السلام عليكم رحمة الله وبركاته

HARAJ

بسم الله الرحمن الرحيم

Dok di Madinah ni, taklah teruja sangat nak shopping. Anak-anak biasalah, sentiasa nak barang baru terutama pakaian. A pun lebih kepada pakaian kerja. Macam aku ni, taklah rasa nak membeli sangat. Kalau keperluan semasa, itu biasa la kalau dok di mana pon. Untuk barang rumah pun macam perabot dan hiasan, nak beli apa sangat sebab bukan nak bawa balik ke Malaysia nanti dan tak tau berapa lama Allah nak izin untuk bermukim di bumi Madinah yang mulia ni. Kalau tanya hati dan keinginan aku, mestilah nak dok di sini sampai akhir hayat. Tapi, kita cuma merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Lagipun, nak mekap rumah lawa sangat pun, bukan ada tetamu nak mai selalu macam dok di Malaysia nun. Pada aku, cukup sekadar ada untuk keperluan keluarga terutamanya.

Kebanyakan orang yang menetap di sini dalam kontrak kerja, beli perabot dan barang rumah yang murah dan selalunya yang terpakai tapi bukan barang kopak dan kokak ok..! Perabot dan barang rumah terpakai depa di sini kebanyakannya macam yang baru punya. Ada jugak yang teruk tapi tengok keadaan barang dan harga. Kita boleh menilai sendiri dan buat pilihan ikut keperluan dan kemampuan.

Cakap pasai barang terpakai, ada satu tempat jual barang-barang rumah yang terpakai terletak di satu kawasan yang sangat luas dan sangat popular di Madinah ni bernama Haraj. Ala-ala bundle gitulah dan semua jenis barang keperluan ada di sini. Dari sekecik-kecik barang sampai ke besaq-besaq punya barang keperluan. Haraj ni sangat-sangatlah popular bagi semua penduduk di Madinah ni. Barang-barang terpakai dijuai di tapak terbuka dan ada bahagian masing-masing. Sebut saja apa yang kita mau, ada belaka. Bazar Haraj ni dibuka setiap hari Khamis dan Jumaat lepas waktu asar hingga tengah malam. Macam pesta punya ramai orang.


Aku suka sangat pi ronda dan jamu mata di Haraj ni dan paling teruja bila pi kawasan yang juai katil, almari, kapet dan lampu. Sekali pi, tak habih pusing pun sebab terlampau besaq. Nak jugak cari barang-barang yang aku berkenan tapi setakat la ni, tak tau nak beli apa. Kalau ikutkan hati, macam-macam nak beli nak letak dalam rumah tapi rasa macam tak berapa perlu sangat pun. Aku beli mana yang perlu sangat-sangat saja.

Di Haraj ni jugak ada deretan kedai-kedai yang jual barang-barang baru. Perabot dari Malaysia pun ada. Aku tengok ada set bilik tidoq, buatan Malaysia tapi mahai. Orang kedai kedai tu kata barang buatan Malaysia elok. Malaysia boleh uolsss..! Tapi, selalunya orang akan lebih tertumpu kepada bazar yang juai barang terpakai sebab kualiti tak terjejas dan harga jauh lebih murah. 





Kalau set kerusi meja atau sofa ruang tamu, selalunya siap dengan langsir sekali depa juai. Kadang tu ada jugak yang sekali dengan kapet.





Barang-barang di Haraj ni nampak macam baru saja dan harga pun berpatutan. Dengaq cerita dari orang depa di sini, orang Saudi ni guna perabot  dan sebagainya tak sampai setahun, depa tukaq baru. Banyak duit orang depa ni. Kalau sapa-sapa nak juai barang sampai ke subang yang kecik tet pun, boleh pi ke Haraj ni. Kalau barang besaq, kita boleh panggil pemborong tu mai rumah dan nilai barang kita. Lepas tu depa angkut dengan lori pi Haraj. Kalau kita sewa lori nak angkut barang-barang kita pi Haraj sendiri pun takpa. Sampai saja di sana, toke-toke bundle tu akan berebut terpa mai kat kita, tak payah kita dok jenuh pi cari depa.

Macam tulah kisahnya sebahagian dari rona kehidupan di bumi Madinah Al Munawwarah ni. Aku pun nanti kalau dah sampai waktu  ditakdirkan kena berangkat balik kampung, mungkin akan buat macam tu jugaklah. Wallahualam bissawab..

Agama menyarankan kita bersederhana di dalam apa juga yang kita lakukan.




No comments:

Post a Comment