السلام عليكم رحمة الله وبركاته

AMANAH, TANGGUNGJAWAB & KEHENDAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Rehat sehari, keesokan harinya kami balik ke Kangar. Uruskan sekolah Syamil. Lepas tu, hari berikutnya kami berangkat balik ke kampung A. Duduk d sana 2, 3 hari dan berangkat balik ke Alor Setar. 

Perancangan awal kami adalah Syamil bersekolah di Kangar dan duduk dengan tok dia. Tapi, sesuatu berlaku diluar jangkauan pemikiran aku membuatkan aku batalkan untuk Syamil bersekolah di Kangar. A buat keputusan supaya Syamil bersekolah di Alor Setar di mana aku, sebagai ibu, akan berkorban untuk menguruskan dia seperti sebelum ni. Di sebalik sedikit kesedihan, aku bersyukur, Allah beri petunjuk sebelum terlambat dan mudarat. Dan aku tau, Allah lagi suka aku uruskan amanahNya dengan baik tanpa prejudis. Aku ikhlas dan redha dengan pengorbanan ini.

A berangkat balik ke Madinah pada 3 Jun. Beberapa hari lepas tu, kami dapat berita Aina pula dapat sambung belajaq di Politeknik Sirajudin, Pauh dalam jurusan Diploma in Tourism. Syukur ya Allah.. Aku gembira sangat2 sebab aku tau ini yang Aina mau iaitu..belajaq. Dah setahun dia berehat. Aina kena daftar masuk pada 17 Jun. Setelah itu, sibuklah aku ke hulu ke hilir, menguruskan segala keperluan untuk dia masuk poli tu.

Dalam pada tu, perancangan kami seterusnya adalah, aku dan Syamil berangkat balik ke Madinah setelah urusan Aina masuk poli selesai. Balik kali ni sebab utamanya adalah kerana aku nak merasa puasa di bumi Rasulullah. Aku bukan penting diri atau apa. Sungguh Allah maha mengetahui. Aku mohon Dia permudahkan bagi aku. Aku dan Syamil akan balik terus dalam bulan puasa dan Syamil akan sambung sekolah masa tu. Benar, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Dah balik p Madinah, A tak senang duduk. Dia nak sangat balik urus dan hantaq 'princess' dia ke Poli tu. Mulanya aku pun suka, tapi lepas tu aku kata tak payahlah membazir duit. Tup2 A bagitau dia nak balik juga dan dah booked tiket pun tapi minta dirahsiakan dari Aina. Memang bond antara A dengan Aina cukup kuat. Apa saja A sanggup berkorban untuk Aina. Tanggal 16 Jun, A pun sampai. Masa nak pi ambik dia di airport, jenuh aku dok berlakon  dalam madah berhelah kata nak pi ambik laptop abah kirim untuk Aina melalui sorang kawan. Hihi.. Bila A dah tersembul dekat kereta, terkezut la anak2 terutama Aina. Alahai.. dok buat drama jejak kasih la pulak dua2 beranak tu. Aku sebagai penonton jadi sebak jugak..sat..

Pada waktu yang sama, Syafiq pulak akan berangkat dari Madinah ke Malaysia pada 17 Jun juga. Dia balik terus untuk bekerja dan sambung belajaq di Malaysia. Cukup setahun dia timba pengalaman di bumi Madinah. Mudah2an bermanafaat. InsyaaAllah.

17 Jun, kami pun hantaq Aina untuk daftar masuk ke Poli yang berkenaan. Aku tengok Aina sungguh teruja. Teringat masa aku masuk belajaq ke ITM dulu. Selesai semua urusan, kami pun balik rumah. Aku doakan yang terbaik untuk puteri kesayanganku. Semuga dia akan belajaq bersungguh2 demi masa depan yang lebih cemerlang.


Kita cuma merancang tapi ketentuan adalah dari Allah dan ianya pasti yang terbaik.


No comments:

Post a Comment