السلام عليكم رحمة الله وبركاته

PERASAAN BERCAMPUR ADUK

بسم الله الرحمن الرحيم

22 Mei kami sampai balik ke Madinah. Letih lagi tapi kena bersiap sedia untuk balik Malaysia keesokan harinya. Perasaan bercampur aduk. Sedih nak tinggalkan bumi Madinah dan teruja serta tak sabaq nak balik rumah. 

23 Mei, lepas zuhur, aku pi ke Haram sebab aku nak masuk ke Raudhah. Namun, setibanya aku ke dalam Haram, pintu untuk ke Raudhah dah ditutup. Aku kecewa dan sedih teramat sangat sebab tak tau bila lagi nak dapat mai. Dalam linangan airmata, aku berdoa sambil melangkah nak keluaq balik. Sungguh, Allah itu maha mendengar dan maha mengasihani. Tiba2 kedengaran riuh rendah jemaah berlari sebab satu pintu untuk ke Raudhah dibuka semula. Mungkin sebab jemaah di dalam dah berkurangan dan masa pun masih mengizinkan. Wallahuaklam bissawab. Aku pun ikut masuk dan seterusnya melalui pintu yang aku selalu ke Raudhah tu. Alhamdulillah, dipermudahkanNya lagi. Aku bersyukur sangat2. Aku ucapkan selamat tinggal dan memohon doa agar diberi keizinan untuk aku kembali ke bumi Madinah lagi. Aku mohon juga supaya diberi kesempatan untuk aku menunaikan ibadah puasa di sini. Aku sebak dan airmata aku turun laju dari selalu.

23 Mei, pukul 8 malam, kami berempat berangkat pulang ke Malaysia. Syafiq tak ikut sebab dia baru saja balik bulan April yang lepas. Farooqi dan Waziha sekeluarga berada di airport untuk menghantar kami. Sedih dan sebak bila berpelukan dengan Waziha sebab tak tau bila kami akan berjumpa lagi. Waziha pun akan balik ke India minggu depan bila persekolah di sana bermula.

Penerbangan kami transit di Jeddah. Sampai di sana, kami terus nak check-in siap2. Kali ni, dugaan besaq menimpa.. Bila diberitahu oleh pegawai imigresen di situ, barulah A perasan yang visa aku dan anak2 adalah single iaitu untuk sekali perjalanan keluaq dan masuk saja. Jadi, kami dah keluaq ke Cairo, maka tamatlah tempoh visa tu. A tak dak masalah sebab visa dia sejak mula lagi memang multiple. Dalam ertikata yang lain, A saja boleh keluaq. Ish, takkan dia nak tinggai kami kot..! Lahaulawala.. Kelam kabut dan serabut kami dibuatnya. A terlepas pandang sebab yakin kakitangan dia dah buat betui. Puas merayu dari satu pegawai ke pegawai yang lebih atas. Jalannya cuma menyediakan visa yang baru. Penerbangan ke Kuala Lumpur tinggai lebih kurang 2 jam lebih saja lagi.

A berusaha sungguh2 dengan membuat beberapa panggilan ke Madinah. Kakitangan tempat A bekerja dengan segera cuba menguruskan visa kami melalui internet. Masa berlalu, anak2 aku dah mula menangis bila waktu penerbangan dah terlalu hampir. Visa belum dapat diuruskan. Kami dinasihatkan oleh pegawai Saudi Air supaya batalkan penerbangan dan A kena batalkan cop keluaq dia tadi. Kami akur dan bagasi pun dikeluarkan dari kapalterbang.

A ajak kami balik ke Madinah, Fahad akan mai ambik kami malam tu. Rehat sehari lepas tu baru book tiket baru katanya. Tapi, aku berkeras sebab aku tak sanggup nak patah balik. Sedih dan sayu dengan macam2 perasaan lagi. Jadi, kami buat keputusan untuk menginap di hotel di Jeddah tu saja. Dalam dok itu ini, begitu begini, kami tengok penerbangan ke Malaysia ditunda ke pukul 1. Banyak masa lagi. A terus telefon kakitangan dia. Dapat kabar kata visa nak siap dah. 

Alhamdulillah, dengan izinNya juga, visa kami dapat disiapkan dan difax dari Madinah ke pejabat imigresen di airport Jeddah tu. Masa tu, A kalut la pulak uruskan tiket penerbangan kami yang dah cancel tadi. Marah la juga pegawai yang dok urus bagasi tu sebab kena bawa masuk balik bagasi kami ke dalam kapalterbang. Hihi.. ya ampunnn.. Setelah semuanya okay, kami pun dengan segera bergegas ke kaunter check-in. Memang dah suntuk dan pintu dah pun ditutup. Tapi, dengan bantuan pegawai Saudi Air tadi, kami dapat melalui segalanya dan akhirnya, khalass.. kami dapat boarding dengan selamatnya. Syamil terus sujur syukur dalam kapalterbang. Terima kasih Allah..

Setelah lebih 8 jam perjalanan, kami pun selamat sampai bumi Malaysia. Alhamdulillah. Namun, dugaan lagi. Bagasi pulak tak  dapat semua. Dari 8, cuma dapat 6 saja. Allah, Allah ya Allah.. Selesai buat laporan segala, kami pun check-in ke hotel sebab penerbangan ke Alor Setar adalah pada besok hari. 

Besok harinya, kami berangkat ke Alor Setar. Sebelum tu, aku dapat panggilan dari pihak yang berkenaan bahawa bagasi kami yang 2 tadi tu ada di Jeddah dan akan dihantar dengan penerbangan hari tu serta akan diuruskan penghantaran ke airport Alor Setar oleh pihak depa. Alhamdulillah. Tak habih di situ, sampai di Alor Setar, 1 bagasi pulak tak dapat. Buat laporan lagi. Keesokan harinya, ketiga2 bagasi kami selamat sampai. Syukur ya Allah di atas segala dugaan dan bantuan.

Setiap yang berlaku, ada hikmahnya.




No comments:

Post a Comment