku di pejabat tu wakaf atas nama sapa dan depa akan tulis pulak di kerusi roda tu, wakaf.

KERUSI LIPAT

Kerusi lipat ni pun diperlukan di masjid Nabawi. Harga dalam SAR20-25. Macam biasa, beli dan bawa pi pejabat depa untuk uruskan wakaf.




UMRAH

Orang-orang sini tak berapa buat sangat wakaf seperti yang di atas tu.  Selalunya orang luaq yang buat. Depa sini lebih kepada sedekah duit untuk orang pi buat umrah. Belanja untuk sorang dalam SAR100-SAR150 sahaja. Depa akan cari sapa-sapa saja yang kurang mampu untuk pi buat umrah. Dan sudah semestinya orang tu akan mendoakan orang yang memudahkan langkah dia untuk buat ibadah mulia tu kan? Sama-sama beroleh hasanah. InsyaAllah.

MAKANAN & MINUMAN

Yang ni kena rajin sikit. Lebih elok kalau dibuat pada hari Isnin dan Khamis sebab ramai jemaah puasa. Kalau hari-hari lain pun takpa jugak. Kita beli makanan apa pun tak kisah ikut bajet yang kita ada dan kita pi bahagikan kat jemaah menjelang waktu maghrib. MasyaAllah, boleh tengok betapa suka dan bersyukurnya depa bila kita bagi makanan. Kita yang bagi ni pun rasa bersyukur dan suka jugak. Terharu pun ada.


Rasulullah SAW bersabda :

"Naungan orang yang beriman di hari kiamat adalah sedekahnya." - hadis riwayat HR Ahmad


Seperkara untuk renungan bersama : Bila kita dah tetap nak mai buat ibadah umrah maka selalunya kita buat kenduri kesyukuran kan? Tetamu-tetamu yang mai makan kenduri di rumah kita tu, mengikut kebiasaan orang-orang kita, ada yang sedekahkan duit. Jadi, duit tulah paling elok kita gunakan untuk buat wakaf dan sedekah jariah ni. Berpanjangan pahala sedekah tu. InsyaAllah..

Untuk kita nak bagi buah tangan atau hadiah bila balik ke Malaysia nanti, kita gunalah duit kita pulak beli segala apa yang kita nak bagi. Balik pi sana, kita bagi kat kawan-kawan, pahala sedekah kita pun berpanjangan apatah lagi kalau barang yang kita bagi tu boleh diguna untuk jangkamasa yang lama. Dengan doa dari kawan-kawan juga, semuga beroleh keberkatan dan bertambah rezeki kita. InsyaAllah.

Apa pun juga, yang buruk dari aku dan yang baik adalah dari Allah SWT jua.

Bersedekah tu ibadah mulia, niat bersedekah tu yang kadang-kadang tak mulia.





3 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Puan, sy nak tanya di manakah sy boleh beli kerusi roda dgn harga yg berpatutan utk diwakafkan?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    Saya ingin mewakafkan kerusi rosa arwah bonda saya di masjidil haram ataupun masjid nabawi. Keadaan nya baik sebab jarang digunakan. Bolehkah pihak yuan uruskan...terima kasih

    ReplyDelete