السلام عليكم رحمة الله وبركاته

40 SOLAT FARDHU DI MASJID NABAWI

بسم الله الرحمن الرحيم

Sepanjang 2 minggu lepas adalah yang paling 'sibuk' dan tak dak masa nak mengadap laptop ni apatah lagi nak update blogAku dan anak-anak dok usaha habiskan 40 solat fardhu (8 hari) di masjid Nabawi. 

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Barangsiapa bersolat 40 solat (yakni solat fardhu) di dalam masjidku dan tidak terputus solatnya, ditulis baginya (pertama), terpelihara dari neraka dan (kedua), dijauhkan dari azab (semasa hidup) dan (ketiga), dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau menjadi orang munafik)." - Hadith Imam Ahmad dalam Musnad. 

Sepanjang 8 hari tu aku dok di hotel sebab dekat dengan masjid. Jadi, taklah kalut sangat terutama waktu subuh. Aku balik rumah sesekali bila ada keperluan untuk basuh kain baju dan buat apa-apa kerja yang patut.

6 hari yang mula tu, memang seronok, cergas. Rasa sungguh teruja untuk menyempurnakan apa yang disyorkan oleh baginda Rasulullah. Masa banyak dihabiskan di masjid terutama waktu maghrib dan isyak. Sesekali lepas waktu maghrib, aku membaca Al Quran. Kadang waktu, aku ke Raudhah lepas waktu isyak. 

Setiap hari tu jugaklah, aku suka pulak dok beli buah-buahan tiap kali balik dari solat terutama sekali anggur. Bila badan kita dok bekerja, perut kita pun macam-macam nak makan. Selera terbuka saja terutama lepas waktu isyak.

Masuk hari ke 5, badan mula terasa lenguh-lenguh. Selera makan pun agak kurang. Subuh hari ke 6, aku pening masa nak pi masjid. Tapi, aku gagahkan juga sebab aku nak sempurnakan 40 waktu fardhu tu. Masa keluar dari masjid nak balik ke hotel, aku nyaris tumbang masa tengah pakai kasut, pening. Aku gagahkan juga jalan dan alhamdulillah, ok. Sampai bilik, aku rehat dan tidoq. Mungkin sebab kurang rehat dan kurang tidoq jugak kot. Badan dah tua, gitulah (sedaq diri.. :p). Alhamdulillah, lepas makan ubat, pening pun hilang.

Masuk hari ke 7, aku dah mula batuk-batuk. Badan pulak mula sakit-sakit, sendi lenguh, demam urat gitu. Waktu asar terasa panas berbahang dalam mata dan telinga. Panas dalam kata orang-orang tua. Lepas mandi menjelang waktu maghrib, aku mula sejuk ketaq satu macam. Malam tu, lepas isyak, aku demam kuat.

Masuk hari ke 8, Allah SWT sajalah yang maha mengetahui betapa tak sihatnya aku tapi lahaulawa quwwata illa billah.. aku gagahkan jugak ke masjid. Badan sejuk ketaq dan ayaq mata keluaq tak dak sebab. Tak sedih, tak gembira. Punya panasnya dalam mata dan badan aku. Batuk tak payah ceritalah, non-stop. Dengan hidung tersumbat segala. Mungkin Allah dok gugurkan dosa-dosa kecik aku. Aku tetap bersangka baik dengan Allah. Ini bahagian aku di dunia. Aku redha penuh keinsafan. Allah, Allah ya Allah..

Balik dari masjid, aku tidoq sampai pukui 11. Aku makan ubat seadanya dan boleh la bertahan keadaan aku masa tu. Tiap kali waktu solat, aku ke masjid dan balik dari masjid, aku tidoq saja. Badan tak sihat nak buat apa pun tak bersemangat. Makan pun tak berselera. Tak lalu makan, jalan untuk kurus? Tapi, tak jugak kurus.. sabaq sajalah.. :((

Dengan izin Allah SWT, akhirnya aku dan anak-anak berjaya sempurnakan solat fardhu 40 waktu tanpa henti di masjid Nabawi.

Aku duduk di hotel lagi 2 hari. Malam ke 9 tu, aku sampaikan terpaksa jelum ayaq asam jawa di kepala nak bagi panas keluaq. Alhamdulillah, esok harinya kurang la panas tu. Hari ke 10 barulah kami check-out dan balik rumah. Sejuk ketaq tu ada lagi tiap kali lepas mandi sebelah petang. Batuk pun ada lagi. Aina pun dah mula berjangkit batuk dari aku tapi tak la teruk macam aku.

Batuk berlarutan sampai hari ni dok ada sikit-sikit lagi tapi demam urat dah hilang. 

Apa pun jugak, aku amat bersyukur ke hadrat Ilahi di atas peluang yang diberikan untuk aku sempurnakan solat fardhu 40 waktu di masjid Nabawi. Aku mohon Allah terima segala ibadah aku sekeluarga dan berikan kami petunjuk ke jalan yang diredhaiNya. Ameen ya rabb..

Allah didahulukan, Rasulullah diutamakan.. 

No comments:

Post a Comment